27 September 2010

contest datang lagi

Keputusan untuk peraduan Bayi Bulan Ini (Ogos 2010) anjuran Karangkraf sudah ada pemenang. Anak ku tiada rezeki, walau ibu dia promote bagai nak rak. Nasib belum menyebelahi Eisya. Alah, join pun sekadar suka-suka. Ada rezeki, bertuah la badan. Takde rezeki, kita cuba lagi. Contest kan melambak-lambak, pilih je nak join yang mana.

Kat Facebook, Kat blog.. Pilih je. Boleh main pilih-pilih lagi *yang hadiah best-best smua kita join*

Carrie Junior Kids Funtime Photo Contest
-kebetulan baru belikan Eisya Baby Bath Carrie Junior, antar ke nursery-

Peraduan berasaskan konsep 'tekan button like di Facebook banyak-banyak' dan konsep 'sape glamer dia menang' Tapi tak semestinya kena glamer dan ramai fan. Kalau gambar tu menarik, mesti lah ramai yang nak membuang undi. Lagipun sebelum boleh nak berkempen suruh orang tekan dan tekan button tu, pihak penganjur, TheStar Publication akan shortlisted dulu.

Tarikh tutup untuk menghantar gambar adalah 24 Oktober 2010. Ada banyak lagi masa. Pe lagi, gi lah selongkar folder-folder tu. Pilih gambar yang paling menarik. Sape-sape yang ada toddler mesti lagi menarik. Mesti ada macam-macam gaya dan aksi. Babies ni selalu aksi dia sama je. Kena yang mesra kamera ok lah. Kalau Eisya, time orang nak amik gambar lah dia buat muka blur dia tu. Tapi takpe, boleh hantar banyak kali.

10 hadiah menanti.. manalah tahu ada rezeki kan. Jomlah ramai-ramai meriahkan acara!!

3 comments: