Esok Eisya berusia 2 tahun 5 bulan. Jarang dah aku update perkembangan fizikal dan mental dia. Fizikal takde perubahan sangat. Dia tetap anak comel loteh aku dengan berat badan 12.8kg. Tapi dia macam makin memanjang. Kalau dia baring atau tido sebelah Ekwan, aku tengok dah separuh badan Ekwan dah panjang dia. Cepat betul memanjang anak aku. Legging pun banyak yang dah senteng. Kena buat lawatan muhibbah ke Tesco nampak gayanya.
Tapi memiliki anak berusia 2 tahun, kau tak peduli sangat dah kot dengan perkembangan fizikal dia. Lagi kusyuk layan perangai dia yang pelbagai. Lagi seronok dengar celoteh dia. Terhibur dengan cerita-cerita dia yang boleh buat kau tergelak. Nak bagitau kawan dia menangis kat school, tapi cerita beriya-iya dengan muka cemas bagai, besar-besarkan biji mata. Ibu dia ni tahan gelak je.
Hal kat rumah lagi lah. Aduhaiii.. Kalau difikir-fikir sangat boleh stress jadiknya tau. Maka, baik biarkan aje. Suka hati kamu lah nak selongkar dapur. Angkut segala bekas bawak ke depan. Pastu amik pulang segala loyang, muffin cup main masak-masak buat kuih. Nasib baik x jumpa mixer. Pastu bersungguh-sungguh mcm real je masak kuih. Isi tanah liat dalam cup, letak atas loyang, masukkan dalam oven. Pemerhati sungguh. Segala perbuatan aku ditirunya. Sedangkan lama dah kot ibu dia ni tak membaking.
Memang betul-betul kena jaga tingkah laku sekarang sebab segala-galanya dia akan tiru. Nak tengok video gangnam style pun kena sorok-sorok. Tak sanggup aku nak tengok anak aku terjoget yang bukan-bukan.
Lagi satu, sekarang kuat merajuk. Merajuk yang bersungguh-sungguh. Payah giler kot nak pujuk. Pujuk macamana pun dia tetap buat muka keras. Diam je. Tak layan langsung. Malam Isnin hari tu lah yang paling dasyat. Atuk ngan opah dia naik bas je, terus monyok. Suram je muka. Diam. Tanya macam-macam pun tak jawab. Sedangkan sebelum tu punyalah beriya menanyi, berjoget. Suruh lambai atok ngan opah pun tak nak. Merajuk sebab atok ngan opah nak balik dah. Yelah, baru nak seronok-seronok main, ada orang nak layan dia tukar-tukar baju barbie, sekali nak tinggal dia dah. Terus lah merajuk budak tu. Try pujuk, call dan suruh dia cakap dengan opah, pun tak nak. Habis iphone pondan ibu dia campak, terus mampos.
Dah dekat-dekat sampai rumah baru dia bertenang sikit. Slow-slow datang peluk aku. Muka sedih giler, macam nak nangis. Alahai, sedih sungguh gayanya.
Sampai rumah, bagi susu..peluk-peluk, usap-usap rambut terus tertidur. Tidur dalam kesedihan. Tak bercakap langsung. Sensitif rupanya Eisya ni. Semalam pun asyik tanya 'nenek mana??'pastu sendiri jawab 'nenek balik umah iyer' Asal nampak bas je 'nenek aik'' Nanti kita balik jumpa atok ngan opah ye. Jangan lah sombong-sombong sangat. Ni bila orang nak balik dah, baru nak tidur sama. Pastu sendiri yang sentap.
*Eisya panggil ayah aku 'nenek'sebab dia confuse kenapa kena panggil atok gak, sebab mak ekwan pun dia panggil `atok'
Naurah 10kg lagi beb..dah bape lame ntah dgn berat tu..setahun ade kot..huhuhu..tp yelah dia pon mcm makin memanjang jer..aku rasa mcm dah berat..tp bile timbang tetap 10kg +_+
ReplyDeleteala ala eisya... tp pandai dah die cakap full sentence eh...anak i aje yang tak clear lg.. asek tanye
ReplyDelete'what is this' aje....tu la sentence yang paling panjang hehe
wafa baru nk belajar berborak..1 habuk pon tak phm,tp layankan aje..best jgk..hihi
ReplyDeleteeisya mmg omeh, byk ckp
ReplyDeletesbb selalu dgr budak2 besar kat nursery ckp kot.
dayu, mya dulu masa awal2 petanda nk dpt adek sensitip gini lah.jegn jeng jeng. tp perangai sensitip dia tu berterusan sampai lah skrg nih. manja melebihkan si adek pulak
ReplyDeleteOklah tu dayu. 12 kilo...anak aku takat 11kg sapa ke sudah tak naik2...turun berat ada la...
ReplyDeleteLebih kurang rafique jugak..to mmg dorang cepat memanjang man skrg ni...
ReplyDelete