Anak ibu suka ye makan bubur.
Itulah kisahnya. Kisah bermulanya Eisya dan Solid Foods.
Itulah kisahnya. Kisah bermulanya Eisya dan Solid Foods.
aktiviti kegemaran masa berusia 4 bulan hingga kini, pantang berbaring, mesti tarik kaki punya. tak dpt jari kaki, kaki seluar pun jadik la
Memang pada awalnya aku sgt tekad, tak mahu ada benda lain masuk dalam mulut anak aku sebelum dia 6 bulan. Orang nak kata aku skema ke apa ke, tak nak amik peduli. Anak aku, ikut suka aku la nak buat apa. Biar orang kata 'alah, org dulu umur 3 hari dah makan pisang lenyek, sehat je' Aku sengih je. Jangan menjawab sangat, nanti panjang cerita.Susah pulak jadiknya.Bila masuk 4 bulan. Dah asyik pandang orang makan. Tak berpaling langsung, dok perhati je orang mengunyah. Ibu minum pun tarik-tarik cawan. Terdongak-dongak tengok ibu teguk air. Pastu mulut mengetap-ngetap bibir. Air liur meleleh-leleh. Isskk.. kesian lah sama dia. Tapi yang ni boleh tahan lagi. Buat-buat je lah tak nampak. Tak pun letak dia jauh skit time makan. 5 minit je lah dapat pun, lepas tu dia teriak panggil orang suh amik dia. Mana bleh semua dok keliling meja, makan sedap2 dia kena baring sorang-sorang depan tv. Duduk lah atas riba abah, perhati orang makan. Buat muka sayu dia. Drama betul anak aku ni.
Tapi bila dia sudah mula tidak lena tido, aku dah hampir-hampir tak boleh tahan. Tido 15 minit bangun, rileks 5 minit pastu dia teriak. Bila bagi susu, menghisap macam orang tak makan 2 hari dah. Gelojoh semacam je. Tido semula, pastu bangun lagi. Nak susu lagi. Nampak sgt dia tak kenyang, kelaparan. Nasib baik cuti, boleh la sentiasa penuhi demand dia tu. Tapi sgt kesian sama dia, tak lena tido. Sikit-sikit terjaga. Bila hari raya, aku dah redha kalau ada yang menyuap masuk mulut dia ketupat. Yang ni aku boleh la terima, tapi kalau ada yang nak suap bahulu, harus aku menjerit melompat menepis tangan tu. 3 hari kat Johor semuanya selamat. Eisya masih hanya minum susu semata-mata. Mak aku pulak yang over protected, org main-main suap cucu dia kuih raya pun dah terjegil-jegil bijik mata. Balik beraya kat kampung abah pun ok je. Orang-orang keliling pun sgt memahami kehendak dan kepatuhan ibu-ibu muda kini terhadap kata-kata doktor kan. Takde la kejadian yang tak diingini terjadi.
Petang raya ke-4, kami gi beraya ke rumah sedara mara di Pahang. Sepupu Ekwan ada anak umur 7 bulan. Harus lah dia dah start ngan solid foods kan. Malah seawal 3 bulan dia dah makan nestum. Budak laki, lagi cepat lapar kot. Dan seperti biasa, Cik Eisya Elyssa mana bleh tengok orang makan. Pandang semacam je tengok orang makam. Ibu sangat kesian lah. Terus mintak akak tu suapkan skit kat Eisya. Mula-mula dia rasa-rasa je ngan lidah.Pastu terus bawak masuk dalam mulut, elok je dia telan. Pe lagi, terus ibu mintak sudu.
Dalam hati aku ada gak rasa risau. Mana tau perut dia tak taham. Meragam ke. Gundah gulana aku menanti anak membuang air besar. Nak perhatikan hasil pembuangan dia. Paling aku takut kalau dia tak membuang. Harus aku hempuk kepala kat dinding sebab memandai-mandai suap anak bubur sebelum masanya. Bila dia bangun esok pagi dan melepaskan hajat seperti biasa. Lega rasa hati. Terus ibu tanak bubur lagi.
Dan bila sekali dah start, kalau sehari tak dpt merasa lah kau anak asyik ngempeng je. Tido pun tak lena, gelisah je. Tergolek sana, tergolek sini. Dan kini aku adalah gigih mencari resipi, mengukuhkan ilmu pengurusan frozen foods pulak. Sama eh mcm uruskan EBM? Cairkan pastu rendam dalam air panas? Jangan babysitter kat nursery tu malas nak layan frozen food sudah.
Mau buat apple puree untuk eisya... tapi ada yang kata bila dah start bagi benda manis gini, nanti dia tak mahu bubur nasi lagi. Pendapat? Sila kongsikan ye.
