28 February 2013

Lion Dance

Walaupun agak macam ketinggalan dan patut abaikan aje entry ni, aku tetap rasa nak publish. Sebab rasa macam perlu diabadikan. Alah dayu, kata je lah kau takde modal lain dah nak update blog, citer basi pun kenalah publish..hahahahah. Sian aku weh, 2 minggu lepas opis blocked blog, terputus hubungan aku ngan blog. Tu yang nak update blog pun lemau. Kat rumah ada internet yang super pantas pun tak guna kalau masanya takde. 

Maka, sudikan lah layan je entry ni ye.

Kisah ini berlaku masa cuti CNY yang lepas. Punyalah dah lama kan. Tapi relevan lagi kot. Kan semalam baru Chap Goh Mei *apa entah kaitannya..*

Setiap kali balik Johor macam jadik kewajiban pulak menyinggah ke JPO ni. Kalau tak masa menghala ke JB, mesti sebelum pulang semula ke KL. Bukan ada nak membeli apa pun kadangnya. Saja nak jalan-jalan, tengok promosi apa yang ada. dan selalunya mesti terbeli punya. Dan selalunya Ekwan lah yang beriya nak ke JPO ni. Kedai paling favorite adalah Timberland dan Levi's. Sebab bagi dia kat KL 2 kedai ni tak pernah ada diskaun, kat JPO, less sampai 50% - 70%. Tu yang bila dah alang-alang balik JB, mesti dia ajak singgah. Dan sebagai bini yang mithali, aku layan kan aje. Sambil-sambil beli barang sendiri.

Kebetulan time kitaorg ke JPO tu ada lion dance show, dari jauh lagi anak aku dah kecoh 'bunyi apa tu abu??' Bila dah jawab 'bunyi gendang lion' Dia macam tak puas hati. Mesti dia pikir, sejak bila lion ada gendang. dan dia tanya lagi 'bunyi apa tu??' Dan demi memuaskan hati dia, bawak lah dia tengok lion dance tu walaupun hajat tak mahu lama-lama kat JPO tu. Dan anak aku dah naik seronok tengok lion besar melompat-lompat depan mata dia. Dapat pulak pegang kepala lion tu. Makin lah dia seronok, dan terpaksa lah hadap sampai habis. 

Dan inilah pertama kali aku tengok lion dance show depan mata kot. Aku pun terkesima sama kau. Kagum aku tengok dia boleh melompat tinggi-tinggi atas tiang tu sambil pakai custome lion tu. Mesti panas ya rabbi. Dah lah gap antara tiang tu jauh, risau je aku kalau diaorang terjatuh. Tapi memang tidaklah kan. Pakar dah derang ni. Eisya kusyuk tengok ok. Siap bila dah habis dia tak puas hati, tak nak berganjak. Sudahlah wahai anak, abah awak nak shopping ni.

memang kagumlah aku bila dengan selamba dia boleh lompat-lompat atara tiang ni

akak kagum dik

Tapi memang kagum lah aku dengan budak-budak yang duduk dalam custome tu. Memang kuat la kaki tangan korang. Akak tabik spring kat korang.



*mentang-mentang laki aku bawak kamera besar gabak, bukan main lion ni pandang kamera. sedangkan tokei JPO ada kat sebelah sana

27 February 2013

Impian Suatu Hari Nanti

Aku memang kagum dengan keberanian dan cita-cita kebanyakan usahawan-usahawan di luar sana yang berani mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadik usahawan sepenuh masa walaupun pada mulanya bermula separuh masa. Sungguh, aku memang tabik dengan keputusan nekad mereka. Lagi-lagi yang kerja dengan kerajaan. Sebab kalau aku belum tentu sanggup. Kalau business aku dah stabil, dah maju pun aku tak rasa aku sanggup nak lepaskan jawatan aku sekarang ni. Kalau aku keje kat sektor swasta, kemungkinan tu ada. 

Sebab aku sayang dengan segala benefit yang aku boleh peroleh kalau aku terus memegang jawatan sekarang. Sayang nak lepas peluang yang dah dimiliki. Orang lain berebut nak dapat semua ni.

Namun hasrat nak menjadi usahawan tu sentiasa ada. Sebab darah meniaga tu memang ada dalam diri ni sebenarnya walaupun aku ni luarannya kelihatan seperti lebih suka makan gaji, kerja dengan orang. Tapi dalam lubuk sanubari paling dalam *chewah..* aku lagi suka kalau boleh bekerja sendiri. Tak terikat dengan sesiapa. Atur jadual harian sendiri. Tak payah nak berlari-lari kejar punch card. Siapa tak suka?? Lagi-lagi bila ada Eisya dalam hidup ni, mak manalah tak teringin nak mengurus anak sendiri. Memang kalau boleh aku nak ada perniagaan sendiri, tak dapat uruskan sendiri sepenuhnya takpe. Tapi business tu aku yang punya.

