30 September 2010
akur
Dalam perjalanan pulang ke rumah, lg 5 minit nak sampai rumah, tengah beratur nak bayar tol. Ada sms masuk. Orang nursery sms 'ayu, Eisya dah habis susu, dia asyik nangis je' Aku terus macam dah tak tentu hala. Anak dah kebulur tu. Bekalan tak mencukupi. Alahai, kesiannya anak aku. Reply sms, minta derang bagi Eisya air masak dulu.
Bila sampai tgk Eisya teguk air masak. Muka tak puas hati je anak aku. Susu dah habis dari 4.30pm. Kesian anak aku. Masuk kereta trus susukan dia, tapi dia tak nak pulak. Merajuk ke? Ke perut dah penuh air masak je.
Maka, petang semalam aku suami isteri akur. Nak tak nak, kena jugak beli susu tepung. Kena gak hantar susu tepung ke nursery sebagai back-up kalau EBM tak mencukupi. Dan bila diperhatikan, badan Eisya seakan menyusut. Dukung dia pun terasa ringan je. Kalau dulu siap terasa. Lenguh tangan bila angkat dia lama-lama. Hmm..aku terlupa yang anak aku dah semakin membesar. Dah 5 bulan pun, tapi susu tetap bagi sukatan yang sama. Dilebihkan sikit je.
Satu botol 4oz. Cukup ke? Anak korang minum bape oz?
Bila baca kat packaging susu formula tu, untuk baby 4-6 bulan, kena minum 210ml, 4-5 kali sehari. Hah, amik kau, double dari apa yang Eisya consume sekarang. Ke sukatan susu formula ngan EBM tak sama, berbeza kadar kekenyangan? Nak tak nak, pagi ni bekalan Eisya ditingkatkan kuantitinya. Setiap botol aku sediakan 5 oz. Antar 3 botol. Sebab tu je yang aku mampu supply. Hari ni Eisya dibekalkan dengan lobak merah lenyek. Atau pun lebih dikenali sebagai carrot puree *iye ke? ake memandai je ni* Dan hari ni juga Eisya dibekalkan dengan susu formula. 3 botol EBM tu mesti habis dalam pukul 2. Harap-harap Eisya tak reject lah susu formula tu. Dah lama dia tak minum FM ni.
Aku redha . Tak dapat nak memberi Eisya susu ibu mengikut kemahuan dia. Ibu tak mampu sayang. Ibu tak boleh expressed banyak-banyak.
Takpelah, tak dapat 100% pun aku dah patut syukur.
29 September 2010
tugas sepenuh masa
Itulah keinginan paling tinggi waktu ni, lagi-lagi selepas kehadiran Eisya. Cuma tak dilaksanakan aje. Mungkin sebab aku berkhidmat dengan kerajaan kan, tu yang fikir panjang tu. Rasanya kalau aku keje private, mesti lepas habis pantang aritu terus aku antar resign letter . Tapi bila difikirkan semula. Betul ke aku sanggup nak jadik pengurus rumah tangga sepenuh masa? Boleh ke aku duduk rumah semata-mata? Ada nanti baru sebulan dua, dah merengek nak keje smula.
Orang selalu fikir keje housewife tu senang kan, macam seronok je. Duduk rumah, rileks-rileks, boleh tgk tv. Main internet. Tapi hakikatnya, tak seindah yang digambarkan beb. Keje rumah adalah TAK PERNAH HABIS.
Ada je keje yang menanti. Memang tak boleh duduk diam. Bergerak sepanjang masa. Jangan ingat tak payah nak kejar punch card, kau tak payah bangun pagi. Bangun awal tetap wajib beb, lagi-lagi kalau ada nak yang dah sekolah. Kalau kena sediakan breakfast, memang tak bleh lah nak bangun pukul 9, ke pukul 10 ye. Bila isteri dah tak keje, duduk rumah semata-mata, mesti husband demand breakfast atas meja pagi-pagi kan. Paling tidak pun roti sapu kaya ngan teh panas. Dtg ngada-ngada dia, nasi lemak dia minta. Pukul bape nak bangun buat nasi lemak? Sila lah bangun sebelum subuh.
