Setelah 4 hari dan 3 malam tido merengkok, berkongsi katil dengan Eisya, kami akhirnya dibenarkan pulang. Gembiranya bila doktor pakar tu kata 'her lung is clear' tak sempat aku tanya dia terus kata 'she can be discharge today' Rasa nak je peluk doktor pakar yang garang tu. Kesian aku tgk doktor-doktor pelatih tu, terkulat-kulat ngadap dia.
Pengalaman sungguh bila anak masuk hospital ni. Memang sungguh-sungguh menduga. Tapi bak kata Khai, anggap ni semua sebagai sweet memories being a mother. Ye, belajar dari pengalaman, kalau tak kita tak beringat kan. Aku akui, aku banyak amik mudah hal jaga anak ni. Terlupa yang dia kecik lagi, baru 4 bulan. Tapi aku buat dia macam budak besar, bawak kuar, bersesak-sesak. Macam mana lah virus tak melekat kat badan. Dan kalau anak tak sehat, jangan bertangguh-tangguh, bawak lah gi klinik segera. Tapi aku ngan Ekwan prefer gi hospital terus, mmg sedikit lambat tapi kat hospital full check-up. Check darah, x-ray.. lengkap.
Dan mungkin ditahan tu lagi baik. Memang kesian, tapi itu terbaik kan.
Eisya dah demam 3 hari bila kami bawak di ke hospital malam tu. Demam dia kejap ilang, pastu dtg balik.Badan dia sgt panas, 38.7 Batuk pun makin teruk. Sampai susah nak bernafas jadiknya. Merah-merah muka. Kesian sungguh. Doktor kata nafas dia tak berapa elok, dan merasa lah anak aku menyedut gas buat pertama kalinya. Mula-mula tersengih-sengih, lepas tu habis lah segenap ruang suara dia je. Bekalan ubat berkoyan-koyan, tapi yang masuk dalam badan berapa ml je. Aku kalah ngan anak. Dia merengek skit tak nak makan ubat, trus aku letak syringe tu. Macamana demam anak nak kebah.
Pengajaran pertama: Sila bagi anak makan ubat secara konsisten. Jangan layan muka kesian derang. Kena paksa gak.
Bila nursery call kata badan Eisya sangat panas pagi Jumaat tu. Aku dah huru-hara. Duduk kat opis tggu Ekwan dah macam orang separa gila. Anak dah 5 hari demam. Batuk pulak makin menjadi-jadi. Hati risau tak keruan. Amik dia terus bawak pergi Hospital Serdang semula. Kali ni dpt priority, trus gi asthma zone. Sedut gas lagi. Doktor kata nak buat ujian darah ngan x-ray sekali. Terima segala keputusan doktor. Dia tahu apa yang terbaik.
selepas menyedut gas dan menunggu keputusan ujian darah. boss kecik mengedik sebelum terlelap di dada abah.
Result ujian darah okay. Takde apa-apa yang mencurigakan. Tapi x-ray sgt mengecewakan. Doktor kata paru-paru dia banyak kahak, kena infection. Maka, silalah naik ke tingkat 5 ye puan. Anak anda ditahan. Silalah merasa tido di wad.
Malam pertama, 3/9/10:
Eisya perlu menyedut gas 3 jam sekali. Mmg tak tido la aku. Ngan hingus yg asyik meleleh, tido pun tak lena. kejap ke kanan, kejap ke kiri. Nasib baik batuk dah kurang. Tengah malam badan makin panas. Nurse amik suhu, 37.8, trus kena paksa makan ubat dan nurse suruh sedut hingus. Awal-awal nurse pesan 'puan boleh ke nak tgk, kalau tak bleh tunggu luar' maka, aku siapkan hati, suruh jadik kuat jangan meleleh lak nanti bila tgk tiub dijolok masuk dalam hidung anak. Alhamdullilah, Eisya sgt kuat, dia tak menangis pun, nurse tu pandai kot, so dia tak rasa sakit. Lena dia tido lepas tu, terlelap lah aku kejap kat tepi katil.
