30 January 2012

Tiada Halangan

Ginilah gayanya kalau orang berhutang demi sekeping kertas bernama Ijazah *tetiba: mana aku nyer kertas yg sekeping tu erk???*

Ye, ye..hutang belajar adalah menimbun-nimbun. Boleh beli kereta sebijik. Tapi nak buat macamana, dulu masa muda belia mana terfikir hal menanggung hutang ni. Orang offer, dengan pantas aku pun gi join bawak pen sign agreement. Pastu tak menyabar nak dapat duit, lambat sikit mula bising sana sini. Konon nak beli buku lah, assignment lah. Sedangkan duit yuran mak ayah dah tolong bayar dah. Tengah nak bayar sewa rumah, pastu makan ngan minum. Alah, duduk kat UiTM ada subsidi makan. Tengahari gi je beratur kat dewan makan. Makan lah secara percuma. Tapi sebab ada PTPTN, mulalah nafsu nak itu, nak ini.

Serius, kalau aku boleh ulang balik zaman bergelar mahasiswi. Aku rela kot, hidup tanpa PTPTN. Boleh je kot aku survive dengan duit yang ayah aku bagi bulan-bulan. Ni tidak, PTPTN habis, duit ayah bagi pun habis. Memang tak bermanfaat kan. Hhhmm.. muda-muda, tak merasa sendiri susah payah carik duit. Tu yang tahu menghabiskan je. Pastu sekarang menyesal. Tapi tak guna beb, hadap lah slip penyata hutang PTPTN tu. Tak bayar, elok-elok 32K, tahun depan 33K.. Memang menangis lah.

Setahun pertama lepas belajar, walaupun dah ada keje tetap. Dengan gaji yang agak lumayan sebagai seorang  bujang yang tiada komitmen hutang, tapi aku agak degil nak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemiutang. Bila mak aku call sekali-sekala dan dia tanya 'bulan ni dah bayar PTPTN??' Dan bila aku kata 'tak lagi' dan dia mula berhujah, rajinlah aku berjalan gi bank bayar. Tu pun bayar seminimum yang boleh. Gila degil. Bila dah mula ada hutang, dah beli kereta. Sibuk pulak nak kawin, makin liat aku nak membayar. Macam tak sedar diri kan, masa dapat bukan main seronok. Suruh bayar semula, terkedek-kedek. Tak tahu malu pun iye.

Pastu bila Imigresen mula menyekat pemiutang dari keluar negara, aku macam cuak. Takut gaya macam selalu sangat lah ke oversea, sedangkan sekali pun tak pernah. Mulalah aku sedar diri, bayar la jugak. Biar sikit, tetapi PTPTN tetap terima duit aku setiap bulan. Bila semak, nama tidak tersenarai dalam golongan yang disenarai hitam, mulalah liat balik. Dasar degil kan.

Mana nak semak?? Dulu boleh semak dari URL PTPTN, tapi sekarang dah tak boleh rasanya. Aku rasa, yang imigresen punya ni boleh digunapakai kot.Aku tetiba gabra gak manalah tahu tiba-tiba blacklisted kan. Aku dah beli tiket nak gi negara jiran ni. Tak mahulah kang tiba-tiba kat boarding gate kena tahan. Malu weh.. Tu yang gagah aku semak status kelayakan nak ke luar negara ni. 


Alhamdullilah.. TIADA HALANGAN katanya. 


Aku nak didik diri, jangan degil. Jangan liat. Jangan jadik kacang lupakan kulit. Hutang tetap hutang. Mati berhutang ni payah. Kalau ikut jadual, aku kena bayar dalam RM400++ sebulan kat PTPTN. OMG!! Banyak, memang banyak. Kalau aku bayar 400 seperti yang disuruh, memang aku duduk diam-diam je lah. Tak beli baju baru, duit makan gi opis pun kena mintak kat laki. Duit belanja rumah, bil segala, memang aku tak bleh tolong bayar lah. Semua Ekwan kena tanggung sendiri, makin melidi lah laki aku. Maka, aku nak latih diri, awal bulan bayar RM100 minimum, hujung bulan, ada lebih bayar lagi. Kalau takde, cukuplah yang awal bulan tu (:

Dah cukup baik akak bayar tau.

Yang sama macam aku, yang berhutang demi sekeping Ijazah. Bayarlah balik hutang tu, tak boleh banyak, sikit pun jadik lah. 

Dan InsyaAllah, anak-anak aku nanti. Tak payah lah berhutang nak belajar. Menabung la dari sekarang. Semoga nanti bila dah kerja, tak payah pening nak pikir bayar study loan. Pikir mana nak bawak ibu abah gi holiday je (: 

Amin

*bila la nak gi buat pasport ni???

27 January 2012

Menu Diet: Ayam Kukus Bersayur

Program pengurangan lemak dibadan masih gigih diteruskan. Baru 2 hari apa, tak kan nak stop. Main-main namanya tu. Jadik bahan jenaka je kang. Hari pertama hanya bersalad. Hari ke-2, ingatkan nak bersup sahaja. Tapi mengenangkan perut anak dan suami yang masih berkeinginan nasi. Kenalah juga aku masak sesuatu yang sesuai untuk smua perut. Untuk aku, nasi semestinya tidak. Jawabnya makan lauk je lah.

Bahan pengisian perut kami anak beranak malam tadi.

Ayam yang dikukus bersama sayur-sayuran

Eisya kata 'dappp.. lagi' Suka hati ibu dia. Satu mangkuk habis sekali santap je. Punyalah aku niat nak bawak untuk lunch hari ni pulak, tapi habis licin laki aku keje kan. Tapi bagus lah jugak, tak membazir. Nasi pun habis. Senang keje aku. Memang akan repeat lagi sekali ni. Mudah dan lazat untuk diratah. Sehat pun iye. Kukus kan. Resipi?? Okay, marilah aku kongsikan resipi yang aku temui di alam maya ni. Sorrylah, tak ingat dah tempat asal resepi ni aku temui. 

