20 December 2011

Kalau dah kemaruk

Bila dah minat, ginilah gayanya. Tengah malam pun sanggup berjaga. Asalkan perancangan yang otak dah set dari tadi berjaya dilaksanakan. Dah tahap kemaruk pun iye jugak kot. Tapi serius, memang suka. Tak kesah mengenepikan masa tidur. Sanggup berjaga sorang-sorang kat dapur main tepung pelbagai warna. Semuanya sebab suka.

Dan bertambah suka bila hasil sangat menerujakan. Bulat-bulat, gebu-gebu Apam Polkadot saya. Comel *layankan aje perangai pompuan yang memujia hasil keje sendiri ni*

 Taraa!!! Apam Polkadot gebu saya.

 Makan cicah teh'o panas..perrghh..memang syiok

Kali ni apam ni memang jadik sangat lembut. Gebu je. Biarpun buat malam, esok pagi tetap gebu. Tak payah nak kukus semula. Maybe sebab aku gunakan tepung Superfine yang selalu aku guna kalau nak buat muffin. Lepas ni memang guna Tepung Superfine je lah jawabnya. Sebelum ni puas gak fikir macam mana nak kasik apam ni lembut. Dapat sudah jawapannya kini.

Eisya suka apam warna biru.. bagi yang purple, dia letak semula, Pastu amik yang warna biru. Alahai Cha, sama je rasa dia Cha, warna je lain.

Dari breakfast hingga la ke petang, hadaplah Apam Polkadat sepanjang hari.. (:

Dan malamnya pula, aku buat muffin pulak. Sebab niat asal memang nak buat Coklat Muffn, tapi sebab stok baking chocolate sudah habis, tu yang ganti dengan apam polkadot tu. Disebabkan 'kemaruk' terus aku terjah Mydin carik coklat. Pergghh, semua orang tengah 'kemaruk' mem'baing gak ke? Baking chocolate yang aku beli ni last bar okay..

Okay, kena mengasah bakat untuk membuat muffin.

Ye, kena gi carik muffin cup small size, buat besar-besar tak berapa menarik. Risau gak kalau tak betul-betul masak, tapi Alhamdullilah. Nasib baik masak dengan sempurna. Tu pun aku lebihkan masa membakar, ikut resipi asal 20min je.

*gmbr tak berjaya ditayang, sebab aku gagal menemui cara macamana nak convert gambar dalam REM file dari Blackberry ni ke JPG file.. nantilah, kalau dah berjaya aku tunjuk. Nak ke tengok??

7 comments:

  1. macam boleh buat jual jer dayu...huhuhu..aku nk order =p

    ReplyDelete
  2. kalau dah namanya 'minat' buat apa semua jadi.

    kalau elin...cakap jer nak buat tp ntah bile lah jd x tau..:)

    ReplyDelete
  3. selalu terpkir2, cmne la ade masa buat semua ni..kalu cha tido die mmg tido xbangun2 ek?

    ReplyDelete
  4. wahhh sangat gebu .... semakin rajin kamu kedapur sekarang nie kan :p



    In conjunction of my 4th Blog anniversary … Nak RM40?

    ReplyDelete
  5. jual??

    huhuhu..belum sedia lah. buat makan sendiri boleh lah. tapi kalau ada yg nak order,boleh je

    (:

    selalu mmg aku kena tggu cha tido baru boleh nak berkarya
    kalau tak..janganlah ngada2
    nanti dia sama sibuk nak membantu
    rezeki aku kot
    dia kalau dah tido
    mmg lena.. selalunya lah, jarang dia terjaga
    tapi ada masa bangun gak'tiba2 tersembul dah kat dapur

    ReplyDelete
  6. kalau boleh penuhkan sikit je lagi..br naik gebu cantikk jeee...heheheh selamat mengukus dan mengedot ...

    ReplyDelete