27 September 2010

jalan beraya

Murah rezeki kawan-kawan aku raya ni. Masing-masing smua membuka pintu rumah, panggil kawan-kawan datang makan ramai-ramai. Sehari sampai 4,5 jemputan. Dengan kenduri kawin lagi. Tapi nak buat camne, dengan boss kecik tu, dapat dtg2 rumah pun macam dah sangat syukur. Eisya mana suka sangat berjalan. Dia suka duduk dalam rumah, boleh tido dengan selesa dia kata.

Perut pun sangat kesian. Diisi terlalu banyak. Masuk umah ke-2 makan sekadar menjamah, jangan sampai tuan rumah kata tak sudi pulak. Yang lebihnya kita borak-borak je lah. Yelah, time2 gini je lah dapat kumpul, jumpa kawan-kawan kan.

Ramai gak yang bertanya 'tak buat open house ke dayu, rumah baru raya ni?' Dan dengan yakin aku menjawab, tak payah nak tanya-tanya Ekwan dulu pun. Sebab sangat yakin, mesti jawapan adalah sama. Tiada majlis membuka pintu rumah luas-luas, tiada jamuan makan-makan akan diadakan. Tahun lepas dengan ketiadaan boss kecik pun bila malam terus terbaring, inikan pula dengan adanya Eisya. Tak terlayan lah jawabnya. Ada nanti tetamu kena masuk dapur bancuh air sendiri kang. Tapi kalau nak datang melawat apa salahnya, kedatangan sentiada dialu-alukan. Kuih raya pun banyak lagi tu.

Sebelum itu, saksikan aksi boss kecik saya di majlis kenduri orang.

dah lap air liur kat bantal tu, pastu tersengih-sengih ye

abah amik melalak, tak puas lagi lelehkan air liur eh

ibu, Cha belum puas ok golek-golek atas bantal tu. mcm seronok je guling2 atas tu

*undangan untuk minggu ni pun dah berderet-deret ni. kena setkan priority, mana nak pergi dulu ni.
*Maaf ye Khai, tak sempat nak ke rumah kamu semalam walau hati amat teringin nak bertemu.

8 comments:

  1. emm..sama lah kite. byk dpt jemputan open house sane sini. seronok berjalan & makan2..tp letih la bile balik rumah. semua terbongkang jer sudahnya hihi..

    paling besh duet raya naurah makin byk. ibu & ayah dia tetap miskin hahah..

    ReplyDelete
  2. bwk balik jela bantal tu..chacha dh berkenan dah tu ha

    ReplyDelete
  3. alahaii... kalo dah ada baby memang lah camtuh kan. susah nak berjalan2 sgt dah.

    ReplyDelete
  4. mak bapak rileks je lagi
    anak dh lembik dah
    kadang2 kesian gak kat dia
    nak berjalan lebih2 dok pikirkan dia je, risau gak kalau kang tiba2 demam
    nyesal tak sudah

    tapi bila dah ada anak ni mmg segalanya terbatas beb

    ReplyDelete
  5. banyak dapat duit raya tak adik kicik..hehe

    ReplyDelete
  6. sangat tomey si Cha posing kat bantal penganti itu ;D

    ReplyDelete
  7. amboi amboi chaaa..siap naek pelamin ek awak? hihi..comel jek =D

    ReplyDelete
  8. aik dayu nk dpt menantu ke dh ni haha...

    *dayu pndah mana ni benanya...

    ReplyDelete