13 December 2011

Motivasi pagi

Ada masanya klau kita terlalu memikirkan, membanding-bandingkan apa yang orang ada, kita takde.. asyik rasa cemburu tengok hidup orang, rasa tak puas hati memanjang dengan apa yang kita ada.. Hidup boleh jadik huru-hara, baik-baik tenang, terus asyik nak memberontak je kejenya. Buat benda semua jadik tak kena nanti.

Ye.. mungkin ada eloknya jugak kalau kita amik somebody untuk kita jadik sebagai garis aras kita nak perbaiki diri. Untuk kita jadikan idola, untuk kita jadikan perangsang nak perbaiki diri. Amik positive side sudah, jangan kau nak banding-bandingkan diri ngan dia lak. Jangan la asyik keje merungut je 'nape dia boleh dapat ni.. dapat tu.. aku?? apa je ada?' Kalau merungut komplen membebel kat diri sendiri je, takpelah..boleh la tahan lagi. Sendiri tanya, sendiri carik jawapan. Tapi kalau sampai meluah rasa kat orang sekeliling, mengadu domba nasib diri.. silap-silap sendiri yang malu. Umpama menayang kelemahan dan kekurangan sendiri..

Jangan..jangan, mungkin sendiri tak rasa malu.. tapi kalau dah mengheret orang lain. Kesian dia, tak pasal-pasal aib sekali.

Actually, kenyataan di atas juga adalah dituju untuk diri sendiri. Peringatan supaya sendiri tak terbabas. Lumrah kot, mana ada makhluk kat muka bumi ni pernah puas dengan apa yang dia dah ada. Semua benda rasa tak pernah cukup. Dah ada kete 2 bijik kat rumah, pun masih terpikir 'isskk kalau dapat Wish sebijik best gak ni..senang nak balik kampung' Tak gitu?? TV kat rumah elok je lagi, boleh je lagi nak hadap 24 jam sehari pun tapi bila jalan-jalan kat mall singgah gak kat electric department survey-survey harga LCD 42" Tu belum lagi saje test ke'empukan sofa-sofa kat Macy.. sedangkan sofa kat rumah molek je lagi buat baring-baring malam hari tengok tv sampai tetrido-tido.. Tu lah namanya tak reti rasa puas.

Nak buat macam mana.. nafsu kan adakalanya berjaya mengatasi akal.

Tu yang bila tengok orang lain hidup senang sikit, mewah sikit mulalah rasa cemburu. Rasa dengki. Lagi-lagi kalau difikir-fikirkan 'kenapa dia boleh hidup mewah gitu?? keje sama je ngan aku' Kenapa?? Kenapa?? Jangan tanya banyak-banyak..tak baik.. Dah itu rezeki dia yang Allah nak bagi, yang kita nak persoalkan kenapa.. tak baik. Kan masing-masing ada bahagian masing-masing kat dunia ni. Mungkin rezeki melimpah ruah belum tiba untuk kita..

Mungkin juga mereka dapat kemewahan material yang begitu, nampak sangat happy. Nak berbelanja boleh sesuka hati. Tak payah nak pikir 2,3 kali. Berkenan beli. Tak payah nak rolling duit sana sini. Tapi camne aspek kehidupan yang lain? Sama ke ngan life quality yang kita ada?? Entah-entah dia lagi jealous tengok kita yang pukul 5 dah boleh cabut balik rumah, boleh main geletek-geletak anak beranak depan TV sambil makan nugget ayam, sedangkan dia still lagi kat opis. Kita hujung minggu rileks je duduk rumah jahit manik, buat frame, masak-masak, buat kek *walau adakalanya gagal* dia kat rumah hadap keje.. memang patut lah gaji dia berganda-ganda dari gaji kau.. pastu kau nak jeles.. *mana adil*

Maka, hidup ni sentiasa berkait dengan PILIHAN. Mana mungkin nak dapat semua benda sekaligus. Tamak sungguh bunyinya. Dan paling penting, sentiasa pupuk rasa bersyukur dalam diri. Apa yang kita ada sekarang dah cukup baik, tapi dalam masa yang sama aim higher. Dalam hidup ni kenalah ada target juga, kalau tak hidup ni tak mencabar lah, plain je jadiknya.Boleh demotivated jadiknya.

Okay.. by 30 aku target ada rumah milik sendiri. Tak dapat banglo, teres 2 tingkat pun jadiklah, okay..okay, setingkat pun layan lah *mahal sangat harga rumah kat KL ni*

Motivasi diri di pagi hari

*walau tak dapat hidup mewah, aku rasa aku ada orang-orang yang beri aku kasih sayang dan perhatian tak berbelah bagi. walau adakalanya tetap rasa 'apasal laki aku tak macam laki dia tu, laki dia ni..' Tapi bila difikirkan kesanggupan dia melayan kerenah aku yang macam-macam, terus cepat-cepat muhasabah diri.. jangan terlalu meminta, pikir dulu apa yang kita sumbangkan..


5 comments:

  1. Tepat! :D

    Sekarang neh, da tau kemampuan suami setakat mane. Tak payah nak mintak sangat. Nak ape, kalau boleh beli sendiri, beli. Takyah nak berkira dengan pasangan. Satu lagi, nak menjeles tak tentu pasal kat orang lain pon kira hasad dengki jugak. Orang tu dapat ini, kite mintak kat laki bising2 nak jugak. Yang tanggung hutang.. Suami.

    Banyak kes aku tengok kawan2 aku macam tu. Cukuplah dia da letih2 balik keje, nak hadap kemahuan isteri. Mintak yang logik takpe :D

    ReplyDelete
  2. adakala tengok hidup org lain pencapaian org lain betul2 berjaya, mewah dan hebat, buat kita jadi semangat nak memperbaiki diri sendiri kan.

    ReplyDelete
  3. dunia ni tempat persinggahan sahaja..yg penting akhirat nun yg kekal, ape bekalan kita..
    kalau kita sibuk nk kejar mewah dunia tapi yg akhirat terbengkalai, mcm mane nak cari bahgia di sana..
    yg bagusnya kejar dua2..dunia dapt akhirat juga dapat tapi senangkah untuk kita nak buat macam tu?
    ntah la..ape yg penting, muahsabah diri selalu

    ReplyDelete
  4. tq kawan sbb tlong ingatkan aku,,
    huuhuh..

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat..lumrah manusia yg tak pernah rs puas dgn ape yg ada..susah nk rs bersyukur.tgk org ada dia pun teringin jugak..nk ape2 pun yg penting kena ukur baju kat badan sendiri kan?

    Good motivation.hopefully kita sentiasa jd hamba Allah yg bersyukur.

    ReplyDelete