Duduk breakfast, bincang SBPA. Tengah-tengah discussion pun boleh selit lagi hal SBPA ni. Lagi-lagi kat food court pejabat kerajaan khasnya. Menjelang tarikh akhir penyerahan borang opysen SBPA, makin banyaklah isu-isu diutarakan. Macam-macam pendapat orang bagi. Ada yang rasa tak setuju, ada yang suka. Semua dengan pendapat masing-masing.
Aku rajin gak sibuk-sibuk amik tau pasal SBPA ni. Yelah, hal periuk nasik kita, nak tak nak kena la juga jaga kan. Biarpun mula tu macam 'pape je lah, terima je lah' Tapi bila dengar macam-macam, teringin gak nak tahu menahu kan. Bila pekeliling keluar, sama-sama lah aku sibuk download. Beriya lah kononnya nak membaca, nak bagi khatam pekeliling tu. Sudahnya 'tak paham aku ayat-ayat pekeliling ni' Dah la benda yang paling syiok nak tengok takde. Sudahnya, aku letak tepi je pekeliling tu. Yang lain tak penting, yang penting Jadual Gaji. Boleh pulak, jadual gaji tak diisytiharkan. Timbul la pulak 'ni adalah yang nak disorok' SBPA tak telus la, nak aniaya penjawat awam lah.. Aku dengar je, sesambil tu merungut gak tak dapat tengok jadual gaji.
Tapi cuba berfikir positif, ada sebab musababnya jadual gaji tak ditayang kepada umum. Bahaya. Bila umum dapat tahu hal gaji baru penjawat awam yang berjuta kat Malaysia ni, nanti semua orang nak amik kesempatan. Semua sibuk nak naikkan harga barang. Gaji tak naik lagi, tapi yuran bulanan nursery Cha dah naik harga. Ni salah satu contoh. Mentang-mentang mostly parent tu JKR staff, sepantas kilat yuran dinaikkan. Naik banyak pulak tu.. Pandai betul amik kesempatan. Ni baru satu contoh, so bayangkan kalau jadual gaji boleh diakses oleh semua orang. Merasalah makan nasi goreng kampung RM8 kang.
Dan sekarang, tengah heboh hal penangguhan pelaksanaan SBPA.
Apa-apa pun, AKU DAH SIGN SBPA. Dengan yakin, tanpa banyak soal aku bawak pen gi mintak borang opsyen tu dan turunkan tandatangan.
SETUJU!!!
Jangan terlalu meminta, fikir dulu apa sumbangan kita. Bila fikir macam ni, selalu buat aku insaf sekejap.
Anyway, achik pilih opysen persaraan paksa ukur 58tahun (:
Entah-entah, sementara nak tunggu pencen lagi 30 tahun ni, macam-macam skim baru keluar. Maka, terima jelah SBPA ni. Grab segala opurtunity yang ada ni.
kami sudah.. anda bila lagi?? (:
* dan macam-macam istilah yang keluar untuk SBPA ni, kreatif masing-masing
I blom sign lg. tak abis baca segala isi kandungan dlm borang opsyen tu.tp mmg xnak amik risiko tak setuju lah.lgpun saper xnak naik gaji kan walaupun xbyk mana at least kenaikan tu lebih drpd SSM punya gaji
ReplyDeletelylie pn da sign. Da anta da pn wlpn lylie tergolong dlm golongan P&P teraninya....kikikkii
ReplyDeleteape pn..Alhamdulillah.