13 June 2012

Anak perempuan saya

Bila ada anak perempuan, kejadian macam ni memang wajib kot.

habis blusher ibu dia balun. nasib baik silky girl je. kalau tak jangan harap aku  nak bagi dia pegang

hahaha.. pakai blusher sampai ke dahi

Beg mekap silalah jangan letak sesuka hati. Kalau tak, kalau berlaku kemusnahan jangan nak mengamuk. Sendiri yang bagi peluang. Tapi memang super payah la nak menconteng muka sekarang ni. Budak ni pantang nampak ibu pegang beg mekap, dia yang dah sibuk lebih. Minta bedak, mintak lipstick. Bagi je lah. Pastu bila nampak ibu dia ni pegang eyeliner, nak jugak. Bagi je lah. Aku buat2 lah calit eyeliner tu kat kening dia.. Pastu berlari carik abah, nak tunjuk muka.

Tapi aku sebenarnya risau gak nak calit bedak kat muka dia. Takut menjejaskan kulit licin, mulus dia tu. Risau kang tak pasal-pasal muka dia jadik entah pape. 

Nampak gaya, gi Mydin kang kenalah belikan compact powder baby johnson untuk anak dara sorang ni.


8 comments:

  1. naurah selalunye kacau brg mekap adik aku aje. sbb brg mekap aku adalah sgt limited. eyeliner, lipstik & compact powder saje. x best lansom kate naurah wkwkwkw

    ReplyDelete
  2. Anak perempuan memang macam ni kot, sama je cam anak saya, siap ber eye shadow lagi

    ReplyDelete
  3. oho bahaya untuk anak laki cheq tau dayu.mak nye tak pakai secalit lipstik pun p keje apatah lagi bedak.tup-tup tetiba dia p epan cermin siap amik color pensil p lukis kat bibir dia.Ini mesti kes tengok pengasuh dia make up kot.La ni nak pakai lotion pun time dia dah selamat kat lalalalalaa land.hehehe

    ReplyDelete
  4. sama je anak2 kita ni dayu.isya dah tau dah kat mana mama dia letak barang2 makeup tu..pagi2 klau dia dah bangun siap sedia la kene serang

    ReplyDelete
  5. mujur la takde anak perempuan...kalau tak mesti macam nie gak...

    ada hari tue, haikal amik compact power dan lipstik konon2 nak pakai la..sekali terus rampas cepat dan sembunyikan terus..kang jadi nyah plak...takuuut

    ReplyDelete
  6. mya tiap kali ktowang nk kuar sure mintak lipstik ngan perfume. WAJIB

    ReplyDelete
  7. huhu anak lelaki saya pun x boleh tgk kita pakai compact powder.. mesti dia sua pp dia suruh pakaikan sama ;)

    ReplyDelete
  8. hahah same mcm husna, bedak aku dh patah 2 dikerjakan..bila die membedak mesti kuar perkataan cantiknye...masuk bakul angkat sendri

    ReplyDelete