Mungkin korang tak pernah tahu, aku pernah berniaga online dulu. Dulu itu adalah ketika mengandungkan Eisya. Dari seronok dan asyik membeli barju-baju Eisya kat butik-butik alam maya, sudahnya aku sendiri jadik seller. Sebab nak kan sangat harga murah kalau beli secara borong. Alhamdullilah, boleh tahan. Masyuklah juga. Stok habis dengan segera, sampai aku kena dulukan customer. Walau aku dah berkenan kat mana-mana baju, tapi kalau customer nak terpaksalah jual. Setiap hari ada sales. Seminggu 3,4 kali berkunjung ke pejabat pos kat Tesco Puchong tu. 

Masa aku dalam pantang, Ekwan run business. Tapi tak serancak masa aku uruskanlah. Dia manalah ada masa nak buat marketing kan. Bila promosi kurang, sales pun kuranglah. Stok pun tak sempat nak tambah. Dan kesibukan mengurus Eisya juga membuatkan aku tak boleh nak fokus business. Dan akhirnya terkuburlah 'My favorite Babyshop' kami. Sedih jugak, Ekwan frust sebab potensi tu ada. Ada juga terfikir nak start semula, tapi bila langkah pertama tak dimulakan.. sampai bila tak menjadi. 

Tapi cita-cita tu tetap ada.

Keinginan nak memiliki perniagaan makin menjadi-jadi bila merasakan keperluan dan keinginan merubah taraf hidup tak kan menjadi realiti bila hanya 'makan gaji' Makin berkobar-kobar hasrat nak menjayakan segala apa yang diimpikan. Insya Allah. 

*kalau Ekwan yang kena berhenti kerja, uruskan business takpe. Dia memang sentiasa menanti ke arah itu. Aku teruskan di sini, berjasa kepada rakyat. 


26 February 2013

Sehangat Asmara: Aku memang tahap kemaruk dah ni

Hahahaha..iye, aku adalah kemaruk, malah ketagih. Dulu masa drama ni baru tayang kat Mustika Astro, dan orang dah mula upload atas talian aku kononnya nak buat tak tahu je. Tak nak layan. Aku saja sombongkan diri tak nak turut serta jadik peminta Sehangat Asmara. Lagipun aku tahu aku bakal jadik kemaruk, sebab aku memang suka pelakon-pelakon dia. Selain itu, sape je tak suka novel Aisya Sofea kan. Siap terbuai-buai kau kalau baca novel dia. Tapi bila ada satu malam tu aku tak boleh nak tidur gara-gara dah terlebih tido di petang ahri dan tak tahu nak hadap apa lagi di atas talian, aku bukak lah Daily Motion dan layan Sehangat Asmara. Masa tu dah 12 episod. Dan aku boleh habiskan semua 12 episod sepanjang malam. Kemaruk punya pasal. Sanggup. Lepas subuh baru aku tidur.

Terima kasih la kepada yang rajin sungguh upload. Jangan lah sampai Daily Motion pun sekat segala movie yang di upload kat sini. Kat youtube memang tak boleh harap dah.

alalalala..sangat sweet ok

Memang pilihan pelakon yang sangat tepat. Ya Allah, cool sungguh Zainal Arief. Tenang je dia. Adi Putra memang sangat sesuai bawa watak Zainal Arief. Dan Rita juga sangat best tengok dia jadik Kamilia Najwa. Walaupun aku membayangkan dia adalah lebih seksi dan ranggi dalam novel. Lawa sangat dia, sampai terfikir kenapalah laki dia boleh tinggalkan dia. Dapat bini cun pun nak carik lain. Tapi yelah, kita mana tahu kan apa masalah sebenar dia. Doakan je lah yang terbaik untuk dia dan anak-anak.

Aku dah tengok sampai episod 15. Malam ni nak luangkan masa, nak hadap yang semalam. Part sedih dah tiba. Punyalah tak menyabar dan sebab dah lupa jangan cerita dia macamana, aku telah google untuk dapatkan sinopsis dia. Tapi keterujaan tetap sama okay menanti episod baru.

*baru tahu suara perempuan dalam lagu Ratapan Naluri tu adalah Adira  
* nama-nama watak dalam novel dulu-dulu sangat best-best kan. siap dulu berangan nanti nak bagi anak nama mcm ni lah, macam tu lah..hahahaha..