Suami gi keje. Bermula lah kehidupan seorang suri rumah. Dapur kena kemas. basuh segala pinggan-mangkuk yang penuh dalam sinki. Sambil tu humban baju masuk mesin basuh. Sementara tunggu baju siap basuh, kna siap sedia nak memasak pulak. Kang anak balik, tanya 'mak, arini masak apa?' takde lah selamba je jawab 'mak tak masak lagi, makan megi nak' Sementara defrost ayam/ikan/daging amik lah penyapu. Kemas ruang tamu, kemas bilik. Kena rumah bertingkat-tigkat, jawablah. Tu belum kalau kena basuh bilik air, basuh toilet, bersihkan karpet. Banyak tak banyak la keje..
Tu baru suku je tu. Belum lagi masuk bab-bab nak kena lipat baju yang dah berbakul-bakul tu. Nak kena iron baju. Kalau ada anak kecik, lagi panjanglah senarai list to do orang yang bekerja sepenuh masa kat rumah ni. Orang keje opis ada office hour, keje kat rumah mana ada. Malam pun ada je lagi keje menanti. Bukan boleh claim OT. Bonus pun belum tentu ada.
Bila fikir-fikir balik, aku rasa baik aku keje. Duduk rumah sepanjang masa pun belum tentu aku bahagia. Lagipun macam tak mungkin je. Hidup di bandar Kuala Lumpur ni, mana boleh suami sorang yang keje. Kos kehidupan adalah sgt tinggi. Potensi aku nak membesarkan badan pun agak tinggi. Biar keje melambak-lambak macam takde rehat, tp kalau dah dapur sentiasa depan mata. Macam-macam hidangan boleh tersedia.
Okay.. aku tak rasa aku sesuai jadik fulltime housewife. Aku tak mampu. Nanti aku komplen banyak-banyak kat suami, tak pasal-pasal jadik derhaka.
*ke orang lain rasa biasa je buat keje-keje rumah ni, aku je yang asyik lepas maghrib je trus terbongkang, tido smpai esok pagi
28 September 2010
serangan serangga perosak
Tengahari tadi bergegas ibu gi Sogo, nak beli Pureen Rekit0. Nak cuba sapu kat Eisya. Tapi kat kotak ni kata sesuai untuk kanak-kanak usia 1 tahun ke atas. Ahhh, sudah. Ada sesiapa yang guna? Boleh tolong review. Kalau ada pape tips nak hadapi serangan nyamuk jahat, share lah. Sangat kesian sama boss kecik, kulit sensitif, kena gigi nyamuk habis merah-merah lengan. Dah tido pakai lengan panjang dah tu.
Kulit Eisya kalau kena gigit nyamuk, dia akan jadik mcm gegata tau. Besar je bekas merah kena gigit tU. Lambat pulak nak hilang. Pastu tak boleh sapu apa-apa. Dulu masa tak tahu, sapulah mopiko, hah amik kau..makin teruk jadiknya. Terus berbekas betis anak dara aku. Sekarang aku cuba sapu vicks, ok lah skit.
Kalau ada petua yang boleh dicuba aplikasi, bagitahu la ye
*kulit anak ibu manja lah
27 September 2010
contest datang lagi
Kat Facebook, Kat blog.. Pilih je. Boleh main pilih-pilih lagi *yang hadiah best-best smua kita join*
-kebetulan baru belikan Eisya Baby Bath Carrie Junior, antar ke nursery-
Peraduan berasaskan konsep 'tekan button like di Facebook banyak-banyak' dan konsep 'sape glamer dia menang' Tapi tak semestinya kena glamer dan ramai fan. Kalau gambar tu menarik, mesti lah ramai yang nak membuang undi. Lagipun sebelum boleh nak berkempen suruh orang tekan dan tekan button tu, pihak penganjur, TheStar Publication akan shortlisted dulu.
Tarikh tutup untuk menghantar gambar adalah 24 Oktober 2010. Ada banyak lagi masa. Pe lagi, gi lah selongkar folder-folder tu. Pilih gambar yang paling menarik. Sape-sape yang ada toddler mesti lagi menarik. Mesti ada macam-macam gaya dan aksi. Babies ni selalu aksi dia sama je. Kena yang mesra kamera ok lah. Kalau Eisya, time orang nak amik gambar lah dia buat muka blur dia tu. Tapi takpe, boleh hantar banyak kali.
