24 September 2010

ilmu kalau dikongsi lagi berkat

Pagi tadi (iaitu pagi 23/9/10) ketika sedang terkocoh-kocoh lari ke bilik meeting sebab tersalah tgk time presentation, ada dapat message di FB dari Mazni. Aku sempat baca gitu-gitu je. Nak reply memang tak lah. So petang ni, lepas balik dari jamuan raya KKR, aku baca lah semula.


Bila usaha kita dapat memberi dorongan kepada orang lain, menjadi inspirasi. Terasa macam sangat best kan. Terasa mcm dah buat sesuatu yang sangat murni, Aiceh!! Over lak kau Dayu.

Sebelum ni aku banyak amik ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh orang lain, mengukuhkan pengetahuan. Dan bila ada yang bertanya kini, aku rasa seharusnya aku kongsikan juga. Lagi-lagi segala maklumat mengenai breastfeeding yang belum cukup meluas ni. Maka, aku adalah sangat berbesar hati nak share segala maklumat yang aku ada. Biar segala kemusykilan dan kebimbangan yang Mazni rasa sekarang ni berlalu pergi. Bagi dia bertambah yakin nak meneruskan niat dia nak breastfeeding baby dia nanti. Biar impian dia tu menjadi kenyataan.

Nursery dan EBM

Memang ada sesetengan nursery/babysitter yang tak nak terima EBM. Siap pesan suruh bawak susu tepung lagi. Tapi tak perlu risau, penyusuan ibu ni dah menjadi salah satu modul dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang wajib dihadiri oleh pengasuh-pengasuh yang nak bekerja kat nursery. Kebanyakan nursery sekarang dah sedia maklum mengenai EBM ni.

Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Syarat wajib, kau tak pergi, siap sedialah kena saman kau ye -nak baca lebih lanjut slik klik -

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah untuk memilih nursery yang cukup segala syarat dan peraturan yang JKM senaraikan. Pastikan nursery tu berdaftar. Cakap siap-siap yang kita nak hantar baby bersama EBM. So kalau nursery tu mcm teragak-agak nak terima, carik je yang lain. Tapi kalau dah terdesak sangat, kita explain la siap-siap kat derang. Terangkan elok-elok. Dan seboleh-bolehnya jangan sampai membebankan derang. Mudahkan keje derang.

Isi siap-siap dalam setiap botol mengikut kuantiti yang anak kita minum sekali feeding. Labelkan setiap botol mana yang perlu digunakan dulu. Memang la kita dah tag setiap botol tu mengikut tarikh dan masa perahan kan, tapi orang kat nursery tu kan busy. Bukan anak kita sorang je derang jaga. Mana lah sempat dia nak membelek satu-satu botol tu nak tengok tarikh semua. Anak dah menjerit2 minta susu. Numbering the bottle is easier. Dan isi semua botol dalam cooler bag. Kalau nursery tu jaraknya agak jauh dengan rumah isi lah ice pack sekali.

nursery Eisya 2 minit je dari rumah, maka penggunaan ice pack adalah tidak diperlukan. cuma bila bawak balik dari opis je baru guna ice pack

Sangat beruntung kalau dapat nursery yang basuh siap-siap semua breastmilk storage bottle tu. Tapi nak lebih yakin, basuh je lah semula. Pastu sterilkan skali. Baby yang minum breastmilk lagi banyak botol susu dari baby yang minum formula milk tau. Ohhh, Eisya ada 24 botol susu. Abah dia dulu siap kata 'anak-anak sedara org tak pernah ada botol byk gini' Hehehe...

Dan sila jangan hantar frozen EBM ke nursery. Sila cairkan dahulu. Tips yang Puan Miera share cara nak thaw frozen EBM ni sangat efisen. Aku pun gunakan cara ni. Dulu letak je kat tempat sejuk bawah tu, tapi dah semalaman pun tak cair-cair.

letak kan frozen EBM dalam bekas berisi air, letak bekas kat tempat sejuk bawah

Dan mungkin masih ada yang masih belum sedia maklum yang EBM boleh dicampur. Yelah, tak semua orang sekali memerah dapat sampai 7-8oz kan. Macam aku ni, adakalanya dapat 2.5oz je. Selalunya bila dah memerah kali ke-3 kat opis, hasil mmg sikit je lah. Sama kesnya kalau memerah di pagi hari. Maka, EBM hasil 2 perahan ni akan aku campurkan dalam satu botol untuk dijadikan 1 feeding. Syaratnya :
1. kedua-dua EBM mesti pada suhu yang sama. sejuk + sejuk. tak pun suhu bilik + suhu bilik
2. EBM yang dicampur mesti lah perahan yang dihasilkan dalam tempoh 24 jam

Tak lah rasa terkilan kan kalau memerah cuma dapat 1-2oz. Masih boleh dimanfaatkan.