Ini tentang Eisya

Eisya cucu sulung kat sebelah aku. Mungkin disebabkan itu, dia macam tak berapa pandai nak bermain dengan orang. Dia kena orang yang ajak dia, orang panggil dia 'Eisya, jom gi luar main buai jom' Kena orang datang pimpin tangan dia, baru dia akan join main sama. Kalau nak harapkan dia yang datang sendiri, tiba-tiba join the group memang tidak lah. Nak join main pun amik masa okay. Kalau balik kampung tu, dah 3/4 hari kat kampung baru dia boleh mix around. Barulah tak asyik melekat kat kaki aku.

Sekarang ni ada satu perangai, punyalah liat kalau disuruh bersalam dengan orang. Punyalah tak nak, sampai keras-keraskan badan. Geram aku.

Macam anti sosial pun iye aku rasa. Kesian kadang tengok budak lain yang beriya ajak dia main tapi dia dengan sombongnya tak melayan. Feeling anak VIP je gayanya. Tapi kalau dah mula main. Tak ingat dunia. Dapatlah aku buat keje atau duduk rileks-rileks depan TV dengan tenang.

antara sepupu yang rajin melayan Eisya. Ini anak-anak akak Ekwan yang sulung. paling rajin melayan Aishah. sebab dia memang asyik lah minta adik kat umi dia. so bila ada Eisya, memang seronoklah dia. cuma Eisya je kadang-kadang rimas sebab Aishah suka sangat peluk cium dia. Hahaha..geram sangat lah tu.

ibu suruh buat 'peace' lah Cha bukan 'four'

Eisya aku kategorikan bertuah lah sebab ramai orang yang nak melayan dia bila balik kampung. Kalau balik JB pun, biarpun takde sepupu nak bermain. Ayah aku layankan aje segala kehendak dia. Bestlah cucu sulung. Tapi dia tetap gak menyombong ngan atuk dia. Tapi bila atuk ajak di playground sepantas kilat sarung kasut. Atuk nak baring kat sebelah marah. 

Weekend ni balik JB, sepupu aku kawin. Tak sabar lak nak pakaikan dia dress baru tu. Terasa macam sangat lama aku tak pakaikan dia dress. Asyiklah sarung jeans, t-shirt ngan sneakers. Hahaha.. aku memang tak gemar pakaikand dia dress, macam tak kena je. Hahaha.. Dan merasalah kena sound ngan bapak dia 'janganlah biar Cha dressing macam awak..ajar dia pakai kain, asyik nak pakai seluar je' Eleehh.. itu semua tak penting, yang penting aku akan usaha didik anak-anak aku tak kira laki ke pompuan supaya pandai buat keje rumah. Dah sepahkan rumah, sila kemas. Jangan nak jadik VIP sangat. Itu lagi menjadi keutamaan. Setuju?

Eh, lately ni kan.. Eisya suka cakap gagap-gagap tau.. bukan dia tak tahu perkataan yang dia nak sebut tu. Tapi mesti tergagap-gagap. Normal kah??




25 February 2013

Carboot Sales

Persoalannya: Kat Kuala Lumpur ni ada ke carboot sales ni??

Bila google , tak banyak maklumat yang diperolehi. Yang keluar car boot sales kat stadium shah alam, kat Tasik Titiwangsa. Tapi aku was-was..sebab bila bukak link-link tersebut, ianya bukan car boot sales. Memang orang niaga bawak barang isi kat boot kete, pastu display. Tapi mostly jual barang baru atau lebih tepat 'meniaga' Siap kena apply lesen bagai. Tu bukan car boot sales namanya. Sebab ikut kepahaman aku, kalau carboot sales ni kau jua; barang terpakai, barang yang kita tak nak lagi tapi masih elok. Nak bagi kat orang, sayang.. Nak simpan, rumah 850sq feet je, takde ruang kosong dah. Carboot sales ni salah satu cara nak mengosongkan rumah lah kaedahnya. 

Paling penting aku nak letgo baju-baju kurung moden zaman anak dara, yang memang aku yakin dan pasti tak kan muat kembali. Dari buat penuh almari, sampai tak cukup ruang nak gantung baik aku jual. Lagipun sayu ok bila kemas-kemas dan terpandang baju-baju itu semua. Kemeja-kemeja saiz S Ekwan pun aku nak lelong. Dan juga tudung-tudung aku yang dah tak cukup ruang. Jual RM2 sehelai sudah. Baju kurung aku nak jual RM20 je. 

Ada sape yang nak?? Hehehe.. Baju Eisya pun aku rasa nak jual, tapi sayang lah pulak. Takpe, baju Cha boleh KIV dulu.