10 hadiah menanti.. manalah tahu ada rezeki kan. Jomlah ramai-ramai meriahkan acara!!
eisya dan abah
Uiihhh..ibu jeles tau Cha..
Ngan ibu, puas dah ibu cakap macam-macam ngan awak. Tergelak-gelak kat awak. Tetap gak awak buat muka takde perasaan tu. Senyum pun ala kadar je, saja jangan sampai ibu merajuk.
hah ibu, tgk gmbar ni apa rasa? jeles lagi tak?
Uiihh.. yelah anak weehhh, ibu banyak keje nak buat. Ngan abah boleh la awak nak berdukung je. Tak kan ibu masuk dapur pun awak nak join?? Dah besar skit nanti boleh la..
Mungkin Eisya cuba menikmati masa yang dia ada bersama abah sepuas-puasnya. Amik kesempatan bermanja dengan abah semaksima boleh. Yelah, bila dok dalam kete asyik berkepit ngan ibu je. Muka ibu je dihadapnya sepanjang masa. Bila tido pun, golek-golek bawah ketiak ibu gak akhirnya. Jarang dpt masuk celah ketiak abah. Bila sekali sekala dapat peluang, tu yang gembira sgt tu. Ibu tak yah la nak jeles. Cha sayang ibu ngan abah sama banyak!!
Yelah..yelah.. ibu kasik chance..
jalan beraya
Perut pun sangat kesian. Diisi terlalu banyak. Masuk umah ke-2 makan sekadar menjamah, jangan sampai tuan rumah kata tak sudi pulak. Yang lebihnya kita borak-borak je lah. Yelah, time2 gini je lah dapat kumpul, jumpa kawan-kawan kan.
Ramai gak yang bertanya 'tak buat open house ke dayu, rumah baru raya ni?' Dan dengan yakin aku menjawab, tak payah nak tanya-tanya Ekwan dulu pun. Sebab sangat yakin, mesti jawapan adalah sama. Tiada majlis membuka pintu rumah luas-luas, tiada jamuan makan-makan akan diadakan. Tahun lepas dengan ketiadaan boss kecik pun bila malam terus terbaring, inikan pula dengan adanya Eisya. Tak terlayan lah jawabnya. Ada nanti tetamu kena masuk dapur bancuh air sendiri kang. Tapi kalau nak datang melawat apa salahnya, kedatangan sentiada dialu-alukan. Kuih raya pun banyak lagi tu.
Sebelum itu, saksikan aksi boss kecik saya di majlis kenduri orang.
abah amik melalak, tak puas lagi lelehkan air liur eh
ibu, Cha belum puas ok golek-golek atas bantal tu. mcm seronok je guling2 atas tu
*Maaf ye Khai, tak sempat nak ke rumah kamu semalam walau hati amat teringin nak bertemu.
24 September 2010
ilmu kalau dikongsi lagi berkat
Bila usaha kita dapat memberi dorongan kepada orang lain, menjadi inspirasi. Terasa macam sangat best kan. Terasa mcm dah buat sesuatu yang sangat murni, Aiceh!! Over lak kau Dayu.
Sebelum ni aku banyak amik ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh orang lain, mengukuhkan pengetahuan. Dan bila ada yang bertanya kini, aku rasa seharusnya aku kongsikan juga. Lagi-lagi segala maklumat mengenai breastfeeding yang belum cukup meluas ni. Maka, aku adalah sangat berbesar hati nak share segala maklumat yang aku ada. Biar segala kemusykilan dan kebimbangan yang Mazni rasa sekarang ni berlalu pergi. Bagi dia bertambah yakin nak meneruskan niat dia nak breastfeeding baby dia nanti. Biar impian dia tu menjadi kenyataan.
Nursery dan EBM
Memang ada sesetengan nursery/babysitter yang tak nak terima EBM. Siap pesan suruh bawak susu tepung lagi. Tapi tak perlu risau, penyusuan ibu ni dah menjadi salah satu modul dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang wajib dihadiri oleh pengasuh-pengasuh yang nak bekerja kat nursery. Kebanyakan nursery sekarang dah sedia maklum mengenai EBM ni.
Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah untuk memilih nursery yang cukup segala syarat dan peraturan yang JKM senaraikan. Pastikan nursery tu berdaftar. Cakap siap-siap yang kita nak hantar baby bersama EBM. So kalau nursery tu mcm teragak-agak nak terima, carik je yang lain. Tapi kalau dah terdesak sangat, kita explain la siap-siap kat derang. Terangkan elok-elok. Dan seboleh-bolehnya jangan sampai membebankan derang. Mudahkan keje derang.
Isi siap-siap dalam setiap botol mengikut kuantiti yang anak kita minum sekali feeding. Labelkan setiap botol mana yang perlu digunakan dulu. Memang la kita dah tag setiap botol tu mengikut tarikh dan masa perahan kan, tapi orang kat nursery tu kan busy. Bukan anak kita sorang je derang jaga. Mana lah sempat dia nak membelek satu-satu botol tu nak tengok tarikh semua. Anak dah menjerit2 minta susu. Numbering the bottle is easier. Dan isi semua botol dalam cooler bag. Kalau nursery tu jaraknya agak jauh dengan rumah isi lah ice pack sekali.
Sangat beruntung kalau dapat nursery yang basuh siap-siap semua breastmilk storage bottle tu. Tapi nak lebih yakin, basuh je lah semula. Pastu sterilkan skali. Baby yang minum breastmilk lagi banyak botol susu dari baby yang minum formula milk tau. Ohhh, Eisya ada 24 botol susu. Abah dia dulu siap kata 'anak-anak sedara org tak pernah ada botol byk gini' Hehehe...
Dan sila jangan hantar frozen EBM ke nursery. Sila cairkan dahulu. Tips yang Puan Miera share cara nak thaw frozen EBM ni sangat efisen. Aku pun gunakan cara ni. Dulu letak je kat tempat sejuk bawah tu, tapi dah semalaman pun tak cair-cair.
Dan mungkin masih ada yang masih belum sedia maklum yang EBM boleh dicampur. Yelah, tak semua orang sekali memerah dapat sampai 7-8oz kan. Macam aku ni, adakalanya dapat 2.5oz je. Selalunya bila dah memerah kali ke-3 kat opis, hasil mmg sikit je lah. Sama kesnya kalau memerah di pagi hari. Maka, EBM hasil 2 perahan ni akan aku campurkan dalam satu botol untuk dijadikan 1 feeding. Syaratnya :
1. kedua-dua EBM mesti pada suhu yang sama. sejuk + sejuk. tak pun suhu bilik + suhu bilik
2. EBM yang dicampur mesti lah perahan yang dihasilkan dalam tempoh 24 jam
Tak lah rasa terkilan kan kalau memerah cuma dapat 1-2oz. Masih boleh dimanfaatkan.
Adakalanya aku rasa org2 kat nursery patut rasa jaga baby minum EBM lagi senang dr baby yang minum FM. Yelah, susu dah siap2 dalam botol. Tinggal rendam dalam air panas je, pasang puting boleh bagi minum dah. Tak payah nak basuh2 botol smua. Baby nak minum lagi, amik another bottle. Tak ke mudah tu namanya..
Dan untuk lebih maklumat berkaitan penyusuan, silalah manfaatkan sumber-sumber berikut:
- Dunia Susu Ibu
- SaraKids - aku pernah hubungi Puan Farah bertanya ttg kemusyikan menyimpan EBM. Pernah juga berjumpa dia live semasa expo parenthood di Mid Valley. Dia sangat ramah.
- Susu Ibu - tempat paling sesuai menajamkan ilmu
Oleh sebab entry ni macam dah terlalu panjang. Maklumat tentang breastpump kita kongsi kat next entry ye. Oleh yang demikian, sekian dari saya buat kali ni. Harap-harap maklumat yang dipaparkan dapat dimanfaatkan. Sila nantikan keluaran akan datang ye.
Terima kasih.
23 September 2010
ada rezeki, mana lah tahu
Yelah, terasa macam usaha aku dipermain-mainkan pula. Dah lah syarat bukan main panjang. Tapi last-last penyertaan aku di'reject. Hampa beb..
