09 December 2010

pemakanan di kala cirit-birit

Sesungguhnya aku memang kecewa. Dan sedih juga. Kecewa dan sedih sebab diarrhea Eisya masih belum pulih sepenuhnya. Hasil pembuangan masih belum normal. Dan hari ni, nursery kata dia membuang dengan sangat kerap, sampai tak cukup diapers. Sedangkan aku dah bekalkan 8 keping, budget setiap 2 jam sekeping. Pelik lak aku. Masa cuti MaalHijrah hari tu, elok je. Even her poop is not normal, tak lah kerap dia membuang.

Tu aku dah stop breastfeeding tu. Sebab kalau bagi susu badan memang akan jadik lebih teruk.

Yang ni lagi kecewa. Ni yang buat aku lagi sedih sebenarnya. Nampak gayanya 3 minggu ni memang Eisya akan minum susu tepung lah jawabnya. Secara lebih spesifik, dia akan minum susu tepung tanpa laktosa. Dan kecewa aku makin mendalam bila penghasilan susu badan adalah merundum sehabis-habisnya. Dapat 8oz sehari tu dah kira bertuah. Dan aku jadik makin risau. Takut kalau-kalau nanti tiba-tiba hasil badan terus terhenti. Dan risau juga kalau nanti Eisya menolak untuk minum susu ibu dia ni.

Mungkin gak sebab rasa kecewa+takut ni jadik faktor kenapa penghasilan terus menjunam.

Tapi demi kebaikan dan kesihatan anak, aku relakan. Tak sanggup tengok dia tak sehat macam tu. Kenalah kenyangkan dia dengan susu khas semasa cirit-birit.

Susu pertama yang diberi adalah Novalac AD, Rumusan Bayi Khas Semasa Cirit-Birit. Ni susu sample dari klinik. Eisya memang budak baik, dia terima susu tu tanpa banyak kerenah walau pun ramai yang kata selalunya budak akan reject susu-susu diarrhea ni. Dia tahu demi kebaikan dia. Tapi susu tu seakan kurang berkesan sebab aku degil, campur ngan breastmilk. Tapi hari ke-3, aku bagi susu tu sepenuhnya and it worked.

230gm bersamaan RM 23.90 untuk 3 hari.

Habis je 230gm aku bagi susu Dumex Dulac dia semula. Ingatkan dah okay... tapi nampak gayanya belum pulih sepenuhnya.

Atas nasihat Sha, aku carik susu tanpa laktosa. Sebab sebelum ni Eisya minum susu keluaran Dumex sebagai bekalan bantuan. Aku pilih la Dumex Lactose Free. Lagipun harga dia yang paling afforadble. Aku amik 800gm terus, stok untuk 3 minggu. Harap-harap, Cirit-birit Eisya akan hilang sepenuhnya.

Dumex Lactose Free untuk bayi yang mengalami cirit-birit atau tidak toleren laktosa
800gm = RM 42.90

Aku musykil, kenapa susu badan tak membantu memulihkan diarrhea. Sedangkan doktor kata 'continue breastfeeding' Orang pun kata 'bagi susu badan banyak-banyak' Tapi kenapa dalam kes aku, keadaan Eisya jadik makin teruk, bukan membantu. Aku punyalah jaga makan masa Eisya diarrhea ni. Sesungguhnya, memang aku musykil.

Menyusukan Eisya dengan susu tepung 4,5 hari ni buat aku betul-betul syukur sebab berpeluang menyusukan dia dengan susu badan. Sesungguhnya aku rasa bagi anak minum susu tepung tu adalah sungguh memenatkan. Nak bangun pukul 2 pagi, pastu sekali lagi pukul 4 pagi. Sungguh-sungguh menguji mata aku yg tengah kemengantukan. Dah la Eisya ni jenis nak habiskan 4oz pun boleh amik masa sejam. Tak ke tersenguk-senguk aku jadiknya. Sakit tengkuk aku tunggu dia menyusu. Nak berbaring, takut aku pun terlena sama.