Ayam Kukus Bersayur

Bahan-bahan yang perlu ada:
  • isi ayam di potong kecil (ikut suka la nak letak banyak mana, aku guna 1/4 ayam)
  • halia dihiris halus
  • bawang putih 6,7 ulas
  • 1/3 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air panas
  • sayur-sayuran: brokoli, cauliflower, carrot
Cara memasak: (yang sangat mudah)
  1. Tumis halia dan bawang putih  dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan bancuhan sos tiram dan air panas. Masak sampai mendidih.
  2. Bila dah mendidih, asingkan sedikit kuah tumisan tadi. Kemudan masukkan ayam ke dalam baki kuah, dan gaul rata. Kemudian tutup api.
  3. Kemudian tuang tuah ke dalam bekas yang sesuai (kalau ada caserole correlle mmg best) untuk dikukus. Susun carrot dan kukus 10min
  4. Lepas tu masukkan pulak cauliflower, kukus lagi 5 min. Pastu brokoli pula, curahlan lebihan ramuan bawang dan sos tiram ke atas brokoli. Kukus lagi 5 min.
  5. Siap dan boleh hidang. Sedap

Patutnya masak guna periuk kukus, tapi aku malas nak kuarkan periuk kukus. Nak guna electric steamer pun malas. Malas nak membasuh segala part dia nanti. Sudahnya aku guna microwave je. Hahaha..senang keje achik. Achik memang suka segala benda yang memudahkan. Kalau guna microwave, boleh kurangkan sikit timing mengukus tu rasanya, lagi-lagi kalau guna high temperature. Nanti sayur terlebih masak.

Malam ni boleh cuba Sup Brokoli, untuk breakfast esok. (:

26 January 2012

Menu Diet: Salad Udang

Seperti biasa, aku pun google je. Takde bakat kot dalam diri ni nak mencipta resipi. Mengubah resipi iye. Tambah itu, tambah ini. Tukar bahan. Tu memang pakar.

Asalnya resepi ni nama dia Salad Udang Seri Pengantin, untuk santapan raja sehari. Tapi aku balun je jadikkan dia menu diet. Hahaha.. sebab aku tak tahu macamana nak jadikan udang sebagai main ingredients untuk menu diet. Dari aku steam udang tu, dan entah pape rasa dia kan. Ada yang suruh grill, tapi macam tak puas lak nanti makan udang gitu je. Dan bila Jiha bagi cadangan suruh buat salad, pantas aku meng'google. Macam-macam resipi salad udang yang muncul. Sald udang avocado pun macam menarik, tapi sebab takde stok avocado, KIV lah dulu, kita buat apa yang dah tersedia kat rumah tu.

Dan Salad Udang Seri Pengantin ni lah jadik pilihan. Mudah dan pantas untuk disediakan. Itu jadik kriteria utama.



Bahan: (untuk 2 kali makan)
  • 3 biji telur rebus
  • udang di celur sehingga masak
  • 2 bijik kentang
  • brokoli rebus
  • garam dan lada sulah
  • tomato dipotong dadu kecil
  • thousand island/mayonis
Cara penyediaan yang super mudah:
  1. Gaul brokoli dan udang bersama garam dan lada sulah. Kemudian masukkan kentang dan telur. Pastu tabur tomato. Pastu curah la thousand islang
Dah siap. Boleh makan. Mudah kan. Kalau nak lagi bersungguh-sungguh, tak payah curah sos thousand island tu. Cukup ngan garam and pepper tu. Tapi sebab aku takut tak lalu, aku manfaatkan la kelazatan sos berkenaan. Mungkin nanti kalau stok dah habis, aku boleh cuba plain salad pulak. Ohh, curah lemon mungkin juga bagus.

Okay, sape-sape dalam fasa kehidupan yang sama macam aku, boleh cuba. Kalau rasa macam bagus untuk dicubalah, kalau tak sila abaikan je resipi ni. TQ

A Start

Disebabkan kesedaran diri mula muncul, dan sudah mula rasa sesak dengan badan yang makin melebar. Nak pakai baju pun dah tak best. Aku berazam, pasang niat baik punya. Nak kuruskan badan semula. Dan kena kembali taat memakai PB 8 jam sehari setiap hari. Tak boleh ngelat-ngelat. Dan haruslah tidak mampu nak bergantung harapan kat PB je semata, makan juga harus jaga. Bersenam pun harus. Okay, kesepakatan telah diterima, weekend ni kita gi jogging ye En Ekwan.

Permulaan sesi pemakanan secara sehat dan berhemah bermula semalam. Punyalah berkobar-kobar semangat aku nak membuang lemak. Takde tangguh-tangguh dah. Kalau tangguh nanti entah bila entah bermula, maka start je dari sekarang.

Kalau selama ni, bermula selepas raya tahun lepas, malam je mesti aku balun makan nasik. Tu belum kira breakfast nasi dagang, lunch nasi campur. Sehari 3 pinggan nasi aku amik. Macamanalah badan tak melebar. Pantang kurus sikit, terus lupa diri. Bila seluar baju dah mula sendat baru nak insaf. Huhuhu, biasalah.. tengok makanan sedap-sedap bukan senang nak menahan nafsu. Semua teringin, dah la memang kaki makan kan. Ingat senang nak pandang je. Harus aku jamah sikit, dah rasa sikit.. tangan bukan reti tak menambah. Lagi-lagi bila tengok makanan banyak, tak tambah kang tak habis. Tak baik membazir.

Mencipta alasan memang seronok.

Tapi malam tadi aku betul-betul berazam, tak mahu ambik nasik sehingga aku betul-betul puas hati dengan pengurangan lemak di badan. Walaupun suami aku tu kata 'jangan lah tak makan, kurangkan je nasik tu' Tapi aku tak percaya kat diri sendiri. Takde istilah sikit la kalau dah makan nasi. Baik tak payah amik langsung. Bila dah rasa sikit, kang teringin lebih susah. Boleh jadik kempunan. Baik jangan jamah langsung.

