22 September 2010

Fleksibiliti

Apa yang aku paling suka bila jalan beraya bersama Eisya adalah: Tidak perlu membawa banyak aksesori. Cukup hanya dengan:
  1. 2 keping diapers,
  2. Tuala nak buat lap mulut dia yang akan sentiasa mengeluarkan air liur,
  3. Wet tissue, dan
  4. Sepasang baju spare, kalau-kalau balik lewat. Boleh tumpang mandi. Balik boleh trus tido je


Tak perlu nak bersusah payah nak bawak botol susu, susu, termos air panas smua. Keluar beraya berlenggang je. Barang-barang kat atas smua sumbat dalam handbag je. Handbag aku kini dah jadik diapers bag Eisya. Penuh ngan barang dia je dalam tu. Ngan toys, topi dia, teether semua ada kat dlam tu.


Sangat menyenangkan kan breastfeeding ni. Setuju? Bila anak mula merengek, memberi tanda perut perlu diisi. Minta aje kebenaran kat tuan rumah nak tumpang bilik nak menyusukan anak. Tak perlu nak tebal muka, lagi2 kalau rumah sedara mara. Siap kalau anak tertido masa mengempeng, biasalah menghisap susu ibu kan menenangkan. Memang tertido la. Letak je trus atas katil. Boleh lah gi duduk berborak dengan tenang. Jangan lupa kepung katil tu ngan bantal. Nak lebih selamat tidokan aje kat bawah.


Eisya kini adalah sgt lasak time tido. Memang tak berani lah nak tinggalkan dia sorang-sorang kalau katil tak berkepung. Sekali dia bergolek, dari tengah katil terus dah kat tepi. Nampak gaya tak lama lagi kena buka je katil tu. Tapi abah dia prefer nak letak dia dalam playpen dia sementara ni. Sebelum ibu ngan abah dapat sediakan peruntukan nak memborong baby cot. Tapi ibu mcm tak setuju sebab ibu macam malas je nanti tengah-tengah malam nak bangun susukan dia. Kalau dia tido kat sebelah, sambil tutup mata pun isi perut anak.


Tapi seperti biasa, bila kau masih menyusukan anak dengan susu badan walau usia dia dah masuk 4 bulan, soalan-soalan berbunyi seperti 'time keje macamana?' adalah menjadi frequently asked question. Aku jawab sekadar memberi penerangan asas, tak perlu nak bagi details. Bila aku kata 'time keje perah susu tu, simpan dalam peti ais, esok hantar kat nursery' Dan apabila reaksi yang aku terima adalah mcm 'apa kau cakap ni' dan tiada soalan lanjut, terus aku sambung cerita lain. Tapi kalau respon adalah 'simpan dalam peti ais, camne tu? elok ke?' Rajinlah aku nak terang sikit lagi. Berkongsi ilmu tu kan bagus. Bagi pendedahan sikit kepada mereka-mereka yang masih tak tahu, biar mereka maklum bukan perkara mustahil ibu yang bekerja nak menyusukan anak dengan susu ibu.


Teringat dulu masa pergi berbuka puasa bersama-sama rakan Ekwan. Bila aku kata Eisya menyusu badan, soalan yang aku terima 'tak kerja ke?' Nampak sangat orang belum cukup maklum tentang EBM kan. Orang tak tahu susu ibu tu boleh tahan sampai 6 bulan. Tu orang perempuan tu yang tanya. Orang laki, entah apa je ada dalam fikiran derang. Dan aku masih ingat lagi reaksi sorang kawan aku bila aku kata 'tak basi la, elok lagi tu. boleh tahan 3 bulan simpan dalam ni' bila dia bertanya tentang status susu yang aku bekukan dalam peti ais 2 pintu tu. Dia macam tak percaya, tapi tak tanya lebih-lebih.