Antara lokasi car boot sale *katanya..tp bagi aku tal memenuhi kriteria sebenar carboot sales* :
1. Anggerik Mall Shah Alam (Setiap ahad, 10am - 6pm)
2. Jalan temerloh, Taman Tasik Titiwangsa - Sabtu & Ahad (8am - 5pm) ni tak pasti wujud lagi ke tak, mcm takde je dah.

Tapi aku ada jumpa satu website, ni memang betul-betul carboot sales. Memang tujuannya untuk beri peluang menjual barang terpakai. Bayar RM5 je, dan hasil kutipan bayaran penyertaan akan disumbang kepada masjid atau badan-badan kebajikan. Suci murni niat penganjur. Siap tak dibenarkan menjual barang-barang baru. Hanya barang terpakai dibenarkan. Boleh refer FB: GoodsCycle. Organizer ada website, tapi macam down lah pulak website dia. 

ini baru suasana sebenar carboot sales

carboot sales anjuran GoodsCycle di Bandar Seri Putra

Carboot sales ni ada 3 lokasi: kat  Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan Bandar Baru Bangi. Agak jauh lah dari lokasi rumah hinggap aku ni. Tapi aku dah suarakan hasrat nak jadik booters kat Ekwan dan dia setuju.  Aku pasti dia pun dah serabut dengan keadaan rumah yang penuh dengan barang tak pakai itu. Cuma tak pasti lagi bila nak join. Ekwan kata 'jomlah jadik buyers dulu, kita tinjau kawasan macamana' Papelah.. walaupun ikut hati aku, tak payah nak tinjau-tinjau, redah aje. Tak sabar kau nak kasik clear rumah. Nak jual oven lama, nak jual kipas, nak jual stroller Cha. Lapang stor aku. Hahahahah.. Aku dah tak peduli pasal harga, yang penting stor aku kosong.

Hasil jualan, boleh shopping kat IKEA. *gelak besar*

Patut kena register kat website dia: http://goodscycle.org, tapi tak leh access la pulak. Tak sabar nak join ni. Sape yang berdekatan, jomlah. Sambil membeli kita menderma.

19 February 2013

Hye Semua

Lama tak berkesempatan nak menulis kat sini. Nak tulis pendek pun ada takde peluang, nak merapu panjang berjela lagi lah jangan mimpi. Apa kan daya, tugas hakiki yang menjadi sumber kehidupan ni haruslah diberi keutamaan. Aktiviti sampingan biarlah terpinggir.

Tapi bila ada masa yang sedikit terluang ni, rebutlah untuk melepas rindu. Aicehhh..

Untuk makluman semua, aku sihat seperti biasa. Walau adakalanya sibuk sampai tak sempat nak isi perut, aku tetap begini. Masih dalam bentuk yang sama. Walau beriya konon nak diet, nak lebih disiplin bila bersenam..hasilnya tetap sama sebab selalunya aku gagal. Mungkin semua ni tinggal impian semata kot *pasrah*

Kehidupan berjalan seperti biasa, tapi aku sedang melalui fasa kehidupan sedikit hipokrit apabila bersama rakan sepejabat. Aku tak setuju dengan cara mereka tapi aku tak berani nak tegur dan tak berani kata yang sebenarnya aku tak suka. Tak setuju. Aku masih mendengar, tanpa reaksi membantah walau sebenarna aku sangat tak setuju. Semua demi menjaga hubungan sesama rakan sepejabat yang baru mula nak mesra.

Kalau kawan lama dah lama aku tembak tepat.

15 February 2013

Dia Segalanya


Ibu dan Eisya.


Eisya semakin membesar. Lagi 2 bulan, dia akan berusia 3 tahun. Setiap pagi dukung dia bawak masuk kereta nak ke nursery, setiap malam terutamanya bila dia dah tertidur pasti antara aku atau Ekwan akan terkata 'besar dah anak kita yang' Macam tak percaya anak sulung kami dah sebesar itu. Dan Ekwan akan terus kata kat aku 'tua dah kita ni, jangan nak perasan muda sangat

Eleh, sah-sah dia lagi tua dari aku. Aku muda setahun dari dia sekurang-kurangnya.

Eisya makin besar, makin bijak dan juga semakin manja. Tetap bila ditanya 'Eisya nak adik??' dia akan jawab 'hanak..hanak adik' Dia juga bukan jenis yang teruja kalau jumpa baby, dia buat tak layan je. Suruh main dengan baby pun dia tak nak. Lebih rela dia main sendiri. Tapi aku percaya, bila tiba masanya nanti Eisya pasti akan jadik kakak yang penyayang dan protective. Tunggu je lah nanti bila tiba masanya.