Lepas raya ni banyak gak contest dan giveaways yang muncul. Macam-macam tema. Dan ada gak aku macam berminat nak join. Aku nak carik yang mudah-mudah. Manalah tahu kalau kali ni aku terima nasib yang sama, takdelah aku hampa sangat. Kang tak pasal-pasal aku terasa hati lagi, terus tak mahu memeriahkan acara lagi. Macam ada orang kesah kan kalau aku tak join acara diaorang. Tapi ni lebih kepada tak nak menghampakan diri sendiri beb. Hati sendiri, kalau tuan tak jaga sapa lagi nak jaga kan.
-on mood ceria kembali-
Maka, sekarang aku nak kumpul dulu mana2 contest yang available. Yang menarik perhatian sekarang ni adalah contest tema raya Pn Miera tu. Aku kalau contest tempek gambar anak ni mmg kegemaran masa kini. Lagi satu contest dari Pn Nads. Yang ni mcm menarik. Main silang kata. Style baru ni, belum ada org buat lg. Seronok gak ni.
*pernah gak terfikir nak buat contest, tp tak tau nak buat contest berkaitan apa
22 September 2010
Fleksibiliti
- 2 keping diapers,
- Tuala nak buat lap mulut dia yang akan sentiasa mengeluarkan air liur,
- Wet tissue, dan
- Sepasang baju spare, kalau-kalau balik lewat. Boleh tumpang mandi. Balik boleh trus tido je
Tak perlu nak bersusah payah nak bawak botol susu, susu, termos air panas smua. Keluar beraya berlenggang je. Barang-barang kat atas smua sumbat dalam handbag je. Handbag aku kini dah jadik diapers bag Eisya. Penuh ngan barang dia je dalam tu. Ngan toys, topi dia, teether semua ada kat dlam tu.
Sangat menyenangkan kan breastfeeding ni. Setuju? Bila anak mula merengek, memberi tanda perut perlu diisi. Minta aje kebenaran kat tuan rumah nak tumpang bilik nak menyusukan anak. Tak perlu nak tebal muka, lagi2 kalau rumah sedara mara. Siap kalau anak tertido masa mengempeng, biasalah menghisap susu ibu kan menenangkan. Memang tertido la. Letak je trus atas katil. Boleh lah gi duduk berborak dengan tenang. Jangan lupa kepung katil tu ngan bantal. Nak lebih selamat tidokan aje kat bawah.
Eisya kini adalah sgt lasak time tido. Memang tak berani lah nak tinggalkan dia sorang-sorang kalau katil tak berkepung. Sekali dia bergolek, dari tengah katil terus dah kat tepi. Nampak gaya tak lama lagi kena buka je katil tu. Tapi abah dia prefer nak letak dia dalam playpen dia sementara ni. Sebelum ibu ngan abah dapat sediakan peruntukan nak memborong baby cot. Tapi ibu mcm tak setuju sebab ibu macam malas je nanti tengah-tengah malam nak bangun susukan dia. Kalau dia tido kat sebelah, sambil tutup mata pun isi perut anak.
Tapi seperti biasa, bila kau masih menyusukan anak dengan susu badan walau usia dia dah masuk 4 bulan, soalan-soalan berbunyi seperti 'time keje macamana?' adalah menjadi frequently asked question. Aku jawab sekadar memberi penerangan asas, tak perlu nak bagi details. Bila aku kata 'time keje perah susu tu, simpan dalam peti ais, esok hantar kat nursery' Dan apabila reaksi yang aku terima adalah mcm 'apa kau cakap ni' dan tiada soalan lanjut, terus aku sambung cerita lain. Tapi kalau respon adalah 'simpan dalam peti ais, camne tu? elok ke?' Rajinlah aku nak terang sikit lagi. Berkongsi ilmu tu kan bagus. Bagi pendedahan sikit kepada mereka-mereka yang masih tak tahu, biar mereka maklum bukan perkara mustahil ibu yang bekerja nak menyusukan anak dengan susu ibu.