*sayang pulak tak amik gambar masa 1st time Eisya isi perut dengan solid foods
betul tu dayu peduli apa org kata. mcm nurul dulu tak kisah la org kata skima ke kuno ke mmg nurul nak didik ajar raina ikut cara nurul
ReplyDeletetp dayu berani ye bagi eisya solid food seawal 4 bln. nurul tak sure kebenaranyer tp menurut doctor yg selalu check up monthly raina tu ckp usus baby sebelum umur 6 bln tak matang lg. effect dia nanti bila dah besar sikit.
tu sebab salah satunyer nurul berani bagi raina solid foof bg usia raina 6 bln. org lain dah bg nestum campur susu seawal 2 bln kan? normally kan? tp nurul tak mahu dengar semua tu.
nurul cuma berani bagi nestum campur susu wat cair2 utk raina semasa umur raina 5 bln lbh. masa tu lg bbrp mggu nak genap 6 bln.
Alhamdulilah raina yg lahir kecik dulu skrg bdn dia naik sikit w/pun hakikatnya raina sorang yg dilahirkan kecik saiznya. sbb doc kata if kita patuh mengikut cara doc perkembangan anak boleh di lihat pada usia dkt mencecah setahun mcm tu.
sbb ada bbrp contoh yg nurul lihat beri anak mkn sewala 2,3 bln. mmg berat naik mendadak. tp bila anak meningkat besar lasak berat dia akan susut dgn cpt. maaf ye dayu ni pendapt nurul yg nurul belajar dgn doctor raina. cuma mahu berkongsi ilmu dgn dayu :)
selamat hari raya :)
naurah dulu pon 4mnths+ da start solid. cume tak hari2 la..byk bg pureed fruits. genap 6months baru bekalkn nestum setin kt nursery utk dia sampai la skrg. klu da start mkn nestum & manis2, mmg dia x gemor sgt real food. buat muke pelik everytime makan. pastu cam x berselera. tukar je nestum, asyik nganga mulut cam anak burung..haihhh
ReplyDeletehoh~!!! saspennya...aisya pn da 4bln 2minggu...so far ok lg la...ada masa mcm xcukup susu...tp ada masa dia xbape minom susu...sy masih lg dpt bertahan xkasi solid...tp toknek n maktok dia da beriya dah nk kasi solid...hihi :D
ReplyDeleteno. it's okay for everyone giving their opinion kan
ReplyDeletedan kan setiap org lain caranya
smua ada pendekatan berbeza
mmg kalau ikutkan mmg nak tggu eisya 6 bln br nka introduce solids food kat dia, tp tu lah
keinginan dia mcm melampau
ibu lak tak menahan
dah bagi sekali, dia dh merasa sekali, kena la teruskan..sehari sekali je
cyrus pon mcm tu jugak..
ReplyDeletemacam xpuas menyusu je..
asek la dok ngempeng sepanjang cuti raya aritu..
masih xberani nak kasik solid food walopon org laen da start kasik nestum seawal 2m.. wuuu..
tp tu la, memasing ade cara memasing kan.. :)
sebenanya..solid food bg seawal sblm waktunya..KESANnya tak nampak sekarang masa dia baby/kanak²..nanti dh meningkat remaja/dewasa/tua baru ada kesannya sampingannya...
ReplyDeletekesannya more kpd usus & buah pinggang...
klu boleh elakkan makanan yg dlm tin/awet/bahan perisa..bagilah anak kita FRESH..kesian dia baru nak mengenal dunia dah bagi yg instant...sok² dah besar nak mkn instant lantak dia lah, sendiri dah pk...hua3...
dayu, yg FROZEN tu pn ada kata nutrisi/khasiat xde...sbb dh lama sejuk beku...ayu jarang buat...sbb masih belaja+amik info betul ke x or ada cara lain...dr dulu smpai sekarang ni mmg tiap2 hari merajinkan diri masak fresh...:)
fresh??
ReplyDeleteuuiihhh, kena bangun awal lah setiap pagi gayanya
buat makanan anak
takpe..takpe..demi anak..
nak beli yg bottle nye lagilah mcam tak sesuai kan
ohh anak ohh anak
dah besar tak dgr kata, siap lah
adoi reen x reti la nak kasik anak solid food.. sekarang payin nampak da macam lapar sangat2.. tapi tuh la tengok dulu kot2 lagi seminggu dua da ok balik ke..
ReplyDeletedayu ajar la cemane cara2 nak kasik solid food kat anak?
ok..eisya mmg da sedia nk mkn...rijal msh BF lg..tp mak dia da cuak...huhuhu....
ReplyDeletechayo2 dayu...mas masih gugel lg pasal solid...
top of it,xpayah letak garam/gula utk bb..mmg tasteless la,byk sbb dia...tp its gud...fruits xpe..
okeh,skrg tgh pantau keinginan ank sdr..heheheh
nape dayu tak try bagi cerelax tu?
