11 December 2012

Tupperware

Dulu masa aku tengok mak aku, kakak ipar ngan biras aku beriya kumpul dan membeli bekas plastik berjenama Tupperware, aku macam 'apa lah yang nak kena beli bekas mahal-mahal ni? yang murah sudah' Siap dulu mak aku main kutu kot nak beli set tupperware yang rege 200-300 tu. Punyalah tinggi pengaruh nak memiliki set tupperware tu. Bila dah kawin, mak aku bagi aku barang-barang brand Tupperware. Dia bagi set botol susu, ngan bekas air tu. Mak dah bagi aku amik jelah, dan ucap terima kasih banyak-banyak.

Bila aku belek katalog Tupperware, perghhh giler mahal bekas air ni. Sanggup mak aku beli..

Tapi sejak mendapat set tupperware free dalam cabutan bertuah family day bulan lepas, aku macam jadik kemaruk nak kumpul lebih banyak lagi barang tupperware. Dah mula rasa seronok susun barang dalam kabinet dapur dengan lebih elok. Menjimatkan ruang. Dari dah takde space aku nak letak barang, bila aku isi barang-barang dalam tupperware ni dan susun dalam kabinet, terus lapang sikit. Terus rasa 'i need more of this'

Melompat kegembiraan aku bila nama dipanggil untuk menerima hamper ni. Semua menunggu nak dapat cabutan no 3 ngan 2. Alhamdullilah. Rezeki sungguh.

Mulalah aku mencari katalog tupperware. Kebetulan ramai di kalangan kawan-kawan adalah penjual tupperware. Semua orang aku minta katalog. Pastu kebetulan kawan aku, CikPid upload gambar katalog tupperware kat Instagram dia. Aku tanya lah pasal item yang aku macam dah berkenan tu. Dan maklumat yang dia berikan adalah sangat mengoda. 12 bijik tupperware pada harga kurang dari RM80. Perghh!! Perghh!! Ini sangat mengoda ok..

Terus aku 'okay Pid, aku nak. tapi aku nak bayar lepas gaji. boleh?' Haruslah boleh kan, sebab dia akan gi belikan bila aku dah bayar. Suka..suka..

Dan aku telah menambah order 'Pid, aku nak bekas untuk simpan sphagetti tu 2 bijik

Kalau makin lama aku tangguh pembayaran, aku rasa kemungkinan untuk item 'in cart' aku bertambah adalah semakin tinggi. Segeralah gaji. Aku bukan tak nak bayar, tapi aku tak nak baki dalam akaun aku berkurang. Susah nanti kalau tetiba aku nak shopping immediately. Hahaha.. giler keji kan. Maka mana boleh tangguh kita kasik tangguh.

Pid memang jual pada harga terbaik. Hah, kalau ada yang tiba-tiba dah kemaruk tupperware macam aku, boleh lah contact Puan Rafidah atau lebih dikenali sebagai Pid. Pepandailah korang bodek dan goda dia mintak pembelian pada harga terbaik di pasaran. Jangan risau. Dia ni baik hati. Mesti dia baginya. Kedai tupperware depan rumah dia je. 


8 comments:

  1. aku pun suka gak.. nampak kemas.. ikan ikan dalam peti ais seme susun dalam freezermate, sayur2 segala... sampai laki aku cakap aku terlalu perfectionist hahaha..

    tapi now, aku dah kurangkan minat tu sbb mahal sangat haha so beralih ke tupperware cap ikea haha murah dan banyak... kalau isi makanan masak abru guna tupperware sbb die kan green technology.. kalau takat isi barang kering aku guna je tupperware ikea hahahha

    ReplyDelete
  2. Teringat dulu kat area rumah, jiran2 selalu buat party tupperware :)

    http://aizatbest.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sama kes lah kite dayu. dulu pelik apesal org nak beli tupperware rege puluh2 ringgit sebiji. tapi pas makcik naza bagi, terus jadik ketagih nak beli. siap kitorang kat sekolah tu share2 ikut kaler pilihan masing2 :p

    ReplyDelete
  4. Dayu, aku mula terjebak ngan benda2 ni sejak mula bekerja dulu. Kebetulan opismate aku ramai yg gila tupperware. Aku yg mula2 terikut2 je lama2 asyik2 tergoda & rambang mata. Ada stok baru kuwa je aku asyik nak sambar. Haish, kat umah ni bersusun kut tupperware kosong yg sekadar perhiasan. Sayang nak guna :P

    ReplyDelete
  5. sekali dah terjebak, tidak mudah nak mengundurkan diri

    hahahaha

    ReplyDelete
  6. Dulu time bujang mmg gila kumpul brand tupperware ni
    lagi lagi tiap bulan ada akak office bwk stick tware kat tpt kitorang
    lg heaven
    tapi bila dah kahwin ni bayang tware semua tak nampak
    entah mana aku campak ms proses pindah dulu
    hukhuk

    ReplyDelete
  7. Aku suka beli tupperware ni geram tgk tupperware tu..Tapi aku sayang nak pakai..Dok peram kat kabinet..Camne tu?

    ReplyDelete
  8. daku pun suke...lagi la berangan nk sumabt dlm KC baru nih..hahaah banyak dh kumpul sbb opismate ramai giler ahli tupperware, mmg dpt 25% ar..kadang kitrg share beli, tu pun jimat gak :)

    ReplyDelete