Teringat dulu masa pergi berbuka puasa bersama-sama rakan Ekwan. Bila aku kata Eisya menyusu badan, soalan yang aku terima 'tak kerja ke?' Nampak sangat orang belum cukup maklum tentang EBM kan. Orang tak tahu susu ibu tu boleh tahan sampai 6 bulan. Tu orang perempuan tu yang tanya. Orang laki, entah apa je ada dalam fikiran derang. Dan aku masih ingat lagi reaksi sorang kawan aku bila aku kata 'tak basi la, elok lagi tu. boleh tahan 3 bulan simpan dalam ni' bila dia bertanya tentang status susu yang aku bekukan dalam peti ais 2 pintu tu. Dia macam tak percaya, tapi tak tanya lebih-lebih.
Walau apa pun, aku tetap prefer breastfeeding. Biarpun orang nampak mcm leceh. Aku rasa breastfeeding adalah jauh lebih menyenangkan. Pantas dan mudah. Anak merengek skit, terus boleh bagi dia susu. Tak payah nak dengar dia menangis lama-lama. Dan selagi mampu aku akan berusaha berikan Eisya susu no 1 dalam dunia ni. Insya Allah.
*balik kampung pun senang, bawak beg baju je
21 September 2010
bermulanya sebuah kisah
Itulah kisahnya. Kisah bermulanya Eisya dan Solid Foods.
sila jadi amanah
Cha, ibu pinjam boleh? :)
Ke Cha nak belanja ibu handbag baru satu? Heheheh..
Tapi Cha jangan risau lah, ibu tak cukai duit Cha punya. Kalau ibu terguna pun mesti ibu ganti balik. Installment boleh kan Cha? :) Tapi tak elok la kan kalau kita guna duit anak kita. Orang bagi kat dia, kita lak yang balun gi perabis. Tak amanah. Tak baik. Biar pun dia tak tahu apa lagi. Tak paham pun, dapat duit raya masuk mulut, smua benda nak masuk mulut. Tapi tu kan hak dia. Nak pinjam dulu boleh, tapi jangan lupa ganti tau.
Mulanya nak bukak akaun SSPN untuk Eisya, nak simpan duit yang dia dapat masa lepas menjenguk dunia hari tu. Tapi smpai ke hari ni tak jugak buat-buat. Malas punya pasal. Pulak tu dia macam leceh je kalau nak withdraw. Kena tunggu lepas setahun, pastu ada certain amount yang dibenarkan. Yelah, mana tau ada emergency kan. Duit anak pun kena korek. Pastu baca lak entry Nurul pasal Amanah Saham Didik, terus rasa nak buka ASD gak. Disebabkan dua-dua akaun boleh bukak kat agent yang sama, ini adalah memudahkan keje. Akan ku carik masa membukak akaun Eisya. ASD ni kena umur 6 bulan ke baru bleh buat akaun?
Simpan lama-lama kang terguna lak kang..
*duit raya Cha buat bayar insuran boleh Cha? dpt berbulan-bulan ni
pertama kali beraya
Mari kita bermula.
Hari ni dah 13 Syawal. Dah nak 2 minggu beraya. Tapi macam masih belum puas beraya. Seronok beraya tahun ni sebab ada Eisya. Rasa macam lebih meriah walau situasinya lebih kurang sama je dengan tahun-tahun lepas. Tapi bila kuar beraya tahun ni, bawak Eisya, pakaikan dia baju raya, seronok dia lain macam. Seronok lah. Dengan Eisya yang tak berapa banyak ragam bila kuar beraya, lagi lah seronok ibu nak beraya sakan.
Eisya menyambut raya buat pertama kalinya pada umur 4 bulan 11 hari. Pagi raya pakai skirt. Sangat western anak aku. Nak buat camne, baju kurung yang ada besar belaka. Saiz S dah tu. Maka, ibu sarung je lah skirt.
Eisya ngan atok lepas kutip duit raya. ohhh, anak saya dpt sampul duit raya trus nak bawak masuk dlam mulut.
bersama ibu dan abah. camne la boleh lupa amik gambar bertiga pagi raya. semua berebut nak bergambar berdua ngan Eisya.
cucu kesayangan opah
bersama pak ngah. org pakai skirt kat pinggang, anak aku sampai ke dada