21 September 2010

sila jadi amanah

Bila dikira-kira, banyak gak duit raya anak aku. Ada gak RM500++. Murah rezeki anak aku. Dan tak lupa, terima kasih kepada yang murah hati memberi dengan ikhlas. Tahun depan bagi lagi eh.. Hebat budak-budak sekarang. Kecik-kecik duit raya melambak-lambak. Mungkin sebab Eisya sorang kan, tiap kali beraya average mesti dpt paling sikit pun RM5. Kalau dapat duit kaler merah ke, purple ke.. lagi menyengih ibu mengintai sampul duit raya tu.

Cha, ibu pinjam boleh? :)

Ke Cha nak belanja ibu handbag baru satu? Heheheh..

ibu, duit raya tu apa?

Tapi Cha jangan risau lah, ibu tak cukai duit Cha punya. Kalau ibu terguna pun mesti ibu ganti balik. Installment boleh kan Cha? :) Tapi tak elok la kan kalau kita guna duit anak kita. Orang bagi kat dia, kita lak yang balun gi perabis. Tak amanah. Tak baik. Biar pun dia tak tahu apa lagi. Tak paham pun, dapat duit raya masuk mulut, smua benda nak masuk mulut. Tapi tu kan hak dia. Nak pinjam dulu boleh, tapi jangan lupa ganti tau.

Mulanya nak bukak akaun SSPN untuk Eisya, nak simpan duit yang dia dapat masa lepas menjenguk dunia hari tu. Tapi smpai ke hari ni tak jugak buat-buat. Malas punya pasal. Pulak tu dia macam leceh je kalau nak withdraw. Kena tunggu lepas setahun, pastu ada certain amount yang dibenarkan. Yelah, mana tau ada emergency kan. Duit anak pun kena korek. Pastu baca lak entry Nurul pasal Amanah Saham Didik, terus rasa nak buka ASD gak. Disebabkan dua-dua akaun boleh bukak kat agent yang sama, ini adalah memudahkan keje. Akan ku carik masa membukak akaun Eisya. ASD ni kena umur 6 bulan ke baru bleh buat akaun?

Simpan lama-lama kang terguna lak kang..

ibu nak pinjam duit raya Cha ke? boleh, no hal.. 5%

*duit raya Cha buat bayar insuran boleh Cha? dpt berbulan-bulan ni

14 comments:

  1. mun pown nak simpan duit mirza dlm ASD...tak sbr nak tunggu mirza masuk 6 bulan hujung bulan nie....dahle duit mirza beriban-riban mama dier simpan...so kene cepat2 simpan..

    ReplyDelete
  2. mun: wah..mirza kayo!! beriban hah duit dia ibu simpan. mmg kena gi simpan dlm bank la..bahaya ni pegang lama2, kat ASD bleh kumpul dividen

    ciah: simpan je dulu. kalau rasa nk guna, pinjam je dulu :)

    ReplyDelete
  3. ui.. lebey kurang la tu amount duit raya cha ngan cyrus..

    kene amanah ohhhh..
    ikot ati nak aje pinjam kott =p

    hmm asek bertangguh2 jek nak bukak acc si kecik ni..
    adoi la.. ade jugak yang terguna ni nnt.. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. kan..kan....
    tp mmg kena amanah,duit si kecik ni mmg murah rezekinye...
    nk bukak tabung aji ke ASD ek...

    p/s:dayu..nnt watla entry pasal cha da mkn...mas takut2 lg nk bg rijal mkn...(risau stool dia jd kedaung)muahahaha

    ReplyDelete
  5. haah dayu.hubby zuris dah g tnya masa kysha baru lahir aritu.umur 6 bln baru leh buka ASD tu.tak lama g dah :)

    hmm..ada sedara sorang nie,anak dpt duit raya,diorang laki bini yg hepi.sbbnye...duit tu diorang yg songlap!hampeh.tak pk lah masa depan anak2.ish ishh..

    ReplyDelete
  6. duit raya bdk2 skrg mmg lebat, beratus-ratus.. kayo masing!!
    nak guna duit anak boleh gak, tapi kita ni kan pengurus harta derang..hak derang.. mc tak elok je nak guna, biarpun duit anak sendiri

    nak guna beli brg derang pun mcm tak seronok, ni kan pulak untuk diri sendiri

    entry eisya menelan solid foods?
    ok..ok..akan menyusul nanti

    ReplyDelete
  7. da ade niat da nak wat akaun tuk payin.. betul lah cakap dayu, kalau ada terpakai pon kenelah ganti balik.. macam x sedap pulak kan pakai duit anak..

    ReplyDelete
  8. zaman sekarang ni ank kecik dh kene bukak akaun simpanan..kalo x merasa la kesusahannya bila die dh besar nk belajar nnt..semuanya memerlukan duit yg banyak utk pendidikan..kalu dr skrng xmenabung, mmg perit la..

    ReplyDelete
  9. balqis pun dah buka akaun ASD...duit raya tahun ni balqis dah pun simpan...takut mama guna pulak nanti! nk buka akaun kena umor 6 bulan ke atas baru layak...eisya apa lagi...cepat2 la menyimpan...

    ReplyDelete
  10. tak sabar lak nak menunggu eisya mencecah umur 6 bulan
    nak mula kan tabiat menyimpan dr awal, sebelum di pandai nak membelanjakan duit raya dia kan

    yang penting nak further study nanti
    tak payah nak berhutang2 ngan PTPTN, belajar pakai duit sendiri
    biar mak ayah je yg berhutang

    ReplyDelete
  11. Wahh meriahnyer raye eisya taun nie dpt duit ghaye beribu2 lemon..lebey kurang cam duit raye danish lar..alhamdulillah smlm huby dh bank in..

    ReplyDelete
  12. jiha td konon nk bukak ASD.. baru tau after 6mths baru leh..so jdnye td bukak cimb junior dulu... bahaya kang takut terguna lak hehehe

    ReplyDelete
  13. iye dayu..kena tunggu chaca 6bln br leh bukak ASD utk dia.so utk keselamatan wat sementara dayu tompang la simpan kt akaun dayu or ekwan ke

    ReplyDelete