21 September 2010

pertama kali beraya

Dah free ke ni, dah bleh nak update blog? Tidak lah free mana sebenarnya, ni mencuri-curi masa skit ni. Rasa kesian lak kat blog ni takde entry bergambar. Tak boleh tahan ohhh..

Mari kita bermula.

Hari ni dah 13 Syawal. Dah nak 2 minggu beraya. Tapi macam masih belum puas beraya. Seronok beraya tahun ni sebab ada Eisya. Rasa macam lebih meriah walau situasinya lebih kurang sama je dengan tahun-tahun lepas. Tapi bila kuar beraya tahun ni, bawak Eisya, pakaikan dia baju raya, seronok dia lain macam. Seronok lah. Dengan Eisya yang tak berapa banyak ragam bila kuar beraya, lagi lah seronok ibu nak beraya sakan.

dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Johor Bahru. teruja melihat lampu jalan, terbeliak biji mata.

Eisya menyambut raya buat pertama kalinya pada umur 4 bulan 11 hari. Pagi raya pakai skirt. Sangat western anak aku. Nak buat camne, baju kurung yang ada besar belaka. Saiz S dah tu. Maka, ibu sarung je lah skirt.

boss kecik di pagi raya. baju kurung kita pakai raya haji je lah ye Cha. huhu, duduk terkangkang, sgt sopan anak aku

Eisya ngan atok lepas kutip duit raya. ohhh, anak saya dpt sampul duit raya trus nak bawak masuk dlam mulut.

bersama ibu dan abah. camne la boleh lupa amik gambar bertiga pagi raya. semua berebut nak bergambar berdua ngan Eisya.

cucu kesayangan opah

bersama pak ngah. org pakai skirt kat pinggang, anak aku sampai ke dada

*nanti sambung lagi ye keluaran bergambar. kita tayang gambar pagi raya je dulu

8 comments:

  1. eisya, comelnyer kamu...walaupun skirt sampai ke dada...dayu,jemput datang beraya kat umah...

    ReplyDelete
  2. huhu..ddk kurang sopan tu xleh nk kate ape dah. mmg bb suke dok camtue. naurah pon same jugaklah hihi..

    kesian eisya xde baju kurung yerr. xpe, next year kompem da blh pakai =D

    ReplyDelete
  3. pic cha ngan opahnye sangat kiuttt..

    cyrus pon nan ado nak pakai baju melayu bagai.. xmuat =p

    ReplyDelete
  4. eisya badan mcm besar tp bila sarungkan baju kurung, besar gedabak
    kain je dah bleh pakai satu badan
    pakai baju tak yah pakai kain dah
    tu yg malas nak pakaikan tu

    ReplyDelete
  5. hurm besalah tue dayu,anak mun pown dpt jer sampul terus nak masuk mulut tau....pastue baju raya pown pg raya jer pg...masuk jer tengahari dah tukar baju lain...rimas ahhh mun tgk....

    ReplyDelete
  6. payin pon pagi raye pakaikan baju melayu.. mak reen buatkan..

    kalo x, memang x muat kot baju melayu yang kat kedai..

    eisya sangat comel! geram.. grr!
    nanti kite jumpe lagi oke

    ReplyDelete
  7. emmm mya pon sama.laju je nk ngapp itu sampul raya.
    kes mya pkai skirt plak adalah disebaliknya.ketat kt tang peha (xmuat).peha bambam sgt haha

    ReplyDelete
  8. hye dayu..

    comel eisya pakai topi kait tu..beli kat mana ek?

    ReplyDelete