Bertolak pagi, petang sampai. Tu laki aku pecut tu. Sikit-sikit potong, tak boleh nak lelap biji mata aku. Eisya gak yang seronok. Boleh lak dia nenyak tidur dalam kete terlompat-lompat gitu. Ke dah immune Cha?? (:
Bila sampai kampung, terus aku tanya Ekwan 'apa agenda kita esok yang?? nak raya mana dulu??' Achik kaki jalan ok. Jangan suruh achik duduk rumah lama-lama sangat, nanti achik meroyan. Tu yang time pantang dulu pun curi-curi gi Jusco. Dah lah frust tak dapat ikut mak ayah beraya umah sedara kat Bahau, maka sila pastikan jadual raya saya padat. Lagipun, kan misi raya ni nak kumpul duit raya Cha banyak-banyak.. Nak keuntungan berlipat kali ganda dari modal yang disalurkan. Hahaha.. tak senonoh, ada niat tersembunyi.
Eisya dan pakcik makcik. Sebelah rumah je. Sarung selipar, 2,3 langkah dah sampai. Tu kadang Eisya selamba kaki ayam je naik umah Tok Chik dia.
apsal kita gelak sakan ni weh?? luqman pun heran ok
anak hadap tablet. mak godek henpon. bapak godek kamera. bagus lah tu. Fahrin?? Fahrin berlari riang ria di luar rumah.
Lama gak lepak kat sana. Boleh bertahan lama sebab laki kami senegeri, pastu sama-sama suka main kamera. Ekwan kalau jumpa Farid memang dok menyerap ilmu je. Dapat lah aku nak borak lama-lama ngan Reen, habis air satu jag. Reen makin glowing ok. Jeles aku ngan kulit muka dia. Bersih, licin, mulus je. Aku je yang berjerawat. Geram.
Selamat Hari Raya Reen. Jumpa di KL pulak ye.
jauhnye dayu jumpa reen hehehe... raya ni la time ita nak ziarah rakan2 kan dayu?? walaupun jauh penat tapi best....
ReplyDeleteawat xlajak ke kuantan trus? sejam je lg haaaa
ReplyDeleteluqman encemnyaaaa
ReplyDelete