Salad Udang 

Inilah yang mengisi perut saya malam semalam. Salad udang namanya. Tapi ada juga telur dan kentang rebus buat penambah karbohidrat. Sayur juga tak dilupakan. Walau dalam resipi sepatutnya salad, tapi dah brokoli je yang ada. Aku balun je brokoli rebus, tomato pun aku campak sekali. Curah sikit thousand island. Peerghhh, semangkuk pun aku boleh habiskan. Terus macam tak diet.

Tapi nasib baik sedar diri, separuh mangkuk makan 3 beranak. Eisya pun suka, tapi udang je lah. Aku bagi telur ngan kentang dia keluarkan balik. Hulur udang pantas je dia bukak mulut, siap 'lagi' Abah dia pun sama, udang je yang dikerjakan. Tapi nasib baik memang melambak aku letak udang tu. Memang puas lah bersalad kami anak beranak semalam.

Malam ni buat salad apa lak erk??

*nasib baik google dihujung jari, taip je. melambak-lambak pilihan keluar. senang jadik bini zaman sekarang

25 January 2012

My adorable : Eisya Elyssa


bangun-bangun tido ibu tunjuk 'dragon' terkulat-kulat dia
budak comot makan Big Apple

mak budak yang makin gemuk. ok, mulai esok puasa dan pakai PB dengan taat.
*nak jugak menyelit si maknya pun*

Penghargaan yang tak seberapa

Tahun ni Ekwan memasuki area 30-an. Tua dah laki aku. Tapi takpe, masih comel. Kalau kata 20 tahun pun orang percaya agaknya. Hahaha.. yelah, laki aku tu kan kecik je badan dia. Perut pun belum ketara sangat buncitnya. Tapi makin hari makin tersembul. Nak tunggu umur 30 kot baru nak menyerlah. Tak sia-sia hasil aku bertungkus-lumus setiap hari. Balik keje, letak beg, tanggal tudung terus masuk dapur *ni statement membangga diri ke apa ni??*

Sebab nak menjangkau umur 30, aku macam sedikit teruja nak meraikan ulang tahun dia kali ni. Beriya aku gi beli hadiah awal-awal. Walau mulanya kata tak nak bagi hadiah, tapi aku dengan baik hatinya, beli juga hadiah harijadi dia.

Ni ada satu rahsia nak bagitahu ni, sejak kawin, nak masuk tahun ke-3 ni. Kami takde pun bagi-bagi hadiah time birthday. Valentine lagi jangan harap. Anniversary pun takde hadiah. Sungguh, tapi tak kesah. Tak pernah rasa 'hhmm, tak sayang lagi ke?? dulu bujang-bujang ada je hadiah. Ni apsal dah kawin takde hadiah dah??' Bila dah berumahtangga ni, benda-benda ni semua macam remeh kot. Ini semua bukan keutamaan. Cukup sekadar dia ingat, tak pernah lupa. Ucapan pun memadai. Pastu kiss seketul dua kat pipi ngan dahi *malu* Tu pun dah cukup. Banyak lagi benda lain perlu diberi keutamaan. Dapat hadiah memang seronok. Tapi kalau dek kerana nak menyediakan peruntukan untuk hadiah, akhirnya nanti terpaksa ganggu keperluan yang lain. Aku lagi rela takde hadiah kot.

Tak kesah.. tapi kalau dapat, pasti lah menyengih kegirangan. Takde hadiah, tak semestinya tak sayang kan.

Belanja makan pun dah cukup. Tak payah masak sehari tu macam lagi seronok je dari dapat bunga sejambak. Hah.. bunga memang aku tak hingin. Kalau nak belikan aku bunga, belikan je artificial. Boleh aku isi dalam mana-mana botol. Lagi menarik. Bunga fresh achik tak nak.. (: Tapi kalau nak bagi hadiah jugak, achik nak oven 50 litre *demand kau*

Tapi bila tengok orang lain sibuk fikir nak bagi hadiah harijadi apa kat suami, aku rasa macam perlu gak aku bagi dia something. Pastu terfikir, tak nak rumahtangga aku ni suram sangat. Macam takde usaha nak kekalkan kemesraan antara aku ngan dia. Terus aku rasa, apa salahnya aku berikan sedikit tanda penghargaan kat dia, sempena ulangtahun dia kali ni. Tanda terima kasih atas segala kasih sayang yang dia beri selama aku jadik isteri dia ni.

Kebetulan ada peruntukan lebih sikit kan, boleh lah aku realisasikan keinginan aku ni. 

kad buat sendiri, di hujung waktu.

Membeli mengikut kemampuan. Ini je lah yang dapat aku beri. Kebetulan minyak wangi hantaran dia dah habis kan, dok balun aku nyer je. Maka, amat praktikal la perfume ini buat masa ni. Membeli kena bijak. (:

pembelian berbaloi untuk suami tercinta 

Beriya aku memikirkan elemen kejutan yang aku nak berikan kat dia. Mana aku nak letak hadiah ni, biar esok pagi dia bangun, dia jumpa sendiri hadiah ni, pastu datang jumpa peluk cium aku kata 'thank you yang' Hahaha.. impian tinggi, tapi kreativiti kurang. Sudahnya, Eisya jugak digunapakai. Bagus, untung ada anak kecik yang patuh dengar arahan ibu tanpa berdolak dalih. Pagi tu, aku bagi paper bag ni kat Cha, suruh dia bagi kat abah dia. Pastu aku buat-buat sibuk bancuh teh kat dapur. Tak sabar aku nak tunggu orang tu datang cakap TQ kat aku. Tapi takde pun.. tahu-tahu dengar dia jerit kat Cha 'cha, ibu bagi abah hadiah !!!"

Pastu aku masuk bilik, semerbak bilik bau White Musk for men BodyShop tu..

20 January 2012

Keberkesanan

Bukan nak promosi, bukan nak promote. Takde saper pun suruh. Ni entry promo sendiri, hasil dari kesan positif yang sendiri perolehi. Tu yang rasa yakin nak kuarkan entry berunsur testimonial ni, Kalau tak, takut juga. Kang kata lebih, tapi hampeh. Sendiri gak malu nanti.

