Diet bukan penyelesaian bagi aku. Makan sikit?? Lagi jangan harap, bertambah iye.
Sebab tu aku mahukan cross tariner ni. Mula nak treadmill. Tapi bila kaji dan baca sana-sini, cross trainer adalah lagi efisen ebrbanding treadmill. Lagipun treadmill mahal sangat lah. Tu pun sebab utama sebenarnya. Achik mana lah mampu nak kuar duit banyak-banyak, ribu-ribu nak membeli barang. Sayang ohh duit. Tu yang bila kawan aku kata dia beli cross trainer harga RM700 je, aku nekad. Dapat duit kutu bulan 12 kang aku nak order sebijik. Tak kira. Kalau tak, duit tu niat awalnya aku nak labur dalam ASB, tak pun kang habis gitu je pun. Baik aku beli something yang aku boleh nampak.
Terus aku mintak contact number sales person tu dan call suruh dia emailkan katalog.
Ini quotation dia. Nampak?? Tak nampak, klik je kat imej tu. Pepandailah korang usaha.
Frust bila yang RM700 tu takde, tu harga masa promotion kat groupon. Yang ada RM899 dan yang RM1299. Arrghhh!! Baru ingat nak shopping skit duit kutu, sekali habis semua untuk cross trainer. Demi badan solid zaman anak dara, ku rela. Maka, aku amiklah yang RM899. Katanya harga asal RM1299. Punyalah tak sabar, malam tu jugak aku ajak Ekwan gi amik. Nasib laki aku rajin seperti biasa. Kena self collect ye. Nak dia hantar boleh jugak, tambah lagi RM100.
Tapi boleh pulak dalam perjalanan nak bertemu tu, masa call nak bagitau kami on the way, dia kata 'sorry lah abang, yang harga RM899 tu sudah habis' Argghhh!! Menyirap sungguh aku dibuatnya. Janji palsu sungguh kau. Ke marketing strategy je nak suruh aku amik yang RM1299. Jahatlah. Dah la melebihi bajet. Duit kutu pun tak sebanyak tu. Bila kata tak nak dan nak cancelled order, dia offer 'okay lah bang, saya bagi yang itu RM950, boleh?' Ekwan tanya aku nak ke tak nak, aku ajak gi je jumpa, tengok barang dulu.
Dalam confirm tak confirm, aku withdraw gak duit. Argghhh!! Dah memang teringin kan.
Bila jumpa, barang dalam kotak. Nak bukak tak boleh. Tengok katalog je. Last-last aku setuju je lah. Sebab pertambahan dari abjet asal RM50 je kan. Konon kata kat aku 'saya bagi akak sorang harga macam ni, orang lain saya jual RM1299 kak' Eleh, baik sangat lah tu konon. Entah semua orang kau jual harga gitu jugak. Aku layan kan je lah. Kepada yang teringin nak beli gak, cuba call Reshee ni dan minta katalog. Tengok berapa dia nak jual kat korang. Kalau harga sama, aku teringin gak nak sound dia sedebuk.
48-01 Jalan Puchong Mesra 1,
58200 Puchong, Selangor
Tel: 03-8076 4108 atau Reshee 016-2501215
Kalau korang carik kat Mudah.my pun ada kompeni dia ni. Aku tengok kat Mudah ada je lagi yang RM899 tu, tapi tak tau la kalau dia tak update kan. So apa lagi geng, bolehlah order sebijik.
*aku patut minta upah kat Abylux ni
ahhh, aku nk tgk brg yg kt umah ko wehhh,
ReplyDeletesila review yg tu cpt,
berserta modelnye skali okeh!
waah sila pos utk tatapan kami ya..hehe,,.
ReplyDeleteBetul...nak gamba brg bersama model..ehheh
ReplyDelete