Eisya dari segi rupa memang kelihatan lebih kepada aku. Tapi yang tersirat banyak ikut abah dia. Bentuk kuku, susunan gigi semua ikut abah dia. Badan pun ikut abah dia kot, kecik je. Makan banyak dah, tapi tetap halus. Comel loteh gitu. Takpe, asal sehat sudah. Asal tak under weight, ibu puas hati dah. Lama sikit boleh pakai baju yang umur 3 tahun tu. Hahaha.. Alah, setiap minggu ibu belikan awak baju baru Cha..

Tahun ni ibu tak pasti nak buatkan birthday party ke tidak untuk awak.. kita tunggu je lah nanti ye

14 February 2013

Hujan di Pantai Desaru

Aku memang jarang berkesempatan nak pulang bercuti ke kampung halaman setiap bulan. Nak balik setiap bulan pun susah jugak. Banyak faktor nak dipertimbangkan. Masa, duit.. Kalau rumah mak ayah aku kat sekitar Selangor ni je, mungkin lah boleh aku nak menjenguk setiap minggu. Tak dapat setiap minggu, kurang-kurang 2 kali sebulan. Tapi dah mak ayah jauh kat Johor sana, memang kena tunggu cuti panjang sikit. Barulah seronok nak balik kampung. Kalau tak, habis masa atas jalan je.

Lagipun, bukan nak balik rumah mak ayah aku je. Kampung mertua pun nak balik jugak. Maka, kalau ada masanya sampai 2,3 bulan tak balik Johor, harapnya mak ayah aku paham.

Bila sesekali dapat balik, memang seronok.

Ekwan lak macam semangat terlebih nak balik Johor kali ni. Siap google bagai apa aktiviti menarik nak buat nanti. Yelah, duduk rumah je pun bosan jugak. Kang kejenya makan je. Elok-elok balik kampung 68kg, balik KL jadik 71kg. Dan sehari sebelum balik laki aku tanya 'Desaru best yang?' Aku jawab je best, walaupun sesungguhnya dah bezaman tak jejak kaki ke sana. Sejak sambung belajar tak pernah pergi kot. Sebab aku rasa Desaru tu sangat jauh. Tu yang bila Ekwan kata 'jauh apanya, 68KM je dari umah mak awak' Aku macam tak boleh terima fakta yang dia bagi. Ohhh.. aku lupa, dah ada highway Senai - Desaru lah.. 

Ajak adik-adik, dan mereka kata 'jom, BBQ sekali

Dan pagi-pagi Chinese New Year, ke Desaru lah kami sekeluarga. Takdelah pagi sangat, pukul 9 lebih gak baru bertolak. Dalam pukul 11 sampai. Memang kami menjangkakan Desaru akan padat tapi tak sangka seramai itu. Penuh. Dah lah hujan. Memang spoiled the mood sungguh. Melilau lah Ekwan ngan adik aku carik tempat nak ber'BBQ. Nasib baik jumpa satu jambatan/jeti lama. Dapatlah kami berlindung dari hujan dan mengisi perut yang dah lapar tahap maksima ini.

Sejuk sungguh. Angin kuat betul. Mengigil-gigil. Terus masing-masing duduk dekat ngan pemanggang. Makan nasik lemak, dengan ayam bakar sambil ditiup angin laut. Memang syiok.

muka-muka tak sabar nak tunggu ayam masak

budak kecik tu sibuk nak mengipas. tak payah lah Cha, angin semulajadi dah sedia kuat

alah, orang tu eksen je lebih. bukan dia pun yang memanggang. ada adik-adik ipar, dia hulur pinggan je lah (:
kalau tak dia lah yang hitam-hitam tangan main arang.

seronok nampak makan ayam panggang tepi jambatan, tapi frust hujan tak teduh-teduh. macamana nak mandi laut ni.

Lama jugak nak tunggu hujan teduh, sampai habis stok ayam daging segala. Tapi sebab dah gian dan tak menyabar, hujan renyai-renyai pun balun terjun laut. Memang sejuk lah, tapi bila masuk laut tak rasalah sejuk angin tu. Kesian kat Eisya lah, tak puas dia mandi laut sebab dia tak tahan sejuk kan. Nak bawak masuk laut sama, ombak kuat.

Seronok aku mandi laut kali ni sebab best lawan-lawan ombak, sampai esoknya sakit-sakit pinggang. 

Memang next time balik Johor kena gi lagi Desaru ni. Nak mandi laut puas-puas.

08 February 2013

Sungguh ke ada tempat ni??

Okay, ini memang kelakar. Sungguh.

Credit: FB Hamka  (Kereta Mayat)

Tapi betul-betl ada ke ni?? Kat mana?? (: Ingat baby je ada daycare center?? Bapak budak pun ada rupanya.