Bila dia jaga nak menyusu, dan dia kembali menyusu seperti normal, lega sungguh rasa hati. Nampak sgt dia tak nak menyusu sebelum ni sebab dia tak selesa tekak penuh kahak kan.
penat dah meraung, akhirnya tertido dia
berkongsi katil. tido merengkok la aku 3 malam. tak boleh tido punya pasal, lepas sahur trus masuk simcard broadband dlm handphone. memaklumkan situasi terkini. terima kasih pada yg prihatin
Hari Kedua:
Lawatan pagi doktor kata Eisya boleh nebulized for every 4 hour. Nafas dia dah okay tapi stillada sikit2 lagi. Eisya dah kembali aktif. Bangun pagi boleh main-main. Bila doktor datang ramai-ramai keliling katil dia, lagi dia mengedik. Tersengih-sengih menegur orang. Anak aku membodek minta boleh balik :) Hari ke-2 ni mcm okay skit lah, dah boleh adapt keadaan wad. Dah berkenalan ngan orang-orang bilik sebelah. Bila tgk anak orang lain yang lagi teruk, kena pasang jarum kat tgn, masuk ubat mcm2, aku rasa syukur sangat. Jangan mengeluh lebih-lebih. Keadaan Eisya jauh lebih stabil dari anak orang lain.
Pagi tu Puteri Umno Puchong buat lawatan amal. Dapat Eisya teddy bear, dpt duit raya. Tersengih gak aku bila bukak sampul duit raya tu. Agaknya kalau lama skit duduk hospital, beratus gak duit raya bleh kumpul :) Tapi takde makna beb, semua dok merayu kat doktor nak balik beraya. Tak terbayang beb nak beraya kat hospital.
Tengahari Elly datang melawat bersama suami dan Putry. Tak sangka. Ingatkan tak serius kata mahu datang. Dah lah aku dengan sgt yakin kata katil no 7, sedangkan 17 sebenarnya, tak pasal-pasal melilau derang mencari. Huhu, blur jap. Biasalah anak sakit kan, smua tak keruan. Tak sangka kat hospital akhirnya kita bertemu buat pertama kalinya kan. Sangat memorable ni. Dapat jumpa Putry, gebu sungguh dia. Geram tgk pipi dia, nasib baik tido, kalau tak merasalah awak kena gomol tau. Petang Reen pulak datang. Sungguh. Terhibur hati aku Sabtu tu. Terima kasih ye. Kamu semua sgt prihatin. Walau kita hanya bermesra di alam maya selama ni, terasa mcm dah sgt kenal.
payin sgt tegap badan dia, best je dukung dia. kelakar tgk gelagat eisya ngan payin petang tu. payin main tarik-tarik baju eisya. eisya gedik2 pegang muka payin. oohhh, payin sebijik muka ayah dia.
merayu simpati dari abah, tapi abah sengih-sengih je
Hari Sabtu waktu melawat sampai pukul 7.30pm, dapat lah berbuka puasa ngan Ekwan. Dan bila dia balik, bermula lah kehidupan kami dua beranak kat wad tu. Sebab Neb Eisya 4 jam sekali, dapat lah rehat skit. Dia pun dah tak berapa meragam. Siap tak nak tido lagi. Tawaf la aku wad tu berkali-kali smpai last2 dia terlena atas bahu. Manja sungguh anak sorang ni. Takpe lah, awak tgh tak sehat. Ibu tak keje esok, ibu layan lah.
Hari Ke-3:
Aku dah mcm tak sabar nak balik. Yelah, nak raya ni. Badan pun dah rasa tak sedap, nak demam pun ada. So, bila pagi tu doktor round dan kata Eisya dah ok, dan dia kata 'Insya Allah esok boleh lah balik, tapi saya tak janji ye' Tu pun cukup lah buat aku berbunga-bunga. Tapi tetap call Ekwan pesan baju lagi. Huhuhu, suami ku itu. Entah pape je baju yang dibawanya. Yelah, umah bersepah lagi kan. Baju smua dalam kotak. Mahu tak kelibut laki aku nak mencari.
Hari ni memang aku dok menghitung masa. Tak sabar nak balik beb, biarpun doktor tak janji pape. Tapi aku yakin sebab nafas Eisya pun dah clear, tak bunyi2 lagi. Dalam hati menjerit-jerit 'nak balik!!!' Tapi bila mengenangkan orang lain yang dah seminggu berkampung kat wad tu, masih belum dpt sebarang petanda boleh mengusung beg meninggalkan wad, aku kawal la diri. Kena selam perasaan orang lain.
menunggu kedatangan doktor di pagi hari. anak aku mmg galak pagi-pagi hari
Bila doktor kata 'okay, patient can be discharge' Peergghh!! Aku punya seronok tak terkata beb. Walaupun macam dah sediakan mental kalau terpaksa beraya kat hospital sebab batuk Eisya masih tak hilang sepenuhnya kan, tapi doktor kata tak apa, tu tandanya kahak dia dah mencair. Okay, aku yg tiada pape ilmu perubatan ini, akan terima segala kata-kata paa doktor.