Alhamdullilah, dah hampir sebulan aku amalkan amik 2 biji VCO Softgel dan sepaket Collagen. Sepatutnya makan collagen ni malam-malam sebelum tidur, tapi sebab aku ni selalu sangat lupa. Selalu sangat tertidur awal, esok pagi bangun baru 'alamak!! lupa makan collagen' *dah 4 hari ok lupa* Nak tak nak, bukak peti ais, tuang jus guava dalam cawan, bancuh collagen. Telan la subuh-subuh hari. Hahaha.. memang ikut suka aku je. Ye, ye..aku suka bancuh collagen tu, sebab lidah aku macam tak berapa suka telan serbuk tu gitu-gitu je.

Perubahan takde lah ketara sangat. Kalau tetiba terus hilang segala parut jerawat kat dahi aku ni, memang lah penipu namanya. Ajaib sungguh. Tapi kesan tu memang semakin pudar. 

gambar bertarikh 20hb Januari 2012
Gambar kat atas tidak melalui sebarang proses 'editing' Transfer terus dari BB, dan terus upload. Senang keje aku sekarang. Lepas ni tak payah susah-susah bukak Photoshop ke Photoscape ke nak buang parut jerawat (:

Tapi tidaklah kesan tu lenyap terus menghilang diri. Masih rasa sayang nak tinggalkan ruang muka aku tu. Adalah jugak lagi. Kalau tengok dekat-dekat, lepas basuh muka. Memang ada lagi. Maka, aku berharap dengan usaha dan kegigihan aku serta kesanggupan melaburkan wang untuk makanan tambahan ni. aku dapat merasa kembali muka suci murni tanpa parut jerawat semasa muda belia dulu. Amin. *baca selawat 3 kali sebelum makan boleh tambah kesan positif tak??*

teman karib masa kini. tapi selalu lupa nak telan yang paket gold tu. tapi kalau lupa lambat skit stok habis. hahaha

*bila umur nak masuk 30 ni, terasa macam harus pulak melabur duit untuk kesihatan diri lebih sikit. 


17 January 2012

Blue Check TieRack

Bukan selalu aku melaram dengan selendang RM55 sehelai. Sekali merasa, memang suka bukan main. Rasa nak pakai berulang-ulang. Nasib baik takde baju boleh match, kalau tak harus aku pakai 2,3 kali *over* Tapi serius, terasa perbezaan bila pakai shawl harga RM10 kat Jalan TAR dengan shawl TieRack made in Italy ni. Selesa memang selesa, pakai yang RM10 pun selesa. Tapi boleh rasa kualiti dia. 

my Blue Check TieRack *jatuh cinta*

Mana aku dapat?? Dapat dari TieRack Lover!! Selendang ni square. Tapi lebih kurang je gaya nak melilitnya. Tapi untuk dijadikan panduan, boleh la refer blog ni. Bila sesekali cuba shawl square ni, macam suka pulak.Tapi nak TieRack je boleh?? Ekwan siap perli bila Cha buat main shawl aku ni 'Cha..cha.. jangan buat main tudung pos dari UK ibu tu.. nanti ibu ngamuk" Eleeeh, dengki lah tu.

Tapi seriuslah, apsal TieRack punya tudung semua lawa-lawa?? Corak-corak dia semua macam mengoncang jiwa.

16 January 2012

Gyro Bowl: Mesti Beli

Aku tak buat lagi review pasal Gyro Bowl tu kan.. Tapi memang pembelian yang berbaloi. Alah, RM12 je pun. Tak rugi beli. Untung ada. Serius, memang best. Makanan memang tak tumpah. Tak bersepah. Setakat budak kecik yang hayun-hayun mangkuk tu, tunggang terbalik memang tak tumpah la makanan. Bila aku bawak balik mangkuk ni dan kata 'Cha,ibu ada mangkuk ajaib untuk Cha' Ekwan macam tak caya. Bila balik rumah, dia punya beriya cuba nak tumpahkan kismis yang aku isi dalam mangkuk Cha.. tak terkeluar pun. Ajaib kan (:

apalah pulak ibu beli ni?? tapi macam menarik

isssk..apasal tak terabur lagi isi dalam mangkuk ni. mana bleh kasik ibu rileks-rileks goyang kaki tengok tv. kena terabur kan ni.. bagi ibu menjerit pastu terbongkok-bongkok kutip. tapi apsal tak terabur lak ni??

Hahaha.. padan muka Eisya. Lepas ni tak boleh dah nak kecahkan rumah dengan makanan. Ni kalau tak, asyik la keje nak mengutip makanan atas lantai. Lantai rumah pun 'berkilat' lah jadiknya. Lepas ni kurang sikit lah keje aku nak mengelap lantai. Eisya pun sejak ada mangkuk ni, nak makan dalam mangkuk ni je. Siap bawak mangkuk gi depan fridge suruh isi anggur dalam mangkuk dia ni.

Maka, sesiapa yang pernah berhasrat nak beli mangkuk ni tapi rasa was-was. Okay, tak perlu curiga lagi. Beli je. Tak rugi. Mana nak beli?? Boleh beli dari Puan Maria Rajab. Dengan dia bleh dapat RM12 tak termasuk duit pengeposan. (Klik kat nama Puan Maria di atas untuk maklumat lanjut)

bila tanya 'mana mangkuk Cha??' dia terus peluk sayang mangkuk dia. atas sebab apa, aku tak pasti. 

*tapi makanan berkuah tak sesuai lah. memang la tumpah kan. tapi setakat bijirin, buah, nasik, mangkuk ni memang penyelesai masalah. boleh cuba.

13 January 2012

Sleep Separation

Baru 3 minggu je Eisya tido berasingan dengan ibu dia. Berasingan secara total. Dia tidur kat depan tv kat ruang tamu, aku tido dalam bilik atas katil secara berleluasa pula. Dulu masa berkongsi katil dengan dia, 3/4 katil adalah milik dia. Kalau masuk kawasan dia nanti dia halau kuis-kuis perut ibu dia ni dengan kaki. Tu kalau perut. Kalau naik ke muka, ampun kan je segera. Budak tu tak paham apa lagi.

