22 December 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia

Duduk di Kuala Lumpur sebagai golongan berpendapatan sederhana (middle income) adalah kesian sebenarnya. Memang banyak kerajaan bantu, bagi subsidi itu, bantu sana-sini tapi kebanyakannya untuk golongan berpendapatan rendah. Yang pendapatan kurang dari RM1500. Kami yang berpendapatan bersih RM3000 tak layak. Kalau ikutkan sebenarnya pendapatan kami lagi sikit kot, yang basic rendah boleh claim overtime, tahu-tahu hujung bulan gaji technician aku lagi banyak dari aku. Tapi takpe, aku anggap itu semua rezeki masing-masing.

Tapi aku frust gak sebenarnya, banyak sangat bantuan kerajaan yang aku tak merasa. Achik nak jugak.

Bila kerajaan umumkan pasal Perumahan Rakyat 1Malaysia, aku memang suka. Rasalah juga hidup ni dibela. Chewahh!! Tapi entah kenapa, macam tak timbul kesungguhan nak memohon. Kawan-kawan opis dok borak pasal Pr1ma, aku buat tak tahu je. Ekwan pun dah cakap 2,3 kali suruh aku mohon, tapi selamba je aku buat tak tahu. Tetap tak berminat. Berlagak sungguh je bunyinya kan. Sedangkan bukan susah pun, online je.
Apa itu PR1MA? *aku copy dari website dia je*

Setelah diarah oleh Ekwan berkali-kali, aku akur akhirnya dan terus google cara-cara nak memohon Prima dan apa kelayakan untuk memohon. Sememangnya aku layak, dan skim ini memang untuk orang-orang macam aku. Yang mana gaji tak kecik, tapi taklah besar mana. Nak beli rumah kos rendah tak layak, terlebih mampu kononnya. Nak beli rumah harga 400,000 - 500,000 tak mampu. Kesian. Sudahnya?? Menyewalah rumah orang. Bayar sewa bulan-bulan sampai RM700-800, memang kesian. Kami ni kira bertuah lah jugak sebab dah ada rumah sendiri, kecik-kecik pun rumah sendiri. Tapi keinginan nak memiliki rumah teres tetap ada.

Kelayakan Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Tidak diisytiharkan muflis

Nota:
- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.


Sesiapa yang memang layak, silalah memohon segera. Ini peluang yang tersedia untuk kita memiliki rumah sendiri yang selesa pada harga yang mampu dan logik. Jangan sia-siakan. Rasa macam rugi sungguh aku abaikan peluang ni selama ni. Untuk memohon, boleh refer kat PRIMA BWERHAD OFFICIAL WEBSITE.  Untuk Borang Pendaftaran Permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia, sila klik:
Bila dah daftar, nanti korang perlu lengkapkan permohonan secara online tu. Maklumat pemohon, pasangan dan anak diperlukan. Maklumat hartanah yang diduduki masa kini pun diperlukan. Sekejap je semua tu. Pastikan korang ada segala maklumat yang diperlukan. No KWSP danNo LHDN pemohon dan pasangan. Sebelum submit permohonan, beberapa lampiran diperlukan. Kena attach sekali kat last step tu. Dokumen yang diperlukan adalah slip gaji, surat pengesahan majikan dan penyata akaun. 

Daftar Akaun PRIMA anda dan mulaka memohon.

Aku dah isi tapi belum submit lagi, tinggal nak lampiran attachment. Dan pilihan lokasi PRIMA aku haruslah sekitar Kuala Lumpur. Aku kalau boleh nak tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja. Rasanya tak larat kot kami nak berulang jauh-jauh macam ni lama-lama. Anak seorang, tak sekolah lagi larat lah. Nanti anak dah bertambah, belum tentu larat. Maka, kami sangat-sangat mengharap dapat rumah pada harga yang kami mampu untuk miliki. 

Walau tak tahu dan pasti bila, aku sentiasa mengharap.


2 comments:

  1. submitla dayu..kita dah apply tapi sama gak belum submit..sbb rasa mcm entah..haha..

    ReplyDelete
  2. aku dah submit
    tp bila keputusan dia hah??
    biasalah..tak menyabar

    ReplyDelete