Ke ada yang nak kata dia tak begitu? Mampu kawal hawa nafsu yang cuba menguasai keinginan tu sampai akhirnya mengawal akal?
Aku ni adakalanya berjaya juga kawal, tengok sekadar tengok. Meleleh air liur kat situ je, tapi akhirnya pejam mata je. Buat-buat lupa. Kalau lah mampu, kalau tak 2,3 hari gak asyik la terbayang-bayang. Tapi ni selalunya kalau sedar diri dan keadaan kewangan adalah sungguh-sungguh tak mengizinkan. Tapi kalau tiba-tiba lupa diri, pulak tu, duit macam ada terlebih sikit. Mulalah, terus hilang arah.
Ni hah.. ni yang aku teringin sangat ni.
Corningware Casserole
Sejak kawin, sejak ada rumah sendiri. Sejak ada masa nak mengaplikasikan pelbagai resipi yang ditemui, aku macam makin rajin la memasak *cewah* Dan sejak tu jugak aku selalu berkeinginan nak memiliki periuk-periuk kaca yang elegant seperti di atas tu. Mesti jadik makin bersemangat aku nak berkarya kat dapur. Tapi bila mengenangkan harga dia yang macam agak mahal, sudahnya aku pakai aje periuk besi cap buaya tu. Tapi keinginan hati tak pernah pudar. Simpan je dalam hati, diam-diam.
Semat dalam hati 'ada duit beli, takde duit diam sudah' Setakat ni ada seketul je, tu pun beli guna voucher. Dapat la harga murah sikit.
Sape tak suka ada dinner set complete lawa gini. Tapi Ekwan pernah kata kat aku 'apa beza ngan yang satu set rm70 tu awak, apa best sampai ratus-ratus ni?' Eleh.. cuba sendiri basuh pinggan. Cuba rasa berat tak berat tak pinggan yang harga RM70 tu. Tapi itu bukan sebab utama kot, ni lebih kepada kepuasan. Kepuasan semata. Bila kata untuk kepuasan, nampak macam tak perlu je benda ni semua kan. Takde set pinggan ni, boleh juga makan. Tu belum lagi ada yang berbunyi 'kalau masak dah sedap, makan guna pinggan plastik pun sedap, tak payah pinggan mahal-mahal' Huhuhu.. memang sadis lah..
peerrghhh, dapat ni memang aku senyum seminggu kot
Tu yang bila Fashya buat offer untuk beli benda ni secara ansuran, aku rasa nak join sama. Konon tak terus kata setuju, konon nak fikir dulu. Tapi dalam hati dah melonjak-lonjak, siap konon nak bayar 2 kali je *macam banyak sangat duit kau kan Dayu kan* Tu yang bila Fashya follow-up terus je kata 'ok..jadik' Dan terus aku belek katalog.
Dan sekarang tengah pening tak tahu nak amik yang mana..
Dalam kepala sekarang asyik la 'Cornelle... Corningware.. Vision..' Tapi aku macam berkenan lah ngan set luminarc..
*eh, kalau berminat nak join sama skim ansuran Puan Fashya, boleh la hubungi dia,
klu ske felling2 kt dapur, bley amek version, syok masak oh
ReplyDeleteklu rajen jemput member2 dtg mkn kt umah
amek set corelle mangkuk bertutup 1 set,
set pinggan mangkuk 1 set,
ewahh senang citer amek semua lah :p
Ohhh ni yang ikut kutu PENAMA tu eh...teringinnya tapi tu lah....beli lah dayu...
ReplyDeletedayu, kalu ko nak yg free register kat world kitchen asia...slalu wat giveaway set corelle,pyrex dan sewaktu dgnnya..
ReplyDeleteteringat dulu masa kerja kat putrajaya masa tu tak kawin lagi borong beli set pinggan mangkuk belek katalog bukan main lagi. mahal sikit tapi berbaloi2
ReplyDeletehahaha berkenan jugak tp xboleh nak beli lg sbb rumah skrg pun xtau nk sumbat kt mane..huhuhu yg bestnye sbb ringan
ReplyDeleteDayu, kalau betul-betul nak, komfirmkan cepat eh. Sebab nak amik order dah. Berbaloi beli mahal2 sebab boleh guna lama.
ReplyDeletefeel dia pun lain gitu. ewah aku ni...
kak sila lah beli corelle sebab pingan mangkuk dia tahan lasak. mak mentua sue pakai corelle dr suami awal kawen sampai sekrang elok lagi kak..
ReplyDeletesue pakai vision, mak mertua sue bagi (yang dia punye la dulu) elok memang elok, tahan lasak tapi nak cuci kotoran degil tu memang kene sabar la. lagi dia mudah sgt kotor la.. sue pakai vision nyer periuk gak, memang klu masak kene tumis kuali lain bile dah masuk air tinggal nak tambah perasa n bagi dia masak sepenuhnya baru tuka masuk vision, kalau tumis kat dlm vision merasa la menyental semua yg degil2 tu. huhuhu.