Ini semua sebab aku berinspirasikan Hannah yang dah berasing tempat tidur dengan Myiesha sejak dia ekcik lagi. Eisya dah 20 bulan, so aku rasa aku memang dah patut berpisah tempat tidur dengan dia. Kena ajar dari sekarang sebelum dia makin liat. Sebelum dia makin susah nak berpisah katil dengan aku. Lagipun kesian kat Ekwan. Selama ni, dia yang terpaksa mengalah. Dia yang kena tidur sorang-sorang kat depan TV. Nak buat macam mana, nak tidur ber-3 atas katil queen tu, haruslah sakit badan esok pagi. Tak selesa langsung.

Sebelum ni pun memang aku akan tidurkan dia depan tv. Dah tidur, baru angkat masuk dalam bilik. Dia sekarang tak nak tidur dalam bilik. Tak yah la berangan nak bawak dia masuk bilik, tak pasal-pasal meroyan budak tu nanti. Sedangkan kalau aku rileks-rileks, baring dalam bilik nak main twitter pun dia tak kasik, tarik tangan suruh turun katil. Ini kan pulak nak suruh dia baring sampai tidur atas katil, jangan harap.

Sekarang Eisya yang amik alih tempat tidur abah dia. Dia pulak yang tidur sorang-sorang atas tilam bujang abah depan tv. Bertemankan bear, rabbit. lion dan segala soft toy yang ada.

Percubaan pertama, Alhamdullilah. Berjaya. Dia tak menangis. Tak bangun carik aku. Masa aku tinggalkan dia nak masuk ke bilik pun dia lena je. Syukur. Gembira aku dapat katil sendiri semula (: Tapi kenalah aku bangun, turun katil sekali dalam satu malam nak menyusukan dia. Kalau dulu, tidur sekatil senang sikit. Tarik je dia. Tapi takpe.. itu masalah kecil. Lagipun dia jaga minta susu dalam pukul 5.30am, time tu memang aku dah kena bangun pun. Maka, jangan anggap itu masalah (:

Alah, bilik aku dengan ruang tamu bukan jauh pun, 3,4 langkah je. Setakat dia merengek sikit-sikit pun aku boleh dengar.


Eisya kini sudah mengannggap tilam di depan tv ini adalah milik dia. Itu tempat tidur dia. Kalau aku ngan Ekwan baring terlebih layan kat tilam ni, nanti dia marah. Dia tarik tangan kita suruh bangun, pastu dia yang baring. Pastu pandang ibu dia 'susu'

Ekwan mulanya macam kesian nak biarkan anak dara dia ni tidur sorang-sorang kat depan. Kecik lagi dia kata. Tapi aku nekad je. Mula tu memang sayu gak hati nak masuk bilik, 2,3 kali gak jenguk dia sebelum terlena. Tapi dah 3 minggu ni, okay dah. Ekwan pun, takde dah nak golek-golek teman anak dia tidur. Tahu-tahu aku tengok dia yang dah berdengkur dalam bilik. Seronoklah tu dapat katil besar semula (: Buat masa sekarang tak terfikir lagi nak suruh Eisya tidur dalam bilik sebelah, takde keyakinan lagi. Biarlah dia kat depan je. Aku risau, aku tak dengar kalau dia nangis ke apa. Nantilah, tunggu umur dia 3,4 tahun ke.

Bila Eisya tidur sendiri ni, dia tidur macam lena je aku tengok. Pagi-pagi aku ngan Ekwan bersiap tak lah kacau dia tidur. Nak keluar rumah pun tak bangun lagi. Seronok je tengok dia peluk bantal. Tapi bila hulur susu, laju je perabis..

Eisya.. Eisya. Ibu sayang awak!!!

12 January 2012

Anak ibu dah besar

Eisya adalah penggemar bintang berbulu. Asal nampak, mesti dia nak datang dekat. Pastu cuba-cuba beranikan diri nak pegang. Dalam-dalam takut tapi teruja. Lebih-lebih lagi kucing. Yelah, dah kucing je yang asyik jumpa. Kucing la yang paling dia jatuh hati. Mungkin juga sebab masa mengandungkan dia dulu aku suka main kucing kan, tido ngan kucing. Tu yang dia pun berkenan sangat kat kucing.

kucing jumpa kat Balai Polis Petaling Jaya. Sementara tunggu abah selesai buat report, Eisya main lah ngan 'cat' ni. Nasib baik cat sporting, rajin nak layan kerenah budak kecik ni.

Tak kira lah, kucing terbiar tepi jalan ke, kucing parsi bulu kembang lagi dia geram. Tapi bila dia geram nak pegang 'dog' aku geleng kepala je. Tak dapat menangis pulak tu. Eisya.. Eisya.

Last week bawak dia gi menghilangkan bosan. Nak bagi dia main gelongsor puas-puas sebab aku geram tengok dia buat lorong untuk wheelchair tepi tangga tu jadik gelongsor. Habiskotor seluar jadiknya, orang tengok macam comel la kononnya. Ibu dia ni mengeram je dalam hati. Bila dimarah, tak kasik main dia ngamuk. Sudahnya, main la. Main lah puas-puas. Tu yang petang esoknya, terus bawak dia gi playground. Gelongsor la sampai puas, jangan tertonggeng sudah. Tapi sekarang Cha suka slide berbaring.. entah mana dia belajar.


Kebetulan ada budak bawak anjing dia amik angin petang time tu. Terus mengelupur anak aku nak gi kat dog. Asyik lah 'dog!! dog!!'

puas tarik tangan ibu ngan abah suruh bawak dia gi dekat ngan 'dog'. dah dekat macam ni pun tak puas hati lagi, tetap gak tarik tangan nak pegi pegang dog. seronok bukan main dia dpt tengok 'dog' besar depan mata. bila dog balik, dia nangis. hahaha..kelakar okay Eisya


budak ni rilek je turun slide, ibu dia yang gelabah

main buaian pun nak duduk sendiri sekarang. tak nak kongsi buai ngan ibu.. 
huhuhu. besar sangat dah lah tu konon.

