05 December 2012

La Shaz!!

Kawan-kawan semua, meh sini. Ada berita baik nak aksik kongsi ni. Lagi-lagi kepada shopper online tegar dan tak berapa tegar macam aku. Meh sini, aku nak share 1 tempat best nak shopping. Best lah bagi aku sebab sekarang aku tgh kebosanan menunggu stok meletop dari Poplook tapi tak muncul-muncul. Tu bila jumpa tempat baru dan best untuk shopping, aku mengelupur macam boleh dapat barang tu percuma.

Tak percuma, tapi murah pun dah cukup mengembirakan kau.

Aku kan memang tengah carik blouse sebab merasakan baju sedia ada sudah tiada yang boleh dikategorikan baju baru. Terasa asyik ulang pakai baju yang sama. Dan misi mencari baju baru di Kenanga Wholesale City juga telah gagal. Tu yang bila jumpa kedai ni rasa macam ya Allah, bestnya. Rasa nak borong berhelai-helai. Ni kali pertama dia datang jual offline kat tapak pasar tani Kementerian Kerja Raya ni. Selalunya dia jual online je. Baru nak mencuba jual secara offline.

Best ohhh baju-baju dia, menepati citarasa aku.

Argghhh!!! Tergoda tahap maksima

nak yang tu.. nak yang tu.. semua la aku nak

Sila bukak Facebook dan search 'La Shazsekarang. Tapi kat facebook tak banyak gambar. Korang kena follow Instagram 'Shaz_adnan' untuk lebih banyak stok. Kelas kau sekarang niaga online. Tak main dah FB, guna IG pulak. Kalau tgk kat IG lagi meroyan, semua nak kau. Dah lah harga boleh tahan murah RM39 je sehelai. Yelah berbanding dengan Poplook kan. Dan paling best, bila dia datang jual kat pasar tani bawah opis aku ni, dia jual RM35 je sehelai. Arrghhh!! Makin tak menentu aku memilih. Nasib duit dalam purse tak banyak.

Hari Selasa depan dia datang lagi, aku dah target dah nak rembat yang mana. Paling penting kena kuruskan baju sebab baju dia kebanyakannya fit S-M sahaja. Yang L dia lak macam terlebih besar.

Hah, korang yang selim melim tu, boleh lah order. Selesa pakai weh.

salah satu yang aku dah sambar selasa lepas. ni size L. nanti lain kali mintak Ekwan amik kan gambar full for the length
edited:
Ramai tanya 'macam singkat je, cover bontot tak??' Yang cropped top tu memang singkat lah, tapi yg top blouse tu, tak lah singkat sangat. Kalau amik size L, lagi selamat.

4 comments:

  1. alo....klu takde insta boleh follow tak?haku insta ni belum khatam lagi...

    ReplyDelete
  2. wah. boleh rekemen kat kakak ipar ni. hehe

    ReplyDelete
  3. mcm singkat je weh. cover vontots tak?

    ReplyDelete
  4. dia tak labuh sangat.. tak cover vontots. tp yg L labuh

    ReplyDelete