Sudah lama tidak melibatkan diri dalam mana-mana contest. Sebab aku mcm ada terasa hati ngan satu contest yang aku join dulu. Yelah, contest tu dpt sambutan hangat kan. Ramai sgt pesertanya, sampai tercicir-cicir senarai peserta. Bukan tak ingatkan, dh bgtau 2,3 kali gak. Tapi takde tindakan susulan pun. Buat entry minta peserta maklumkan bagitau penganjur kalau tercicir, tapi dah bagitau, sama gak. Terus saya macam merajuk.
Yelah, terasa macam usaha aku dipermain-mainkan pula. Dah lah syarat bukan main panjang. Tapi last-last penyertaan aku di'reject. Hampa beb..
Lepas raya ni banyak gak contest dan giveaways yang muncul. Macam-macam tema. Dan ada gak aku macam berminat nak join. Aku nak carik yang mudah-mudah. Manalah tahu kalau kali ni aku terima nasib yang sama, takdelah aku hampa sangat. Kang tak pasal-pasal aku terasa hati lagi, terus tak mahu memeriahkan acara lagi. Macam ada orang kesah kan kalau aku tak join acara diaorang. Tapi ni lebih kepada tak nak menghampakan diri sendiri beb. Hati sendiri, kalau tuan tak jaga sapa lagi nak jaga kan.
-on mood ceria kembali-
Maka, sekarang aku nak kumpul dulu mana2 contest yang available. Yang menarik perhatian sekarang ni adalah contest tema raya Pn Miera tu. Aku kalau contest tempek gambar anak ni mmg kegemaran masa kini. Lagi satu contest dari Pn Nads. Yang ni mcm menarik. Main silang kata. Style baru ni, belum ada org buat lg. Seronok gak ni.
*pernah gak terfikir nak buat contest, tp tak tau nak buat contest berkaitan apa
hah. kalo ade rezki insyaallah... :)
ReplyDeletehehee..
ReplyDeletechaiyuk!!
aritu zuris semangat ar join contest2 nih.
now..mood dah kureng
Insya Allah, moga berjaya
ReplyDeleterajinnyer dayu ye masuk contest. nurul mmg dari dulu tak rajin masuk contest di blog sbb malas nak buat entri khas ttg penganjur. nurul nie malas sikit menaip. tp contest di FB mmg laju yg tekan2 LIKE button tu. itu mmg feberet i uuu. hehehe
ReplyDelete