Hhhmm, Eisya dah besar! Dah banyak benda dia boleh buat sendiri. Lepas makan dah pandai hantar pinggan ke sinki. Dah tidur sendiri sekarang. Walaupun kadang-kadang macam 'kesiannya nak biar Cha tiso sorang-sorang' Tapi gagahkan juga diri masuk bilik tinggalkan dia. Dan sejak dia dah pandai bagitau bila nak 'melepas hajat' kami dah mula potty train dia. Macam comel je tengok dia duduk bertenggek kat toilet bowl tu, tersipu-sipu sengih, pelik tengok ibu ngan abah dia tercongok depan pintu bilik air tunggu dia membuang, sudahnya terbantut hajat budak tu.. Hahaha..

Eisya dah besar!!

11 January 2012

Kami Accident!!

Terlalu banyak yang berlaku 3,4 hari ni. Dari peristiwa bersuka ria, bergelak ketawa bersama kawan-kawan membawa ke duduk melanguk mengenang nasib. Lumrah hidup rasanya. Asyik beriang ria je, takde peristiwa duka kang lupa diri pulak. Maka, be positif. Pasti ada hikmah di segala kejadian yang berlaku. Ye, semalam 10 Januari 2012 kami terlibat dalam kemalangan berantai. Tapi aku nak panggil kejadian tu upacara 'cium-mencium' beramai-ramai di pagi hari. Barulah muhibbah.

Senang citer, semalam kami anak beranak accident. Merasalah kete berdentum depan belakang. Depan sikit je, sebab Ekwan katanya berjaya lah jugak brek emergency lepas dengar aku menjerit. Tapi kereta belakang hentam memang super kuat lah. Rasa dia tak brek langsung kot. Dia punya kuat tu sampai merasalah aku hantuk kepala kat cermin kereta sampai retak. Memang kuat. Tapi aku memang tak sedar bila aku hantuk cermin, tahu-tahu berdenyut-denyut je dahi aku.

Tapi kesian Eisya, 2 kali dia tercampak hantuk radio. 1st impact tu, dia tengah berdiri celah kerusi antara aku ngan Ekwan. Maka, bila abah dia brake emergency, harus budak tu tercampak. Aku tak sempat nak sambut dia terus merasa hentaman kali ke-2. Menjerit-jerit dia. Terkejut mungkin. Sakit pun iye. Tapi bila fikir-fikir balik, bagus gak aku tak pegang dia. Biar dia terhantuk radio. Kalau aku pegang dia time aku terhantuk cermin tu. Agak-agak macamana keadaan dia, silap-silap badan aku terhenyak badan dia kat dashboard. Tapi Alhamdullilah, takde yang cedera. Lebam takde, benjol pun takde. Memang bernasib baik. Biarlah kereta remuk depan belakang. Bak kata abang ipar aku 'kereta boleh beli baru, orang tak boleh' Betul..betul.. tapi sayu wehh tengok kereta jahanam macam ni.

kereta yang memulakan upacra cium-mencium beramai-ramai di pagi hari ni.

diikuit oleh mangsa seterusnya iaitu kami

dan ini dia kereta yang hentam kami umpama tiada esok hari. punyalah kuat

Bila accident ni memang leceh kan, urusan nak ke balai. Nak tunggu kereta siap repair. Ni nasib baik ada kereta lagi satu, kalau tak ke menyusahkan urusan nak gi kerja semua. Cerita tentang police report ni, hangin jugak aku bila ada yang nak pakai kabel segala. Kalau dah memang salah, dah kalau memang kau yang akan kena saman, terima je lah. Tak payah nak putar belit kenyataan, nak salah guna kuasa nak buat jangan 
sampai kau yang kena saman. Sila jangan. Kalau sampai keputusan report tu nampak sangat ada yang tak kena, merasalah aku query macam-macam. Bukan senang jadik pegawai kerajaan ni. Orang sekarang dah bijak pandai semua. So tuan inspektor, sila jangan salahguna kuasa anda ye. Tak kira lah dia tu siapa.. yang salah tetap salah ye.

Bila aku laporkan status diri pagi tu, ramai yang memberi respon. Rasa terharu pulak bila orang amik peduli tentang kita, doakan kesejahteraan kita. Rasa dihargai. Terima kasih ye semua.Keprihatinan kamu sangat diingati.

selamat berpisah buat sementara wahai EG.. kami akan merindui kamu. 

*Cha macam tak fobia je. selamba je dia pagi ni berjoget-joget kat seat belakang. bila aku nak amik mengamuk-ngamuk dia marah. tak serik ke anak weh?? ibu dia ni je yang trauma, asal Ekwan brake lambat skit je aku dah menjerit-jerit
* it's might not a good start for 2012, but there can be something good is waiting ahead (:

06 January 2012

Program yang sentiasa gagal

Peerrghhh!!

Aku kena mula diet dengan serius semula sekarang. Tak boleh bergantung harap kat PB sepenuhnya. Sarung PB 8jam sehari, tapi melantak ansi 3 pinggan sehari, tak bermanfaat juga akhirnya. Muka dah selebar pinggan. OMG!! OMG!! Insaf. Dah lah semalam, Mak Busu aku telah mengajukan soalan yang agak mengharukan, tapi aku maintain je buat cool. Dalam hati, meraung okay. Busu aku tanya 'Long, kau tak nak ke buat treatment reshaping badan?? buang lemak-lemak terbonjol-bonjol ni' Aku jawab ngan gelak je sambil kata 'mana ada duit Busu'

Aku tahu niat Busu aku baik. Kesian dia tengok anak sedara dia ni. Anak baru sorang, badan dah entah pape. Lagi haru bila Busu kata 'dulu kau kan kurus, lawa je badan' Warrgghh, rasa nak teriak je, tapi biasalah harus maintain macam 'wa no hal'

Lagipun.. lagipun, bila badan besar ni susah nak sarung baju molek-molek. Bila tgk model pakai, sarung kt badan patung tu, lawa je. Kena kan badan aku.. Hampeh. Ohh, banyak baju yang terperap je dalam almari sbb tuan dia dah bertukar size. Pakai tu boleh lagi, tp tak senonoh je rupanya. Tapi..tapi..kenapa aku mudah sangat rasa lapar hah?? Geram tau. Dah breakfast nasi lemak pun kul 11 dah rasa lapar balik. Nyampah sungguh.