Aku rindu nak menyusukan Eisya!!

32 comments:

  1. Dayu ini pengalaman lin.Azryl admitted dekat hospital aritu akibat rotavirus.Dan dia tak boleh minum susu badan lin.Mubgkin Apa yang kita makan ,susu yang terhasil membuatkan cirit birit dia lagi teruk.Maafkan lin kalau dayu tak setuju.Azryl amik masa 2 minggu untuk pulih sepenuhnya dari cirit birit.Kalu tukar pampers lebih dari 8 kali sangat bahaya.Jangan bagi solid food langsung sebab perut dia amatla sensitif.Azryl minum susu Isomil yakni susu soya untuk sementara waktu.Berbanding similac Isomil rasanya tak seteruk similac.Hari tu dr ada bekalkan lomothil and probiotik.Lomothil untuk ubat cirit birit tapi itu hanya boleh diberikan jika cirit birit lebih 4 kali.lomothil untuk infant cair kalu kitanyer dewasa dalam bentuk tablet.Ni atas preskripsi dr tau dayu.
    Cirit birit jangan dipandang remeh dayu.Silap-silap dia boleh dihydrated.Bagi air masak banyak.
    Kalu boleh jangan hantar eisya ke nurseri 3 hari .Pantau seteruk mana cirit birit tu.Kalu worse bawak jumpa dr.

    ReplyDelete
  2. sabar ye dayu...moge cha cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. sedihnyaa...
    kite pon pelik nape Eisya alah pulak dgn susu badan. pemakanan dayu ker? tp sblm nie dayu mkn pon msti cam biasa jer. further more takkan sampai berhari-hari kesannya? hmm entah la dayu. kite pon musykil jadinya

    tahan jelah dayu. asal Eisya ok, sihat, tutup sebelah mata jelah FM tuh =I

    ReplyDelete
  4. time baby kena cirit tak digalakkan minum susu ibu yer? sian eisya kena cirit.. semoga cpt baik.. anak saya pulak sejak dah makan nie, sian pulak dia kena sembelit.. fuh meneran sampai merah padam..

    ReplyDelete
  5. huhuhuhu...sabar ye dayu...
    Eisya!cepat sembuh ye!...

    ReplyDelete
  6. lin,
    TQ..sebab share pengalaman lin
    lama betul eh nk baikkan cirit
    hhmmm... kalau ikutkan dah nak seminggu dia cirit ni
    mmg dah tak teruk, camne erk??
    nak bawak hodpital ke?

    ReplyDelete
  7. Dayu, moga Eisya cepat sembuh. Risau betul baca cerita cirit birit dia ni.

    Saya pun rasa macam tu mula2 kasi Myiesh susu formula. Rasa macam alangkah heaven-nya bf, tak perlu bangun tengah malam pergi dapur sukat air panas & sejuk. Kan? Kan?

    Rindu time bf! :)

    ReplyDelete
  8. Disebabkan cirit birit ni, segala aspek kebersihan, baju , tilam dia semua kn amik kira.After cuci poo dia make sure cuci betul betul .kalu buleh pakai dettol.botol dia sentiasa rinse dengan air panas.puting pun sama kalu hisap puting.kalu dayurasa susu tak cukup kasi nestum.tapi cair sangat.almaklumla perut sensitif.hope this help dayu.

    kalu ade pape yang musykil ke buleh call lin 017-4176377
    Tabahkan hati ye dayu.

    ReplyDelete
  9. ok kalu dah tak teruk dayu, isolate dia dok kat umah jer.Pantau makan minum dia untuk 3 hari.ritu lepas azryl keluar hospital lin cuti 5 hari nak pantau cirit birit dia.Sebab orang jaga tak sama macamkita jaga betultak.Tak kasi emlarat.Minum air bebayak.so fluid dia sentiasa direplace dengan yang baru.

