Petang semalam, aku terpaksa mengalah. Terpaksa akur.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, lg 5 minit nak sampai rumah, tengah beratur nak bayar tol. Ada sms masuk. Orang nursery sms 'ayu, Eisya dah habis susu, dia asyik nangis je' Aku terus macam dah tak tentu hala. Anak dah kebulur tu. Bekalan tak mencukupi. Alahai, kesiannya anak aku. Reply sms, minta derang bagi Eisya air masak dulu.
Bila sampai tgk Eisya teguk air masak. Muka tak puas hati je anak aku. Susu dah habis dari 4.30pm. Kesian anak aku. Masuk kereta trus susukan dia, tapi dia tak nak pulak. Merajuk ke? Ke perut dah penuh air masak je.
Maka, petang semalam aku suami isteri akur. Nak tak nak, kena jugak beli susu tepung. Kena gak hantar susu tepung ke nursery sebagai back-up kalau EBM tak mencukupi. Dan bila diperhatikan, badan Eisya seakan menyusut. Dukung dia pun terasa ringan je. Kalau dulu siap terasa. Lenguh tangan bila angkat dia lama-lama. Hmm..aku terlupa yang anak aku dah semakin membesar. Dah 5 bulan pun, tapi susu tetap bagi sukatan yang sama. Dilebihkan sikit je.
Satu botol 4oz. Cukup ke? Anak korang minum bape oz?
Bila baca kat packaging susu formula tu, untuk baby 4-6 bulan, kena minum 210ml, 4-5 kali sehari. Hah, amik kau, double dari apa yang Eisya consume sekarang. Ke sukatan susu formula ngan EBM tak sama, berbeza kadar kekenyangan? Nak tak nak, pagi ni bekalan Eisya ditingkatkan kuantitinya. Setiap botol aku sediakan 5 oz. Antar 3 botol. Sebab tu je yang aku mampu supply. Hari ni Eisya dibekalkan dengan lobak merah lenyek. Atau pun lebih dikenali sebagai carrot puree *iye ke? ake memandai je ni* Dan hari ni juga Eisya dibekalkan dengan susu formula. 3 botol EBM tu mesti habis dalam pukul 2. Harap-harap Eisya tak reject lah susu formula tu. Dah lama dia tak minum FM ni.
Aku redha . Tak dapat nak memberi Eisya susu ibu mengikut kemahuan dia. Ibu tak mampu sayang. Ibu tak boleh expressed banyak-banyak.
Takpelah, tak dapat 100% pun aku dah patut syukur.
biasalah kadang2 tak cukup tuh. kadang jugak berlebih pulak. My baby 4 bulan biasanya tuk siang saya siapkan 3.5oz x 4 atau 5 botol..
ReplyDeletepernah jugak supply sikit sampai tak cukup, nak tak nak memang kena kasi formula milk jugak. dari anak berlapar terpaksalah jugak kita kasi FM. yg penting semangat nak susukan anak tu tak pernah luntur..
dear, kite pon lps abes Ramadhan aritu susu agak kureng. risau2 psl puasa kurang susu, sudahnya syawal yg jd masalah. pdn muke huhuh. mmg sedia dlm 1 bekas susu anmum. buat back up if ebm x cukup. kdg2 luak, kdg2 x luak fm tuh. kata pengasuh, sometimes dia akn campur susu fm+ebm. dia terpaksa buat mcm tue sbb klu bg fm je naurah reject. klu campor dua tu baru dia nak. kite x pernah lg dgr ade org buat mcm tue. tp tgk naurah ok jer xde yg x kene. maybe ok kot ek?? huhuh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedayu, sy pn mengalami masalah yg sama...ada gak cmpur fm dlm 1-2kali seminggu since pas raya arituh sbb sy dgn rasminya bergelar EP's mommies tuh yg tak terkejar2 pumping smpai terbaring sbb demam n xcukup rehat...dlm al-quran surah al-baqarah ayat 233 yg bermaksud : "Para ibu hendaklah menyusukan anak2nya selama 2thn penuh yakni bg yg ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi mkn dan pakaian kepada para ibu dgn cara yg ma'aruf.SESEORANG TIDAK AKAN DIBEBANI MELAINKAN MENURUT KADAR KESANGGUPANNYA. JANGANLAH SEORG IBU MENDERITA KESENGSARAAN KERANA ANAKNYA DAN JUGA AYAH KERANA ANAKNYA. Apabila keduanya ingin menamatkan tempoh penyusuan sblm 2thn dgn kerelaan keduanya maka tidak akan ada dosa atas keduanya...
ReplyDeleteWallahu'alam....
Kita cuba je dayu sedaya mampu kita... yg penting jgn rasa putus asa...trus je pumping n pumping even production xde semeriah mana pn...yg penting USAHA... eceli aisya da minom 4oz = 3-4botol sehari...byk gak kan...kkdg 3.5oz pn da cukup...suka-suki dia la hihi :D
mya yg full menom susu formula ni ms baya chacha dia amik 5oz setiap 3jam.
ReplyDeletethen pasal bdn chacha menyusut tu toksah risau la.kata org tua2 bb nk ringankan bdn utk merangkak tu
adakalanya tak ahbis..tu yg ingat cukup je
ReplyDeletesemalam tak cukup lak
takpela, 80% pun ok lah
dari dia tak cukup susu lak kan, kurus lak jadik badan tu
dayu, stp bby len keperluannya...EBM/FM tak sma sukatan+keperluannya...