Ni nasib baik ada PB. Membantu la jugak. Tapi kalau makanan sentiasa depan mata, nak buat macam mana. Aku dahlah jenis pantang nampak, semua aku sebat.

depan mata

toleh kiri

Nasi Kerabu kau!! Ngan daging bakar lak tu. Ni dah kira baik aku bawak air masak. Kalau aku balun teh tarik ngan nescafe tu. Memang lagi ke laut la program diet aku. Program diet?? Dah mula ke?? Belum. Asyik gagal je. Weekend ni lagi memang tak sesuai. BBQ sana sini. Nak diet apa nya? Mampu aku tengok je orang bedal sotong bakar??

Ke kena amik pil sokongan??

muka orang balun nasi kerabu 2 pinggan. semalam
*juga muka org 2 minggu makan Catalyst Collagen.. ni x edit2 punya gmbr, selalu rajin gak meng'edit nk publish*

05 January 2012

Jalan-jalan Isi Perut: ABC Special Azmie Wawa

Ada 1 lagi tempat makan harus pergi kalau datang JB. JB memang banyak tempat makan menarik. Sedap-sedap dan sangat berbaloi untuk wang ringgit. Cuma kena rajin amik tahu. Sebab semau kat tempat terperosok. Eh, takde la terperosok sangat, tapi dia terletak kat kawsan-kawasan yang kebanyakan orang luar tak tahu. Dalam taman-taman perumahan, tepi hutan.. Yang kat area Danga Bay semua harap je mahal, rasa.. boleh lah..

ABC Azmie Wawa!!

ABC yang super duper sedap macam ni  memang tak boleh dapat kat tempat lain. Serius. Tak tipu. Yang kat Pegaga Seksyen 2 pun tak boleh lawan, tapi boleh la nak bersaing. Aku kalau balik JB, memang wajib melantak ABC Azmie Wawa ni. ABC dah telan semangkuk, Ais Jagung beli simpan dalam fridge siap-siap. Sambil tengok TV boleh balun..

 ABC Azmie Wawa dan ABC Special

 ABC Special. RM 3.00 semangkuk. Dengan coklat melimpah ruah, kacang goreng.. 2 mangkuk pun aku boleh habiskan.

Kedai ABC ni ada kat dalam food court depan pejabat pos Kg Melayu. Kedai dia kat row luar, dari parking dah boleh nampak signbaoard dia. Dan alang-alang dah ada kat situ, memang wajib perkena Yong Tahu version Johor. Senang kata, makanan yang jual kat food court ni memang sedap-sedap belaka. Semua meniaga dengan ikhlas. Masak penuh dengan kasih sayang. Tak kira untung semata-mata.

Enja Yong Tahu. Kedai ni sederet ngan Azmie Wawa

Dulu masa mula-mula hidup dalam UiTM Shah Alam tu, aku ingat lagi masa order Yong Tauhu kat food court bawah menara tu, bila aku minta minta kuah sup. Abang yang jual tu kata 'sup?? mana ada sup. sos ni je ada' Gile jakun aku kejap. Yelah, kat Johor mana ada makan Yong Tauhu dengan sos. Tapi 5 tahun duduk jauh dari food court, lidah ngan tekak aku dah boleh terima kenyataan dah. Nak Yong Tauhu dengan sup balik kampung melantak lah puas-puas.

*dulu kat foodcourt ni lah mak ayah aku selalu bawak anak-anak belanja makan. skrg aku lak angkut derang datang sini. ajak gi Kenny Rogers, Secret Resepi, Pizza Hut derang tak selera..

04 January 2012

Abah's Girl

Ekwan lebih manjakan Eisya berbanding aku. Aku adalah ibu yang garang, yang suka marah anak kalau dia tak dengar kata.Tak dengar kata takpe lagi kot, kalau dia asyik nak suruh aku ni ikut je kata dia. Kalau tak ikut dia meronta-ronta, menangis, hentak-hentak kaki, memang merasalah sedas kat peha tu. Bila dia kena marah ngan ibu 'garang' dia ni, nanti abah dia amik pujuk dia. Itupun kalau abah dia rajin. Kalau tak menangis lah awak situ. Last-last sendiri datang peluk ibu. Tak pasal-pasal ibu 'garang' ni pun jadik sayu.

Eisya.. Eisya, budak manja keledek ibu.. Eh, manja keledek abah (:

Eisya sekarang sangat mudah ikut dan tiru segala perlakuan orang sekeliling dia. Memang kena jaga tingkah laku, tutur kata semua sekarang ni. Kena bagi contoh terbaik kat dia. Kang sendiri pulak yang menyesal bila anak cakap dan buat yang bukan-bukan. Mana yang kita dalam kawalan kita, kita boleh control, pandai-pandai lah kita jaga. Alhamdullilah, setakat ni, dia masih belum tercemar (: Persekitaran di nursery pun agak memuaskan. Budak-budak besar tak bercampur sangat dengan toddler, maka susah sikitlah nak turunkan ilmu yang bukan-bukan. Tapi dari pemerhatian aku, kebanyakan 'abang' ngan 'kakak' Cha kat school semua molek-molek je perangai. Harap-harap budak-budak baru masuk tahun ni pun eloklah perangainya.

Senang kata, Eisya memang kuat meniru sekarang ni. Buat sekali je, terus dia ikut buat.

