05 December 2011

How to: Fabric Frame/Panel Wall Art

Mudah. Senang dan Menjimatkan

Ni keywords kalau nak meng'DIY.. kalau DIY tu lagi costly, baik gi beli yang dah siap je. Lagi senang. Tapi sesungguhnya, untuk hiasan dinding ni.. memang lagi best kalau DIY. Sebab memang mudah. Aku buat sorang-sorang je. Sambil Cha menyibuk sama nak tolong (: Mula Ekwan kata nak tolong buat, tapi tunggu dia asyik tertangguh je. Last-last achik buat sendiri sudah. Biasalah achik mana pandai nak menyabar.. Semua kena segera.

Idea asal aku cilok dari Jessica Jones ni.. buat masa sekarang, hasil keje dia adalah sumber inspirasi aku *sesambil cilok* Hasil keje dia lawa-lawa, menarik lak tu. For more details, boleh rujuk blog Jessica ni. Aku tak amik progress details..*ada gmbr tp tak reti nak transfer dr Blackberry ni, jakun* Lain kali kot.. Buat kali ni, ni jelah yang mampu aku kongsi bersama.

Peralatan diperlukan: Staple Gun (aku takde stapler besar tu, maka hammer ngan paku tekan la dimanfaatkan), Gunting, Kain, Kayu frame (kedai hardware banyak jual) tapi aku ngelat, aku guna je kayu RIBBA frame IKEA yang dah lama terperap dalam stor..lagi mudah lah 

*kain aku beli kat Nagoya, semeter RM23.90.. tp pakai sikit je.. memang boleh buat byk set lah

*sengih* Cik Eisya sibuk nak tolong ibu paku kan kain. masa nak paku kain tu, pastikan kain tu tegang la. Kalau buat 2 org lagi senang, sorang pegang other side kain tu, tarik kasik tegang, sorang paku kat another side. Nak kemaskan kain kat border tu, rujuk blog kak Jessica (:

Siap!! Amik anak suruh jadik model untuk tunjukkan scale frame tu. So kalau korang tak guna readymade frame, bolehlah buat size ikut suka kan.. Nak buat besar2 pun tak jadik hal.

lagi gambar anak menggayakan frame kain buatan ibunya.. ye..habis satu rumah dia heret frame ni. suka bukan main... macam dia yang buat. sedangkan dia tolong sepahkan paku tekan je, sampai ibu dia terjerit-jerit takut dia terpijak paku tu. 

Okay..mudah kan. Hujung minggu ni boleh cuba. Kain kat Nagoya tak berapa menarik design dia..tak banyak pilihan. Mana nak beli kain printed lawa-lawa gini hah kat KL?? Takkan nak order dari Canada sana...tak jimat jadiknya.

Kalau tau, bagitau eh..

Selamat mencuba.. Nanti dah buat, post gambar eh.. nak tengok

5 comments:

  1. Cube dayu carik kat Globe (Tingkat 3) kat Jalan TAR.. Maybe kat sane ade yang menarik..tertarik ko mmg da boom lah...!! huhu

    ReplyDelete
  2. dayu..ko mmg suke mempengaruhi aku taw! aku dah la suke deco2 rmh cenggini huhuh..nk beli yg ready made, ongkos takde..diy gni kalo senang & murah mmg aku suke =D

    ReplyDelete
  3. dayu, kain tu sebijik sejobot aku buat kain langsir untuk bilik2 kat umah aku :p
    beli kat nilai 3 jek n harga rm10/mtr.

    ReplyDelete
  4. saya beli kain kat ikea je. corak abstrak cantik2 buat hiasan dinding.

    ReplyDelete
  5. alahai.. tetiba teruja nak wat.. sbb kalau wat sendiri leh dapat size yang kita nak kan? uwaa.. teruja...

    ReplyDelete