    ReplyDelete
  10. rasa nak balik skrg jugak!!
    nak jaga eisya!!
    tak mahu cirit dia melarat

    ReplyDelete
  11. dayu....mcm mane poo poo klu cirit tu eh

    ReplyDelete
  12. sabar ye. elok nye awak amik cuti dan pantau kesihatan eisya. and awk pun kena jaga makan juga. nak tambahkan susu nanti amalkan makan jantung pisang dan sup lobak putih. berfikiran positif. kalau tak baik gak, bawak gi spital k.

    ReplyDelete
  13. sekarang mmg tak pikir apa dah ni
    rasa nak balik je ni
    jap lagi boss keluar gi kurusu
    aku trus sms kata nak balik
    kata anak sakit
    ya allah..lindungi lah eisya di nursery

    ReplyDelete
  14. moge eisya dlm lindunganNya...
    just bg eisya hydrated.
    doc ade pesan,tgk ubun2,if berlekuk means dia dehydrated la tu.and ade other sign.
    moge eisya cepat sihat...be strong dayu..

    ReplyDelete
  15. kesiannye eisya..kene pantang byk kalu fully BF tu.takut ade yg dayu mkn perut eisya xsesuai. hopefully cepat sembuh. Aydan sekarang masalah sembelit pulak.nangis2 aritu nk poo2..air dh byk bg.sian die.

    ReplyDelete
  16. baru tau ubun2 lekuk baby dehydrated. thanks mas sebab bgitau...slalu gak nmpak ubun2 anak lekuk..

    to cha n dayu, semoga cepat sembuh ye eisha. sian anak sakit ibu mesti rase nak jaga dia 24/7 kan. sabar ye dayu..:)

    ReplyDelete
  17. Salam,
    Sy pun sokong kawan-kawan yang lain. Ambik cuti dan pantau sendiri kesihatan Cha. InsyaAllah, dengan berkat ketabahan Dayu, Cha akan sembuh. Macam manapun, saya percaya breastmilk still the best, tp tak tau plak cam mane boleh jadi macam ni plak kat Cha. Hasha pun pernah kena diarrhea, sy kerapkan menyusu. Dia taknak pun sumbat jugak dalam mulut dia. Sambil zikir dan doa,

    "Ya Allah, dengan berkat susu ibu ini, sembuhkanlah anakku ini.Amin"

    Poopoo baby yang BF ni kan memang tak berketul. Jadi mungkin, bila Dayu susukan Cha, baby cube mengeluarkan bahan2 yang menyebabkan dia cirit. Mungkin mengambil masa sikit.

    Apapun, sy yakin Dayu lebih tahu apa yang terbaik untuk Cha. Berdasarkan instinct ibu.

    Semoga Cha kembali cergas, sihat dan aktif.

    ReplyDelete
  18. loh...x baek2 lg ke eisya?
    adoyaii..ciannyer..
    aku pon pernah rase time aleef cirit ritu..
    tp aleef cirit sbb aku nk introduce FM kat die...
    siang aku bg FM..then mlm BF..
    mmg cirit lebih 8x gak la klu susu FM tu x sesuai dgn die...
    xbwk gi jmpe doc pon aku...
    layan kan je dlu,tukar susu smpai 3x..
    at last yg ke-3 tu berhasil...
    dh x cirit dh si aleef tu,Alhmdulillah...
    tp kes eisya ni aku rase die nyer usus dh kena jangkitan kot..
    better bwk gi jmpe paed cpt..
    cian dowhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu pe yg ke 3 tu ye..ank sy mnum mmex gold ciri birit..xda idea sdah nk bg susu pe skrg..huhu

      Delete
  19. skrg ni otak dah tak fokus
    rasa nak balik je
    esok confirm cuti lah. habis pun habis la.tak pun carik MC
    nak jaga cha smpai dia btul2 sehat