Walau apa pun, aku tetap prefer breastfeeding. Biarpun orang nampak mcm leceh. Aku rasa breastfeeding adalah jauh lebih menyenangkan. Pantas dan mudah. Anak merengek skit, terus boleh bagi dia susu. Tak payah nak dengar dia menangis lama-lama. Dan selagi mampu aku akan berusaha berikan Eisya susu no 1 dalam dunia ni. Insya Allah.


siap sedia di mana sahaja, terima kasih ibu!!


*balik kampung pun senang, bawak beg baju je

14 comments:

  1. sgt mudah..mcm abc...
    hehehehe...

    ReplyDelete
  2. betol2.. setuju 101%.. hehehe..
    aritu msa raya Cyrus asek la dok merengek nak menyusu..

    siap ade yang cakap "naseb baek la bukak kedai 24 jam".. muahahaha..

    see2.. menyenangkan kite rite? toksah sebok2 nak bawak segala bnda nk bancuh susu..

    semoga aku mampu utk menyusu cyrus sampai umur die 2 thn.. amin :)

    ReplyDelete
  3. senangnya.. tak byk ragam kan.. ntah camne la baby sy nanti..
    teringin nak baby girl mcm dayu..
    tapi tau la lelaki nih.. konpem nak baby boy punya..

    ReplyDelete
  4. senang nyer BF..kena educate skit suami sy y kurang sokong BF ni!!EE sgt comei la dayu dgn scarf tue..:)

    ReplyDelete
  5. betul2.tak perlu nak ngusung beg diapers besar2.cukup lah dgn hangbeg besar kita tu.hehee..

    memang nak keja ajar diorang tido dalam babycot gak lah dayu.nak2 ti bila dah start lasak teramat.

    ReplyDelete
  6. sesuatu yang menyenangkan, memudahkan. tak leceh lah. kalau kata leceh nak rendam2 dlm air panas, bancuh susu pun sama je prosesnya..
    malam2 lagi leceh.. kena bgn bancuh smua. BF, sambil baring mata terlelap pun boleh..

    pendedahan masih belum meluaskan, tu yg ramai tak sokong. dan ramai yg men'condemn sbb derang tak cukup maklumat.

    marilah kita sama2 sokong bf
    dan semuga kita berjaya laksanakan hasrat murni kita ni. semoga Allah murahkan rezeki untuk anak2 kita

    ReplyDelete
  7. Claps!

    Sangat setuju dengan Dayu. Time bf-kan Myiesh pun memang sangat stylo bawa handbag kecil.

    & memang bf adalah sangat senang!

    :D

    ReplyDelete
  8. Sepp skit..Give me 5~!!
    Sy lak even EP's masih menganggap susu ibu itu pektikal n menjimatkan... :) besides rasa puas ati dpt memberikan yg terbaek utk anak yg disygi kn? :D

    ReplyDelete
  9. hihih setuju dayu...

    pernah ada satu hari tu kat kampung abg bebel..ada seorang nenek tu sound elly cakap Putry manja sangat..nak tdo nenen..semuanya nenen..rasa geram sangat..nak jawab orang tua..diamkan je la..

    ape pun...kita tau ape yg terbaik utk anak kita kan

    ReplyDelete
  10. setuju!!!! kalau bg susu formula mcm2 benda nk bw.kdg2 blh terlupa.tp t*t*k tak penah tertinggalkan.hihihihih

    ReplyDelete
  11. ye saya sokong.... menjawab ngan bangga ' full breastfeed '

    go breastfeeding... hopefully susu sentiasa byk kan

    ReplyDelete
  12. kak dayu,
    kid sangat sokonglah banyak sangat sebab kak dayu BF kan si bolat ni..!!!!!

    chiayok mama...!!!!

    ReplyDelete
  13. setuju sangat2...nak g jalan2 tak payah nak pack2 susu bagai....bawak diapers, mainan, tuala n baju spare...senang!!

    ReplyDelete
  14. comelnyer si budak kenit tu dgn ribbon!!

    ReplyDelete