Pengalaman bermalam di hospital, menjaga anak yang tak sehat betul-betul mencabar. Penat badan jangan kata. Melayan ragam anak, tak dapat tido selesa. Serius aku insaf. Lepas ni mahu aku akan jadik sgt cerewet bab kesihatan Eisya. Kalau sebelum ni selamba ya-ya aku bawak dia keluar malam-malam, lepas ni mesti terperuk je lah kami 2 beranak. Takde makna dah nak tido dalam aircond, kipas pun bukak slow je. Rajin la aku mengelap, membersihkan segala habuk yang wujud kat rumah ni. Carpet smua bergulung, jangan harap aku nak bukak. Kalau bukak pun, satu je mungkin, tu pun raya ni je. Tak berani nak amik risiko beb. Terpaksa lah berkorban nafsu sendiri demi anak.
Tak sanggup tengok anak sakit lagi beb..
*merasa lah, org lain dok seronok citer hal nak raya, aku citer hal hospital
xpe la dayu..
ReplyDeleteni semua pengalaman..
aritu masa cyrus kene admit ward.. kesian sesangat nengok die..
merengek2 xselesa kot badan die.. siap kene amik darah bagai..
ya allah..
kuatkan ati je..
so, mari lah kite sesame learn from mistake..
sorry xdtg melawat..
xdpt contact number dayu lorr.. huhuhuh
danish merasa apa eisya rasa tp eisya x kena berpose n sedut kahak guna straw melalui mulut n idung kerr..? eisya kena ms 4 bln danish kena genap umur 2 bln..
ReplyDeletetp semua nie pengalaman paling berharga yang mmbuat kan kita sbg parents lebey berhati2..
alhamdulillah eisya dh leh lek umah..selamat hari raya eisya..
hehehe.. apesal gua nampak gemok dari awak dayu?? hishhh nk raye gini bole lak selera mkn mcm hantu..
ReplyDeletesame la dayu.. bru la nk extra care jga anak.. xkot betul dia jatuh sakit lg..
ala payin tegap je, tp dukung eisya sgt gebu ohhhh
aiyohh..x perasan ade entry nie. seb baek nampk eventho kt blog org laen hihi.
ReplyDeletesyukur eisya dah oke. kite kan dayu, naurah senang jgk nk dpt selesema. dia kan mmg ade alergi yg agak teruk mcm ayah dia. so mmg sgt2 susah nk jaga. everytime dia flu, pon akn bywk jumpe dokter kt klinik. ubat dh berkoyan koyan kt rmh. if kitorg xnak bwk pon, parents in law yg akn bwk bdk tecit tue ke klinik. so alhamdulillah, naurah cepat je baek. ubat pon mmg bagi on time. ikot saranan dokter. if kite bagi x ikot arahan, tu psl demam kejap pegi & kejap dtg semule. lps nie lebih careful ye dayu! kesian kt eisya sbb dia kecit lagi. moge kite amek pengajaran dr apa yg berlaku =)
ohh..selamat hari raya!! =) bile balik johor?
fuhh betul2 mcabar :p
ReplyDeletehuhuh tu la...rugi x dpt gomol2 cha cha...putry pun lyn ydo je...lega dgr da leh kua spital..pengajaran wat kita semua mak2 ni kan..
ReplyDeletereen...kita dtg x sama waktu kan..klu tak leh jumpa
Alhamdulillah, dah discharge, Eisya dah sihat.. boleh la beraya dengan happy happy..
ReplyDeleteDayu, carpet mmg biggest culprit utk anak kecil.. sebab dia perangkap habuk.. sama jugak dgn toys yang berbulu2 tu.. huhu..
Apa2 pun kalau baby tak sihat, bawak terus jumpa doctor pakar..
Selamat hari raya Dayu and Eisya and abah Eisya..
Alhamduillah Dayu....Eisya dah makin sihat....
ReplyDeletebaru perasan entry ni... kesiannya kat eisya... xpe dayu, semua ni sebagai pengalaman dlm membesarkan anak. Alhamdullilah jugak korang dah discharge and selamat hari raya utk dayu n family.
ReplyDeleteAlhamdulillah Eisya dah ok.
ReplyDeleteRisau mula2 kata admit. Huhu.
Selamat Hari Raya, Dayu. Maaf Zahir Batin. :)
ciannye chaa.
ReplyDeletesy skrg br faham mcm mana rasanya bila anak sakit. sedey sgt.
get well soon.