Sudah berhari-hari mengabaikan Cabaran 30 Hari menerbitkan entry baru. Komitmen terhadap kesihatan anak adalah menduduki tempat tertinggi carta pengurusan hidup di alam realiti minggu ini. Dalam memelihara kebajikan blog pun sudah kira bertuah.
Maka, ada peluang ni. Marilah langsaikan mana yang mampu.
Day 14- A picture of you and your family -ohh bukan lagi hari ke-14, entah ke bape entah-
di hari kebesaran
Ini gambar yang paling complete. Semua ada. Ni pun tak lengkap. Mana entah perginya adik paling kecik aku pegi time ni. Carik punya carik tak jumpa, ok.. kita saje lah. Carik gambar raya, tapi takde pulak dalam laptop ni. Nak tak nak, letak la gambar ni.
Ye, adik saya semua lelaki. Saya seorang perempuan. Sebab semua adik adalah lelaki, bila dah besar ni walaupun saya adalah kakak sulung, saya tak rasa mcm anak sulung. Sebab saiz derang adalah sangat ketara berbeza. Dan suami saya mmg tak boleh bertanding dari segi saiz dengan derang sebab dia kan adakalanya lebih kecil dari aku. Camne nak lawan adik-adik ipar..
Dulu aku selalu terpikir yang anak aku mesti ramai lelaki, sbb kat side aku mmg lelaki adalah lebih tinggi jumlahnya. Sepupu perempuan bape orang je. Lelaki melambak-lambak. Tapi kalau ikut sebelah Ekwan, dia adik beradik laki 2 orang je. Sepupu-sepupu, tak berapa pasti tapi macam ramai perempuan. Tapi both side, anak pertama adalah perempuan. Maka, aku rasa itu adalah antara faktor anak pertama kami adalah perempuan. Boleh pakai kah teori ini?
Tiba-tiba aku macam teruja nak dapat anak perempuan lagi.
-gambar raya yang lalu-
keluarga kecil kami. insya Allah 3 tahun lagi saiz akan bertambah.
*selagi aku tak lupa sakit contraction tu, sila jangan cerita hal tambah anak dengan aku
**ok..ok, bersalin boleh ditempuh. aku tak sanggup nak tempuh 44 hari selepas tu. hal makan2 semua no hal beb, tang nak kena berpisah ngan suami..tu yang tak ready lagi tu
part last tu yg xtahan kan?
ReplyDeletehehehehe.. tang nak pisah ngan suami memang berat hati.. macam iskkkk xyah g keje boleh x? teman saye yang saket kat sini.. eceh hahahaha
ReplyDeletealhamdulillah..dah ada keluarga kecil sendiri..sakit contraction n peristiwa 44hari y indah tu pun satu pencapaian y mbanggakan..:)
ReplyDeletehahaha betol! kalu pkir sakit nk beranak xmo dh..berpisah ngn soami pun xsuka..tiap hari tgk kalendar tunggu soami balik
ReplyDeleteokeh dayu...stuju!slagi xlupe n masih terasa sakit itu...kita tggu 3thn lagi....agagagaga
ReplyDelete