Adakalanya aku rasa org2 kat nursery patut rasa jaga baby minum EBM lagi senang dr baby yang minum FM. Yelah, susu dah siap2 dalam botol. Tinggal rendam dalam air panas je, pasang puting boleh bagi minum dah. Tak payah nak basuh2 botol smua. Baby nak minum lagi, amik another bottle. Tak ke mudah tu namanya..

Dan untuk lebih maklumat berkaitan penyusuan, silalah manfaatkan sumber-sumber berikut:
  • Dunia Susu Ibu
  • SaraKids - aku pernah hubungi Puan Farah bertanya ttg kemusyikan menyimpan EBM. Pernah juga berjumpa dia live semasa expo parenthood di Mid Valley. Dia sangat ramah.
  • Susu Ibu - tempat paling sesuai menajamkan ilmu
Banyak lagi yang lain, tapi selalunya 3 ni lah jadik sumber rujukan aku. Dan terlalu banyak blog-blog ibu menyusu yang boleh dijadikan inspirasi. Dijadikan pembakar semangat dan motivasi diri. Sebab mmg banyak cabarannya nak menyusukan anak ni. Sokongan macam ni amat diperlukan. Biar pun hanya atas talian, tetap mampu menenangkan jiwa.

Oleh sebab entry ni macam dah terlalu panjang. Maklumat tentang breastpump kita kongsi kat next entry ye. Oleh yang demikian, sekian dari saya buat kali ni. Harap-harap maklumat yang dipaparkan dapat dimanfaatkan. Sila nantikan keluaran akan datang ye.

Terima kasih.

9 comments:

  1. pelik gak dgn dr sdr,botol rijal ade 6 biji je....tp yg guna pon 2-3 je...yg len xguna2..huhuhu
    mgkn sbb nursery len caranye... :D

    ReplyDelete
  2. teruskan semangat kamu dyu menyusukan eisya ye. nurul kalu jd kamu pun akan teruskan bg susu bdn tp apa daya susu ni kering secara tiba2. besar kemungkinan dulu raina mmg tak suka susu bdn mama dia. sbb setiap kali minum dia buat2 muntah bluwekkk bluwekkk segala.

    tp bila bg susu formula laju jer. dah mcm2 cara di buat. nasib baiklah raina merasa suus mama dia nie bbrp bulan sebelum decide utk bg raina susu formula sepenuhnya.

    nurul pun dah tanam azam anak seterusnya akan berusaha lbh keras utk bg susu bdn. mudah2an

    ReplyDelete
  3. i love bf my baby...amat mudah. ms pregnant risau bila org ckp bf ni susah. tapi bila lalui sendiri tak susah manapun.malah sgt mudah. cuma cabaran ms dlm awal2 pantang sbb bdn kita masih lemah. wpun n_pple penah luka tp xpenah putus asa. alhamdulillah sumayyah dah hampir umur 4 bulan dan masih berupaya bf dia sepenuhnya. hrpnya berterusan selama yg mungkin. amin. to all pregnant ladies, bf is easy kalau kita tenang dan dpt lalui cabaran menyusukan anak dgn sabar. Remember the reward that we will get from Allah swt n the benefit to our babies

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Dayu... Sangat bersemangat nak bf baby nanti...

    ReplyDelete
  5. oh! segala tanda tanya dah terjawab kini :)...pasni boleh lah menuntut ilmu kat dayu...nawaitu dah tertanam dari dulu, tunggu masa nak laksanakan jer...

    ReplyDelete
  6. bile baca entry apa2 pon psl breastfeed..semangat membuak2 sgt hehehe

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah kalau ada yang boleh dimanfaatkan dari entry ni
    sebelum info dia mcm biasa2 je
    mcm smua dah diberitahu
    tapi tu lah, tak semua dah sedia tahu kan..
    ilmu kalau dikongsi, dikembangkan kan lagi elok..
    gembira pulak rasa hati

    sokongan smua pihak mmg penting
    baru semangat sentiasa padu

    ReplyDelete
  8. dayu,bagus penerangan dayu...hope 2nd baby nad pun dapat bf secara exclusive..insyallah...
    dayu,nad ade buat contest kat my blog...jom join...

    ReplyDelete
  9. dayu nk tny..kat mane dayu beli cooler bag tu?lawa la plak..tu kalau anta bbsitter sgt sesuwai coz die sgt simple

    ReplyDelete