Berani ke nak tinggalkan laki kat sini??

07 February 2013

Aku tak tahu nak letak tajuk apa

Perghhh, minggu yang sibuk. Padat dengan pelbagai agenda. Tahulah nak cuti panjang next week, semua nak cepat. Semua nak segera. Yang kelam kelibutnya, orang-orang bawahan macam aku. Tak cukup kaki tangan dibuatnya. Tapi makan masih sempat. Sebab aku masih mengutamakan makan, keje keje jugak tapi makan masih tetap menjadi keutamaan. Kalau perut lapar, camne nak buat keje.

Tapi ingatan kat blog tak pernah pudar. Aiceehh ayat.

Minggu ni balik JB, lama tak balik JB. Rindu okay. Balik nak hantar kain nak buat baju kat tailor atas recommendation adik sepupu aku. Best jahitan dia katanya. Dan menjadi aku haruslah mencuba kan. Dan dengan gelojohnya ajak Ekwan gi Jakel, borong kain. Nak sedapkan hati dan supaya mendapat restu dari laki untuk membeli, aku kata 'ni kira baju raya sekali ni yang' Dan laki aku kata 'iyelah tu..' Sesungguhnya suami saya sangat mengenali saya.

kaler ni macam cun, tapi tak nak tone ni. ada lain tak dik?? 

ok tak kaler ni yang?? lawa tak?? oren ni kita buat kain, peach buat baju. bila soalan macam ni diajukan kepada Ekwan, jangan harap sangat lah nak dapat jawapan yang memberangsangkan. dia sanggup berdiri depan aku sambil tolong jaga Cha dah cukup bagus. maka sendiri tanya sendiri jawab.

sementara tunggu kain dipotong. Eisya bukan main seronok berlari-lari dalam Jakel ni. mengah abah dia nak mengejar.

                                   
Hajat dihati nak buat baju design macam ni. Tapi macam lupa pulak badan tak sama macam model kat atas ni. tapi nak jugak. Macam mana?? Apa lagi, puasa lah minggu ni. Dan gigihkan diri sapu Fellina. Seksa sungguh nak kurus ni. Takpe..takpe.. pepandailah achik tailor tu nanti.

Dan harap-harap bila raya nanti masih boleh sarung baju ni. Yelah, mana tahu time tu perut dah membuncit tahap maksima. Mana tau kan..

**Ohhh hoiiii tak sabar nak balik kampung ni.




Pasar Kg Serikin, Bau, Sarawak

Kami kat Kuching semalam je. Esoknya pagi-pagi kami terus check-out dan menuju ke Sibu. Dalam perjalanan pulang ke Sibu kami singgah sebentar di Kg. Serikin. Abang ipar aku bawak singgah kat sini sebab aku nak beli tikar evamantic tu. Menjeles aku tengok tikar-tikar tu kat rumah derang. RM15 je sekeping kau. Kat KL ni punyalah mahal orang jual. Lagipun carik kain batik untuk mak-mak pada harga yang lebih berbaloi dengan kualiti yang sama.

Kami berjaya samapai ke sini dengan bantuan GPS dan juga sebab abang ipar aku sekeluarga dah pernah sampai. Kalau tak sesat jugak kot.

turun-turun kereta jumpa kedai jual tikar evamantic. tapi Kak Fatin kata 'ni beli kemudian, terus angkut masuk kete' ok, meh kita shopping barang lain dulu

saya kan pelancong. kenalah amik gambar (: nasib baik ada suami yang rajin layan kerenah bini dia. tapi lepas tu dia terus passed kamera kat aku.



Macam-macam ada jual kat sini, sediakan je duit. Harga pun boleh tahan murah lah. Mungkin sebab belum berjalan jauh kan stok ni. Kain batik, kain pelekat memang murah lah. Kalau yang harga 40-50 kat Jalan TAR, kat sana boleh dapat RM16 je. Tu pun sibuk kitaorang minta kurang lagi sebab beli berhelai-helai kan. Kain pasang pun boleh tahan cuma aku tak berkenan je. Corak dia tak berapa memikat hati.

baju budak pun ada. 

telekung pun murah. yang RM70-100 kat Jalan TAR, kat sini RM35 je. tapi sebab aku baru beli telekung, aku belikan untuk mak aku lah sehelai. dan sehelai telekung travel untuk diri sendiri. tapi bila try macam pendek lah pulak.takpe aku tau nak bagi kat sape (;

Kak Fatin sangat hebat bab meminta diskaun. (;

Pasar ni ada hari Sabtu dan Ahad je. Kami datang hari Ahad, tengahri pulak tu. Maka stok macam dah tak berapa banyak dan menarik. Tapi tu pun puas memilih. Dan Alhamdullilah, masa kami datang ni cuaca agak redup. Kak Fatin kata masa diaorang datang dulu punyalah panas tempat ni. Rezeki kami. Lagipun Eisya macam kurang sehat sikit, tiba-tiba selsema teruk dan macam nak demam. Dia letih kot. Asyik berjalan je, tidur pun tak puas. Tapi bila masuk kereta, pasangkan cd. Segar pulak dia. Drama lebih dia ni.