Ni weekend lepas masa kat kampung, tengok abah dia repair kete, dia pun nak sibuk sama. Sama-sama nak main screw driver. Anak abah sungguh.



aku tak perasan pun bila masa dia sibuk smik screw driver ni. bila ekwan tunjuk, rasa alahai anak ibu. ibu nak suruh awak involve dalam creative works area, technical-technical ni ibu tak berkenan lah sayang

03 January 2012

Jalan-jalan Isi Perut: Satay Warisan Wak Radol

Peeerrgghh!! Kalau pergi JB, wajib singgah sini. Memang terbaik la satay dia. Satay Kajang Hj Samuri pun tak boleh lawan. Satay Wak Radol lagi mencengkam. Wak, tak nak bukak outlet kat KL ke?? Tapi kalau nak bukak, sila pastikan kualiti satay adalah sama yang macam kat JB. Kalau tak, tak payah. Saya lebih rela, tunggu balik kampung baru gi makan.

Kalau pergi, sila order Satay Daging 100 cucuk. Hahaha.. senang, sekali order je. Kalau dah order 50 cucuk, pastu tiba-tiba tak cukup, merasalah menunggu semula. Kedai sentiasa penuh okay. Kalau hari cuti lagi lah. Merasalah berdiri luar kedai, orang bangun je serbu meja. Satay daging dia memang nyum nyum!! Selain tu ada jugak menu lain. Mee bandung dia pun terbaik!!

Aku siap tak makan apa-apa dari petang, sebab dah set, malam tu nak isi perut dengan satay semata-mata.

 Satay di atas api

 Satay 100 cucuk, RM0.60 secucuk. Nasi impit + timun + bawang RM 2 sepinggan. Habis dalam masa tak sampai 15minit.


 Selepas 10min. Segan-segan lak nak perhabiskan lagi 3 cucuk. Habus 3 cucuk, terus tambah lagi 20 cucuk. Memang giler melantak lah malam tu.

Kat mana kedai Wak Radol ni? 

Orang JB patut tahu lah. Tapi bagi yang sekali sekala datang JB, kedai satay Wak Radol ni terletak kat tepi highway Pasir Gudang, kat kawasan Kempas. Kalau lalu kat highway tu, tiba-tiba nampak kedai makan, ada lampu-lampu tepi jalan. Kereta berderet-deret tepi jalan. Kedai Wak Radol kat depan tu lah. Pergi time cuti, malam tahun baru. Merasalah menapak 300m (anggaran aku je) dari parking ke gerai Wak Radol. Tapi sanggup.. dari jauh asap satay dah membelai muka kau..

Datang JB jangan lupa singgah tau.

Hah, kepada warga JB, 8hb ni boleh lah beramai-ramai gi serbu kedai Wak Radol Ada apa entah, tapi banyak pulak banner dia tergantung kat Kg Melayu, suruh datang beramai-ramai gi kedai Satay Wak Radol 8/1/2012. Wak Radol buat makan-makan sempena tahun baru kot (:

How to: DIY Fabric Wall Decal

Sebab ada lebihan kain daripada projek DIY Fabric Frame dulu, puas lah aku berfikir, apalah nak buat dengan baki kain tu. Niat hati nak buat frame lagi, pastu nak sedekah kat adik aku buat hias dinding rumah dia. Tapi sebab memerlukan tenaga kerja dan bantuan En Ekwan yang super busy tu, asyiklah tertangguh projek DIY aku tu. Maka, aku selongkar la hasil keje Kak Jessica Jones tu. Aku memang sangat adore dengan hasil keje dia. Semua menarik je aku rasa.

Apa aku buat?? Ni hah.. Fabric Wall Decal


Dah lama dah aku buat benda ni, dan sekarang baru berkesempatan nak share. Bukan apa, sebab macam tak sudah je lagi hasil kerja aku ni. Gambar tak letak lagi. Ingat lepas dah letak gambar, baru la amik gambar the final output kan. Baru boleh publish. Tapi entah apa malas entah. Tak jugal aku selitkan gambar kat frame ni.

Menampal frame kain ke dinding bagi aku adalah sangat sesuai kalau kita tak nak rosakkan dinding tu. Tak payah nak drill dinding sampai berlubang. Macam landlord umah sewa aku dulu, mana dia kasik tebuk-tebuk lubang nak gantung frame ke apa. Kepada yang alami situasi yang sama, boleh try guna benda ni. Yang lagi seronok, kalau kita cabut semula pun takde apa-apa kesan pun tertinggal kat dinding tu.

Macamana nak buat?? Sangat mudah, dan senang.

Bahan yang diperlukan hanyalah: Kain, Gunting, Stiffened Spray (aku guna brand 3M)

aku guna stiffened spray yang ni sebab dia yang paling murah. tak ingat dah berapa harga dia, dalam RM12 kot. tapi ini umpama pelaburan sekali je. sebab boleh guna banyak kali, untuk pelbagai projek
Edited: Spray gam ni boleh beli kat mana-mana art shop. yang ni aku beli kat Kedai Maria, Seksyen 2, Shah Alam

How to:
1. Sediakan template frame untuk kain. Kalau korang memang tangan seni, boleh la lukis sendiri corak/bentuk frame macamana yang berkenan di hati. Tapi kalau tangan agak failed bab-bab sketching ni, download jelah template frame yang melambak-lambak milik pakcik google tu.

2. Print template dan trace la atas kain. Pastu gunting.

3. Kemudai sembur kain tu guna stiffened spray. Biarkan dia kering. Bila dah kering, panaskan iron dan lekatkan la ke dinding. Kalau ikut Kak Jessica, dia spray siap2 kain tu.


4. Dah lekatkan, pastu longgarkan sikit border frame tu dan selitkanlah masuk gambar yang hendak ditayang. Nak lagi mudah, sebelum potong lubang frame tu, ukurlah size gambar siap-siap.

Amacam?? Mudah kan. Cubalah. Tak payah beli frame. Tak payah susah-susah nak tebuk lubang. Dinding pun elok je tak berlubang sana sini. I like!!

*Ni nak masuk bawah kategori mana erk?? 'Knowledge Sharing' ke 'How To'