Ini memang rekod, sebulan lebih tiada entry baru. Tak pernah berlaku sebelum ni. Petanda apakah ini? Blog bakal berkubur? Kemungkinan ada di situ. Kalau tak, manakan mungkin blog tak berupdate sampai sebulan. Jarang tuan blog buat macam tu. Tuan blog dah kehilangan passion mungkin terhadap blognya ini. Bukannya kehabisan idea atau kisah nak dikongsikan, cuma tiada keinginan. Malas dan rasa tak perlu. Faktor usia juga memainkan peranan, mungkin. Selain itu, ketiadaan masa juga boleh jadik sebab. Terlalu sibuk di pejabat, nak makan pun tak sempat, inikan pulak nak bukak blog, menaip. Baik draft surat atau pun report, tak payan keluar lewat dari pejabat.
Tapi bila dikenangkan kembali, rasa sayang pulak kalau nak dibiarkan blog ni terus terabai. Dah umpama darah daging dah blog ni. Akan ku usahkan mencari kembali semangat yang hilang. Akan ku cuba pupuk kembali entry-entry di blog ini. Akan!! Kalau tak dapat kembali momentum seperti dulu, seminggu satu entry pun jadik lah. Jangan sampai terus kosong. Kesian.
oleh yang demikian, meh lah aku bagi tatap gambar aku sekeping. mana lah tahu rindu ke. *perah santan*
baru pulih dari chicken pox, alhamdullilah tiada kesan yang ketara tertinggal di muka.
-kalau tengah semangat memblog dulu, mesti baik je demam aku akan blog pasal serangan virus tu-
nantilah, aku try update satu-satu *doakan moga aku berjaya*
Banyak faktor menyebabkan kemerunduman aktiviti memblog. tapi kalau sekali dah memblog, susah sebenarnya nak buang tabiat ni.
Mungkin aku perlukan laptop baru, baru semangat nak menulis jadik berkobar-kobar.
sbb mu sakit kot dayu..nnt ada la mood tu..jgn ditutup ya blognya bu..;)
ReplyDeleteaku pun perasan ko jarang up[date blog...fb pun jarang gak..
ReplyDelete