Masa nak balik sempat beli buah rambai. Lama sungguh tak makan. Sedapnya. RM2 je seikat. Puas makan.

Buah belimbing merah tu pun macam rambai isi dia. 

Lupa lak aku nak amik gambar bonet kereta. Penuh. Memborong sungguh. Tapi dah datang jauh-jauh kan, sekali sekala. Beli puas-puas.


03 February 2013

Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Dua ni adalah benda wajib beli kalau dah sampai ke Kuching. Bukan setakat beli, borong kot. Tapi aku takdelah beli banyak sangat. Sekadar cukup untuk keluarga. Sebagai souvenir. Dan juga untuk family sendiri. Dah datang jauh-jauh, boleh tahan juga membeli. Lagi-lagi kek lapis. Dah lah warna -warni, lawa-lawa corak dia. Mengoda ok. Rasa pun sedap. Terus hilang kawalan sekejap.

Kek lapis Mira ni sedap. Dia lembab. Aku memang suka yang lembab-lembab. Lagi-lagi cadbury dia. Kalau pergi lagi, aku nak beli cadbury ngan sisik ikan je banyak-banyak. Mahal sikit tapi dijamin sedap dan mampu dihabiskan sekali hadap. Pembelian yang sangat berbaloi.

beriya laki aku tunggu signage kat atas tu display kan 'MIRA CAKE HOUSE' bagus ada photographer yang tahap passion tinggi macam ni.

penuh bakul masing-masing.

lepas kek, terubuk pulak. nasib kedai sebelah meneybelah je. Terubuk masin dia sedap, aku baru je masak lemak cili padi. 

penuh tangan kiri kanan, Eisya pun kena tolong bawak 

Selepas lelah shopping, kami isi perut kat foodcourt Kg Boyan. Barulah dapat merasa mee kolok. Oklah, sedap je bagi aku. Dan makanan kat sini baru menepati citarasa Ekwan. Berselera sikit pakcik tu makan. Hahaha.. kesian laki aku. 

Entry Sarawak aku dah nak berakhir dah, lepas ni tak payah hadap entry Sarawak aku lagi. Tunggu bulan 6 lak nanti. 

01 February 2013

Kuching, Sarawak

Dari Borneo Highland Resort kami ke Kuching. Sebab esoknya mahu ke Pasar Serikin. Lagipun mahu membeli kek lapis. Kek lapis Sarawak ni, yang kat Kuching je sedap. Sebab rasa yang kat Sibu macam tak berapa menepati piawaian rasa. Kurang kick. Dari Borneo Highland Resort nak ke Kuching dekat je, tapi dalam sejam jugaklah. Dekatlah lagi compare perjalanan dari Sibu aritu. Kat Kuching kami bermalam kat hotel bajet je. Setakat nak tidur je, jadiklah.

Tapi bajet pun RM115 gak. Mentang-mentang hotel depan Waterfront. Hotel ala kadar pun mahal. Hotel aku kat Labuan yang RM98 tu pun lagi best ok. Tapi layankan je lah.

Kuching Waterfront Lodge.

Kami sampai Kuching dalam pukul 2, lepas check-in. Mandi-mandi, rehatkan diri. Lepas asar Kak Fatin dah whatsapp ajak keluar semula. Nak gi naik sampan beli kek. Tapi sebelum tu aku shopping beli souvenir dulu kat kedai sebelah hotel. Senang. Malas nak mencari kat tempat lain. Beli 2 helai t-shirt, fridge magnet dan keychain. Semuanya berjumlah RM80. T-shirt budak takde kain yang elok sikit. So Eisya takde t-shirt Sarawak. Next time okay baby. 

kain batik dia lawa-lawa tapi mahal. maka tak beli, lagipun esok nak gi Pasar Serikin

pilih Fridge magnet pun pening kepala. pastu pening pilih shirt lak

ibu shopping anak bawa diri dengan sepupu

Aku beli fridge magnnet kat kedai ni, 4 bijik RM10. Sekali masa jalan-jalan kat Waterfront menuju ke sampan melambak orang jual 5 pcs RM10, yang 6 keping RM10 pun ada. Memang kena gelak lah aku dengan Ekwan. Sebab tadi dia dah sound suruh tengok kat kedai lain gak tapi aku gelojoh semua borong kat kedai tu. Padan muka aku.