    ReplyDelete
  20. pemakanan dayu pulak camne? mebi tu pon jadik factor kenapa eisya cirit birit bila bf

    ReplyDelete
  21. Dayu adif pon same, aritu die cirit birit dalam sehari 7xpling kerap.
    lpes tuh as bwak pi kinik, doc kte myb adif xbole terime cerelec syuran, atau susu baru yg as tukar tu. lps tuh doc naseht, jgn bg die hisap tgn sgt sebb myb ade bakteria.
    doc mintak as tukar susu sementara, similic @ isomil, so as pilih isomil.
    alhamdulillah adif xcirit2 lg. tapi tula kene bg air kosong bnyk kt die, tkot bdan die kering kurang air.

    Org tua2 ade jugk ckp bby jdik gitu sebb nk ringan bdan, tpi tak thu mene releven nye, yg pentg pegi kinik jela senang, doc bg ubt cirit, antibiotik semue. kite rase lebih safe.

    malam tdi as try lg bg ss baru die. sah ss tuh xsuai buat adif, sebb serta merta die cirit balik.

    dayu, klo cha cirit lg, baik bawak sekali lg pi jumpe doc ye.

    tke cre chaa.
    :)

    ReplyDelete
  22. ya allah, terima kasih semua sebab sgt sgt concern kat kesihatan Cha
    kita sama2 ada anak kecik kan
    tu keprihatinan nya sama

    malam ni kalau dia masih tak elok, masih juga berak2
    mmg angkut gi hospital je lah
    dah seminggu ni

    ReplyDelete
  23. pening juga pk ni..bf x membantu..

    yup..betul tgk ubun² klu lekuk mknanya x ckup air dlm bdn...dlu time muaz kene denggi cmtu la..takmo susu bagai..takmo seme..

    cepat sembuh ye cha..kurus la awk cmni...

    tgh sakit cmni x leh suntik rotavirus ke? ke kene tggu baik?..risauunye...

    ReplyDelete
  24. ohhh baru tahu susu badan tak membantu semasa anak cirit-birit ye. sabar ye dayu.

    hari tu raina pun pernah cirit-birit. risau. sampai punggung dia melecet teruk. time nak mandi dan nak basuh punggung raina je raina akan menangis sebab pedih kena air.

    satu hari lebih 10 keping pampers kena tukar sbb cirit-birit. tp sebab raina minum susu formula so jln penyelesaian kami bg air glukose je dan kurangkan susu. Alhamdulilah cirit-birit tu tak ada lagi di alami raina.

    ReplyDelete
  25. btw, u mmg boleh mintak MC kalau bawak anak sakit pi klinik / hospital. cakap je kat doc. nti dorang bagi MC utk ibu.

    pasni, nak kena amek rotavirus vaccine tu kot, dayu. esp mcm anak2 kita yg duduk kat nursery ni kan.

    moga cha cepat sembuh.

    ReplyDelete
  26. owhhh byk komen2 yg bagus,
    btw, ye ke susu bdn xmmbantu dayu?
    na risau plak,
    na patot bg la ke stop dlu susu bdn ni?
    ishkk..
    nak amek cuti gak la 2hr cmni :)

    ReplyDelete
  27. Susu formula apa yg sesuai semasa anak jd cirit birit ye??anak saya 9 bulan lebih.lepas mkn susu mesti cirit.sy sh cuba bg garam ORS,TP dia xnk mnum.skrg anak mnum susu frisolac gold langkah 2.tolong bg tips skit.

    ReplyDelete
  28. dah beli Novalac RM30 tin kecik je

    ReplyDelete
  29. salam... macamamana anak awk sembuh cirit birit? anak sy sebulan dh cirit.. bg susu ibu.. mmg btl susu ibu tidak berkesan ke?

    ReplyDelete
  30. hi sis, nak tanya u beli susu DULAC size besar kat mana???i beli kecik je 400g, tlg watsup sy 0122397483

    ReplyDelete