ReplyDeletecm eksperimen, bg dlu brpa2 oz..pstu balik ni take note tnya nursery brapa oz dia mnum sehari..
beza dgn muaz, boy lg byk mnom susu oh!!...
xpe..dh cuba bg EBM sblm ni...bdn org pn tak sama...ada yg kurg ada yg lbh...
lps ni jaga solid food plak..yg penting berkhasiat...^_^
dayu.... tahniah sebab mampu bertahan sejauh ni.... atleast kita usaha sehabis mungkin utk yg terbaik utk anak.... :)
ReplyDeleteimaan skang sekali minum 3 oz je tapi kerap lebih kurang 2 jam sekali. tp tembam jugak. aku skang ebm lg sedih gile. sehari paling byk pun dpt expressed 4 oz. skang imaan 70% formula 30% je dpt breast milk. takleh pk dah janji dia sehat je dah lah.
ReplyDeleteok lah tu dayu
ReplyDeletekysha nie kdg2 3oz pun tak habis
sbb tu kasi mamam cerelax + air kosong + glukos aje lah
malam baru banyak2 kasi bf.
next week dah blh kasi bubur kanji.tak sabar.. :)
kan..kan..
ReplyDeletekalau dh mmg rezeki dia setakat ini, kita dah usaha
betul. yang penting dia sehat
cukup..tu yg penting
*terkilan tu ada jugak
sabar yer... saya pun hanya berjaya EBM 6 bulan je.. lepas tu bulan puasa merudum stok.. kalau selalu boleh stok 160z sehari, but now nak dapat 3oz pun susah! bby mcm tau jer mama tak mampu, terpaksa bg FM. senang jer dia teguk, tak byk kerenah. but now yg sedihnya dia tak brapa nk susu direct lagi.. susu saya pun kering camtuh ajer.. huhu sedey...
ReplyDeleteEisya kena minum air masak banyak banyak baru la suara sedap ;D
ReplyDeletetakpe dayu... yang penting perut anak terisi....
ReplyDeletekita usaha setakat yang termampu...
alahai tersentuhnyer baca entri ini. seorang ibu berusaha demi anak. tahniah dayu teruskan usaha
ReplyDeleteraina yg berumur 10 bln itu masih minum 5 ouz. pernah buat ikut sukatan FM dlm 6,7 ouz ikut umur tapi bila raina minum 5 ouz jer cukup 5 ouz terus dia campak botol jd ada balance susu bila buat lbh. so balance susu itu selalunya kami buang bila dkt 4 jam sbb kami menurut tok wan tak elok susu FM lbh 4 jam di simpan. jd kesimpulannya ikut berdasarkan berapa byk anak kita minum.
mgkn anak dayu tgh nak naik bulan kot..so die minum lebih sikit..
ReplyDeleteem psl susu badan dgn fm tu sukatan die mmg berbeza dayu..susu badan ni mmg ALLAH cipta berubah2 ikut keperluan anak (umur)so minum skit berbanding fm.. fm lain sukatan die sbb baby makin besar perut die pn makin besar..sbb tu die srh tambah sukatan..(fhm x maria ckp nth..huhu..tak reti explain)
xpelah dayu..at least dayu dah berusaha kan..skrg susu makin kering ke dayu?maria pn masih berusaha..skrg pam kurang skit hasilnya..(tp salah sendiri gakla..sbb miss pam..huhu)
yg penting kita usaha k dayu..sabar n doa byk2 k..
xpelah dayu...da cuba sedaya mungkin...sukatan FM dgn EBM xsama..FM mmg kena bertambah ikot usia,susu ibu x..dia menten je.. :)
ReplyDeleteke cha nk ringankn bdn utk merangkak...
p/s:ade amik milk booster x?
setakat ni tak amik apa2 supplmnt atau mlk booster, tapi rasanya sebab utama adalah sebab kurang mengepam kot
ReplyDeletesiang je..malam direct feed je
nak pump apa je yang tinggal, habis 2-2 belah eisya keje kan..
nak bangun tgh malam?? huhu..aku pentingkan tido
stok frozen yg ada cukup2 untuk nak gi kursus ujung bulan.. huhuhu..
dayu... kite dlm situasi yg sama. mggu lps, tgh tunggu daddy eryna nk amek, makcik pengasuh tu tepon ckp susu dh abih, eryna dh merengek start enjin. die terpaksa bg air sikit utk basahkan mulut eryna. mase tu nk nangis pon ade rasenye.
ReplyDeleteeh tp kan sikitnye eisya minom. awat eryna tu balun 4oz x 6 botol sehari. HABIS! tp die tak gemok2 jugak.
ayu bagi eisya 4oz jer ker sekali minum..?? cukup ke tue ayu..??
ReplyDeletealif sekali minum pun dah 6oz-7oz.. tu pun 4-5 kali sehari.. maybe sbb baby boy.. tp baby girl pun tak mustahil minum byk.. sbb die pun nak membesar jugak kan..
ayu kire beruntung sbb masih lagi bf anak wlupun bby dah 5 bulan.. cam jue nie.. sebulan pun tak dapat bf kan anak.. sejak alif lahir.. die merasa 2 minggu jer bf.. tu pun campur dgn fm gak sbb susu jue terlalu sikit.. n utk baby boy cam alif.. ofkos la tak cukup.. kene redha je la anak tak dapat susu badan.. sbb pam2 pun smpi nak keluar darah.. susu terlalu sikit.. now alif pun dah 6 bulan.. isi perut gune fm jer..