02 December 2010

pendapatan tanpa sedar

Aku memang tak pernah nak bercerita pasal Nuffnang kat blog. Pendapatan tak seberapa, tak sibuk nak hebahkan kat orang. Tu yang macam segan tu. Diam-diam je lah jana pendapatan sampingan ni. Biar sikit tapi tetap ada hasil. Biar menunggu sampai setahun, tapi bila tengok current earning tu senyum la jugak.

Setakat hampir 2 tahun dengan Nuffnang, baru 2 kali aku cash out. Sekali tu, cukup-cukup je minimum boleh cash out, sepantas kilat aku klik 'cash out my earning' Tu jangan ditanya berapa lama menunggu sampai layak boleh keluarkan duit tu. Masa mula-mula ber'blogging, siapa je yang menjenguk ke sini. Traffic pun ciput je. Nak dapat buffered earning (BE) pun susah. Pastu kejap je dah jadik metered earning (ME). Alhamdullilah, ada lah jugak dari apa pun takde kan.

2nd time merasa duit Nuffnang hasil dari blogging adalah awal tahun 2010 ni. Tak banyak mana pun, kumpul punyalah lama. Masa tu memang dah target nak guna duit tu untuk shopping barang baby. Dah budget, nak dapat duit awal bulan April, keluarkan siap-siap hujung Februari. Hasil duit tu dapatlah beli stroller Eisya, tilam dia ngan baju sehelai dua. Boleh lah..

Aku blogger cabuk je. Trafik sehari berapa je. Sape la yang nak tempek iklan kat sini sangat.

Tapi makin lama, Nuffnang makin bermurah hati. Banyak pulak iklan dia bagi kat aku. Pernah satu ketika tu, BE aku berderet-deret. Berbunga-bunga hati aku. Dapat pulak CTR bonus sampai +RM8++ Seronok habis. Terus rajin update blog secara maksima. Nak maintain traffic punya pasal. Setakat ni sangat seronok kalau dapat iklan dari telecommunication service provider macam Digi ke, Celcom ke.. sebab derang macam sgt murah hati. Hasil dari iklan derang selalu lumayan.

rezeki masa kini

Alhamdullilah, BE sentiasa ada. Kalau dah jadik ME, ada je yang baru muncul. Dan terima kasih juga kepada Nuffnang. Dia bagi sama rata kat semua orang. Semua merasa hasil dari idea ke repekan sendiri. Yelah, biar tak banyak mana. Tapi ada ke orang nak bagi kan..

Nak dapat sampai ribu-ribu tu, aku tak cukup layak. Siapa lah aku.. kumpul 5 tahun pun belum tentu. Tapi teringin jugak kan :) Tapi satu tahu, suatu hari nanti. Hahaha, berangan lah kau Dayu.

Kalau ditanya sampai bila nak berblogging. Entah, aku pun tak pasti. Selagi aku ada peluan dan masa mungkin. Mood dan minta tu InsyaAllah tak hilang kot. Blogging ni macam dah sebati pulak dalam diri. Macam kena buat tiap hari, kalau tak mengelupur. Over sungguh. Tapi betul beb, kalau cuti ke.. balik kampung ke, tak tengok blog smpai 5,6 hari. Hati ni meronta-ronta tahu. Serius.. Maka, aku pun tak pasti sampai bila aku akan memelihara blog. Kalaulah sampai Eisya sekolah, boleh membaca, pastu tengok ibu update blog. Menempek je kat tepi. Perrghhh, aku akan sangat kagum dengan diri sendiri.

Selagi berupaya, ada masa dan keinginan. Aku pasti akan berblog.

*rancangnya nak cash out pendapatan terkumpul pada hujung April.. kumpul selagi ada peluang masih ada. nak bawak eisya cuti-cuti malaysia :)

14 comments:

  1. sama lah kita babe..tak banyakk..tapi boleh la kann..boleh lah beli baju2 anak dara kita tu..heheh..like ur blog

    ReplyDelete
  2. teringin gak nak tgk duit dalam nuffnang tu banyak tapi sebab cam malas je nak update, usah berangan,,hihi..

    bestnya dapat sampai 800++...pastu mesti semangat nak update. Tapi ape tu BE dgn ME? takpaham la...hihi..
    meaning tau tapi fungsi die ape eh..hihi

    ReplyDelete
  3. sama lah mcm nurul dayu. nak dpt ribu2 tu tak tahu lah. tp ada gak pasang angan2 setakat ratus2 tu Alhamdulilah. tp dayu mmg rajin update blog. byk idea kan?

    nurul ni konon2 pasang azam nak rajin update blog tp malas je. seminggu ada lah sekali , 2 publish entri. hehe

    ReplyDelete
  4. hye hye dayu ibu eisya.. hehe.. ingat nurul lagi?? last bertegur2 zaman dayu pregnant rasanye.. ke entah tak ingatlah..pastu blog list nurul hilang sume address..langsung tak ingat dah..
    pastu carik punya carik jumpa dayunyer link dlm blog ibu alia rasanye (raihan)..

    bermula saat itu menjadi silent reader saja.. keke.. ni tergerak nak tinggal jejak.. hehe.. btw nurul sampai sekarang tak faham nuffnang ni.. ade nuffnang pun sbb hubby yg buatkan.. keke..

    btw teruskan berblog yer dayu..:-)

    ReplyDelete
  5. rezki senyap ya..best2. kita baru nak merangkak2..hehe

    ReplyDelete
  6. eh sy xreti la pasai nuffnang neh...xincrease pn earning..cam ne nk kasi naek ekk??huhuhu

    ReplyDelete
  7. ade juga dgr pasal nuffnang..
    tapi x pernah pon nak amik tau..
    hehe
    pernah bc dulu sorg blogger ni cash out duit dia buat downpayment kete..
    perghh.. byk tu..(^^)

    ReplyDelete
  8. nadpunyer nuffnang pun xbanyak..adelah ckit2...sape nak bagi kan..rezeki yang xdisangka nih...

    ReplyDelete
  9. tapi amy rasa blog dayu banyak jugak dpt sebab banyak bagi info. so, org suka baca. insya-Allah, mana tahu kan. rezeki Allah nak kasi, 2-3 tahun lagi, boleh dapat ribu2 plak. amin....

    ReplyDelete
  10. huehue thanks dayu..sebab ape? hanie nama je pasang nuffnang tp tatau plak terms2 BE and ME tu ape hehe.
    tu la, berblogging skrng pun dah mcm merundum sejak ade anak ni...tetibe bole blur nak cite ape :) kang cite byk sgt pasal anak, ade yg jemu plak hehe

    ReplyDelete
  11. rezeki rezeki :) selamat jadi blogger yg terus tegar!

    ReplyDelete
  12. aah kan?
    telecomunication nye iklan paling masyuk.
    hehehe.
    alhamdullilah.
    belom berniat nak cash out lagi.
    kasik simpan dulu. :p

    ReplyDelete
  13. hahah..maria tak smp 50 pun..haha..yelah update pun setahun sekali..

    ReplyDelete
  14. TErima kasih kerana menulis pasal income Nuffnang ni. Saya pun baru nak belajar mengenainya. Haa saya dah klik 2 iklan kat atas. Jangan lupa singgah blog Azie Kitchen

    ReplyDelete