Lepas borong souvenirs terus menuju ke Kuching Waterfornt dan mencari jeti sampan nak menyeberangi sungai nak membeli kek lapis. Teringin nak naik cruise tapi tak sempat. Misi nak membeli kek lapis perlu dijayakan terlebih dahulu.

berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

berjalan menuju ke jeti sampan 50sen

5 pcs RM 10.

mereka ni semua dah jauh ke depan, kami gak terhegeh-hegeh kat belakang. biasalah tak fit

penat berjalan, akhirnya jumpa gak sampan yang akan bawak kami ke seberang sungai.

gayat jugak sebenarnya

yang berat semua duduk one side terus sampan senget sebelah. hahaha. Eisya cuak je naik sampan ni. Dia pegang Ekwan punyalah kuat, tak lepas langsung lak tu.

bergambar adalah kemestian. kata pelancong.

pemandangan di tepian sungai Sarawak. malam-malam lagi lawa.

Sampai-sampai terus menuju ke Mira Cake House. Kak Fatin kata ni lagi sedap. Aku yang tak tau apa ni setuju je. Kek lapis bagi aku dah cukup sedap. Kami sampai dah lewat petang, pilihan pun dah tak berapa banyak. Tu pun boleh buat pening kepala nak memilih. Ikutkan hati semua nak ambil sumbat dalam bakul. Beli 10 ketul dapat free 1. Memang lebih lah dari 10 kan, Kak Fatin memborong je penuh sebakul. Ramai yang memesan.

Kos perbelanjaan di Kuching: RM360

Hotel = RM115
Souvenirs = RM80
Kek Lapis = RM100
Ikan terubuk = RM30
Makan malam = RM30

Udang Lipan Labuan

Masa beli aku pun tak tahu udang apakah ini, sebab dia dalam plastik dah dibekukan. Boss aku kata 'beli ni hidayu, baby lobster ni. murah ni. kat KL takde' Dan aku pun amiklah masuk dalam bakul. Harga pun  ok lah, RM35 sebungkus. Ada 7 ekor dalam tu. Bila balik, time nak masak. Bila keluarkan dari wrapping dia aku laki bini ' udang apa ni yang??' Seram pun iye jugak tengok rupa dia.

Dan terus aku google dan whatsapp kawan-kawan tanya udang apakah ini.

Udang Lipan/Ketok dari Labuan sedang di defrost

Mostly kata 'Udang lipan la dayu..' Memang main beli je aku ni. Pastu kelam kelibut tak tahu macamana nak siang udang ni. Kulit dia bukan main keras lagi. Beriya aku tanya kat FB/Twitter segala. Tapi sudahnya dengan tak menyabar aku potong 2 udang ni. Dan terus masak sambal udang lipan. Tapi bila aku google udang lipan takdelah sebesar ini, mungkin spesies kat Labuan lain sikit kot.

Sambal Udang Lipan.

Sedap weh!! Manis je rasa isi dia. Lembut je. Mungkin sebab segar kot, walaupun dah disejuk bekukan. Uncle kedai tu kata, baru semalaman je dibekukan. Aku caya kan ajelah. Tapi serius, memang sedap. Lagi sedap dari lobster. Next time gi Labuan, memang aku borong udang ni jelah banyak-banyak.

Next time aku share kat mana nak beli seafood kat Labuan.

Bye Borneo

Selepas menikmati keindahan, ketenangan dan kesegaran Borneo Highland Resort.. kami beransur pulang. Cukup semalam menginap di sini. Terlalu indah. Terlalu seronok nak digambarkan dengan kata-kata. Syukur sangat berpeluang merasa semua ni. Kalau ada peluang dan rezeki, Insya Allah kami datang lagi. Tapi kami datang dari Kuching, tak daya nak datang dari Sibu. Land travel dia sangat mencabar.

Selamat Tinggal

We were having so much fun here.

Borneo Highlands Resort best.
Eisya tiada dalam gambar sebab dia dah tertidur. Keletihan berphotoshoot.

Dari Borneo Highlands Resort kami menuju ke Kuching meneruskan misi Sarawak Tour kami. Plan ke Kuching adalah perancangan mengejut petang semalam ketika 2 beradik lelaki itu duduk di dalam sauna. Keluar-keluar mereka kata 'esok lepas check out kita gi Kuching' Tahu tak aku dah takde baju nak pakai. Kata semalam je kat sini. Saja tau.