13 December 2011

Benda menarik nak kasik share

Isu hangat masa kini, yang asyik didebatkan sepanjang masa. Minum pagi bincang hal ni, dalam lif pun dok cakap pasal benda ni. Kat opis lagilah. Benda ni saje diborakkan. Selagi tak betul-betul dilaksana, memang ginilah gayanya. Banyak sangat cakap-cakap pasal SBPA ni. Tau dah kot, apa tu SBPA kan..lagi-lagi yang bergelar penjawat awam ni. Hot stuff SBPA sekarang ni?.

'kau sign tak??' Itu soalan favourite masa kini (:

Bila pekeliling dah keluar, takde Lampiran C (jadual gaji) masing-masing frust. Yelah, kan katanya ada kenaikan gaji yang agak lumayan. Semua tak sabar nak buat perancangan kewangan 2012 *termasuk lah yang tukang taip ni* Tapi berusaha tak nak berharap terlalu tinggi, takut frust. Dahlah takde pape taklimat lagi pasal SBPA ni. Geram gak aku. Tapi borang Opsyen dah sampai. Uiihh.. aku letak tepi sesaje lah..

Pagi ni dapat email yang sedikit menarik.

benda menarik kena kasik extra large. 



study lah kasik paham.. aku sampai ke sudah tak paham (: tapi tengok angka2 tu tersengih jugak. paham tak paham peduli

Maklumat kat atas ni mungkin bermanfaat bagi penjawat awam dalam skim J.. sorry geng, skim lain aku takde. Tapi ngan jadual gaji minimum ngan maksimum kat atas tu, boleh kot buat anggaran (: Pape..syukur tu paling utama. Alhamdullilah ada kenaikan gaji yang boleh dikatakan agak lumayan. Dan siap sedia, barang mesti naik harga nyer. Tak payah jauh, nursery Cha yang dikelolakan oleh jabatan pun boleh naik harga. Yelah, dah parent smua naik gaji katanya.. tak kan nak remain yuran lama kan.

*keje dalam sektor awam ni.. semua benda tak boleh nak rahsia. Dapat bonus pun tak boleh nak sorok-sorok. Habis satu Malaysia tahu. 

6 comments:

  1. hahaha aku pun tak paham jadual ke2 tuh..

    ReplyDelete
  2. rasa mcm faham.. mcm ni kot dayu..ni utk skim J lah..tu pun based on dayu nye explaination lah..kalau silap x tau la..ni ape yg biha faham bila baca entry dayu nih..

    1. P1T1 = RM2088.25 (2009)
    2. P1T2 = RM2180.09 (2010)- kenaikan RM91.84
    3. P1T3 = RM2271.93 (2011)-kenaikan RM91.84
    4. P1T4 = RM2363.77 (2012)- kenaikan RM91.84 (ni kenaikan 1 PGB di gred ji asal)

    lepas tu tgk plak kat dalam table no 2 yg dayu bg

    RM2363.77 > RM2315 (T2), so kena amek RM2540 (T3)..pastu if PGT kan ikut kemasukan kita..ade 4 cycle dlm setahun..mcm biha masuk bulan 3, still kenaikan gaji bulan 1..so terus pegi ke T4 = RM2765 utk gaji tahun 2012..

    betul x dayu?? hehehe..ni based on firasat sendiri lah bila tgk calculation tuh...so kenaikan RM401.23...

    tul???

    ReplyDelete
  3. yang biha citer tu mcm paham, tp apsal ada kenyataan yang no 2 tu (yg dr T6 ke T7) nape bleh dpt T7.. bukan takat kat T6 je

    ReplyDelete
  4. mengikut fahaman aku dn lain2 kat MOF, sape yg gaji tahunannya bulan satu, maka dia akan siap2 naik2 2 tangga gaji.. kalau gaji tahunannya naik bulan 4 atau 7, maka bulan satu nanti naik satu tangga sahaja, tapi bila tiba masanya bulan 4 atau 7 tu, akan naik lagi mcm biasa... yg ko kira tu rasanya utk sesape yg gaji tahunannya bulan 1..:)

    ReplyDelete
  5. SBPA..ade yg untung ade yg rugi...lylie msk dlm ketegori rugi..hihihihihi

    ReplyDelete