ReplyDeletesenang nak diuruskan kalu hantar kat baby sitter kan.
kysha pun mamam cerelax.
pasnie nak try bagi pisang lak.
oh yaa...jgn lupa kasi eisya minum banyak air kosong bila dah start mamam nih.takut nanti dia susah nak pupu.
Its not you, or others yang tentukan bila your baby ready nak makan. Its your baby herself. Kalau dia dah nampak ready, that means dia dah ready. My Paed here cakap, baby at 4 mth dah ready for rice pon (bubur) Don't worry. Its your baby you're talking about kan. Bukan Dayu paksa dia makan pon, tapi Eisya memang dah nak makan kan. As long as dia OK, alhamdulillah.
ReplyDeleteTapi Medina belum goes into solid food lagi. Tak nampak mcm dia ready. Dia happy dengan breastmilk lagi. Kitorang lagi extreme. Nak try bagi Medina breastmilk sahaja sampai 2 tahun. Tapi start 6 bulan nanti, nak ajar dia rasa2 makanan je. Itu pon tgk pada dia sendiri. She will tell us what she needs.
Rajin jugaklah suap2 dia buah kurma. Tapi dia macam tak happy sangat. Plain water pon pernah bagi sekali je kat Medina. Dia tak suka. Dia muntah muntahkan semua.
Quite tricky kan nak adjust cara kita besarkan anak. In the end, its your baby.
Eh, Dayu. Eisya nyonyot kaki tak? Medina ni over la nyonyot kaki terfeeling feeling. Tak apa ke?
yup..bgn pagi masak..sbb mmg bgn pagi pn selalu hehe...
ReplyDeletecara nk cpt, sediakan bhn² mlm..
- beras rendam dlu semalaman sok pagi bubur cpt masak
- ikan blis rendam semalaman juga bg hilang garam..
- ikan bakar sekejap je x smpai 5 minit dh msk..
- sayur main racik2 je (sbb at last nt semua blend kan)
- lobak/kentang/keledek/labu masak sekali dgn bubur...nak cepat empuk...parut je dgn parut lobang2 tuh..xyah susah nk potong2 dadu ke kecik2 ke..sgt penat..
masuk semua skali dlm bubur...sng+cpt...xde sbb xleh bg FRESH...
cara sng nk bg kt nursery/bb sitter..
- buat bubur pekat²..nanti nak makan suh dorang buh air panas bg cairkan skit...so still suam bubur tu...(ni ayu praktikkan)
ATAU
- bubur dh masak msh panas letak dlm bekas tahan panas...tahan smpai tghri ke ptg..(dah x mkn bubur, makan nasi lembik/nasi)
sorry, still say NO to nestum/cereal...
bukan tak nak bai dia cereal
ReplyDeletetapi seboleh-bolehnya nak bagi natural fodds kat dia
dah lah tak dpt breastmilk 100% kan
kalau boleh nak bagi solid foods asli kat dia
dan nampak gayanya kena gigihkan menyediakan makanan fresh untuk Eisya lps ni
alang2 bgn awal pagi kan
oohhh, sgt bangga la ngan kamu smua
sgt ramai yg gigih memberi yang terbaik untuk anak-anak
kagum..kagum dengan semangat smua
mari sama2 berusaha ok
dpt resipi br...tq ayue...
ReplyDeleteri2 ms rijal dmm,bg dia air zam2..ha kau,laju je nganga...tp air kosong,dia luah blk...eh,bley plak dia rs ek...
cha...awk nnt lg shomel2 la isk...geram....
maria tak bagi yg fresh..masak lebih then simpan dlm peti..pastuh pagi2 bangun panaskan utk bagi kat pengasuh..(kalau rajin bgn pagi masak lg bagus..)
ReplyDeletegud luck dayu..nnt citer ek mcmn cara dayu buat ok..:)
http://dunia-anak-ku.blogspot.com
ReplyDeletekawan²..bleh lah tgk kt blog tu sdkit sbyk info psl solid foof..akn dtg resepi solid food...x seberapa..ats pengalaman sya shj menyuapkan ank solid food..
klu ada yg sudi nak join tepek resepi+info emel la sy ek...sy akn tepek dlm blog tu...
sharing is caring...^_^
mari memasak untuk anak
ReplyDeletehari ni Eisya makan puri pisang
harap2 dia suka lah
dah seminggu makan bubur nasik+carrot. tukar selera pulak
dayu..ikan bilis tu boleh goreng tanpa minyak..bila dh garing blend..so tiap kali masak bubur,campur ckit serbuk bilis as perasa..yup try buat bubur sendiri coz klu nestum tu ada bercampur sedikit susu formula..better bubur hasil tangan dayu sendiri jadi nanti anak dh besar pun still suke home made cooking,xdela giler fastfood.he3
ReplyDeletemy wedding card mmg sebijik yours. cume rotate tulisan je.
ReplyDelete