25 February 2013

Carboot Sales

Persoalannya: Kat Kuala Lumpur ni ada ke carboot sales ni??

Bila google , tak banyak maklumat yang diperolehi. Yang keluar car boot sales kat stadium shah alam, kat Tasik Titiwangsa. Tapi aku was-was..sebab bila bukak link-link tersebut, ianya bukan car boot sales. Memang orang niaga bawak barang isi kat boot kete, pastu display. Tapi mostly jual barang baru atau lebih tepat 'meniaga' Siap kena apply lesen bagai. Tu bukan car boot sales namanya. Sebab ikut kepahaman aku, kalau carboot sales ni kau jua; barang terpakai, barang yang kita tak nak lagi tapi masih elok. Nak bagi kat orang, sayang.. Nak simpan, rumah 850sq feet je, takde ruang kosong dah. Carboot sales ni salah satu cara nak mengosongkan rumah lah kaedahnya. 

Paling penting aku nak letgo baju-baju kurung moden zaman anak dara, yang memang aku yakin dan pasti tak kan muat kembali. Dari buat penuh almari, sampai tak cukup ruang nak gantung baik aku jual. Lagipun sayu ok bila kemas-kemas dan terpandang baju-baju itu semua. Kemeja-kemeja saiz S Ekwan pun aku nak lelong. Dan juga tudung-tudung aku yang dah tak cukup ruang. Jual RM2 sehelai sudah. Baju kurung aku nak jual RM20 je. 

Ada sape yang nak?? Hehehe.. Baju Eisya pun aku rasa nak jual, tapi sayang lah pulak. Takpe, baju Cha boleh KIV dulu.

Antara lokasi car boot sale *katanya..tp bagi aku tal memenuhi kriteria sebenar carboot sales* :
1. Anggerik Mall Shah Alam (Setiap ahad, 10am - 6pm)
2. Jalan temerloh, Taman Tasik Titiwangsa - Sabtu & Ahad (8am - 5pm) ni tak pasti wujud lagi ke tak, mcm takde je dah.

Tapi aku ada jumpa satu website, ni memang betul-betul carboot sales. Memang tujuannya untuk beri peluang menjual barang terpakai. Bayar RM5 je, dan hasil kutipan bayaran penyertaan akan disumbang kepada masjid atau badan-badan kebajikan. Suci murni niat penganjur. Siap tak dibenarkan menjual barang-barang baru. Hanya barang terpakai dibenarkan. Boleh refer FB: GoodsCycle. Organizer ada website, tapi macam down lah pulak website dia. 

ini baru suasana sebenar carboot sales

carboot sales anjuran GoodsCycle di Bandar Seri Putra

Carboot sales ni ada 3 lokasi: kat  Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan Bandar Baru Bangi. Agak jauh lah dari lokasi rumah hinggap aku ni. Tapi aku dah suarakan hasrat nak jadik booters kat Ekwan dan dia setuju.  Aku pasti dia pun dah serabut dengan keadaan rumah yang penuh dengan barang tak pakai itu. Cuma tak pasti lagi bila nak join. Ekwan kata 'jomlah jadik buyers dulu, kita tinjau kawasan macamana' Papelah.. walaupun ikut hati aku, tak payah nak tinjau-tinjau, redah aje. Tak sabar kau nak kasik clear rumah. Nak jual oven lama, nak jual kipas, nak jual stroller Cha. Lapang stor aku. Hahahahah.. Aku dah tak peduli pasal harga, yang penting stor aku kosong.

Hasil jualan, boleh shopping kat IKEA. *gelak besar*

Patut kena register kat website dia: http://goodscycle.org, tapi tak leh access la pulak. Tak sabar nak join ni. Sape yang berdekatan, jomlah. Sambil membeli kita menderma.

31 comments:

  1. bila dah confirm dapat tempat untuk bukak carboot nanti rojer2 la ye.. boleh ahkak gi terjah! :)

    ReplyDelete
  2. best wey.... bangi kat mana hah? kul bape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat bandar baru bangi, nk details kena tggu website dia pulih kembali. tp awal pagi lah carboot sale ni

      Delete
    2. dayu.. baju ko size apa dulu2 tu? jual kat haku kalo size S or XS.. haku nak...

      Delete
    3. kemeja aku dulu S, pastu M., skrg L/XL *nanges raung2*
      nanti aku filter smula baju2 lama
      yg dah tak muat tu..
      aku bukak kat kawan2 dulu lah

      Delete
  3. gud info dayu...
    webnya dah boleh bukak...
    http://goodscycle.org/index.php/calendar
    Latest kat bangi :
    Goodscycle Bandar Baru Bangi S4
    03-03-2013 7:00 am
    Padang Tahfiz Al Amirin Seksyen 4

    *nak join gaklah, tapi kene war2kan bersungguh kalau tak, orang tak tahu tak ada buyer juga*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh lagi lah ayu.. alhamdullilah tgk update kat FB mcm meriah dah. dan marilah gunakan kuasa blogger kita untuk mempromosi (:

      Delete
    2. erkk takleh ke..
      bukak ni ok je..
      part register pn ok je..

      Delete
  4. tudung rm2 je? bg kak fatin pilih dulu kalau camtu.......hehehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah...tudung bawal beli selai RM10, leh la lelong rm2-3 kan
      balik modal tambang gi jalan TAR (:

      Delete
  5. ooh.. baru sy tau definisi car boot sale ni..selama ni sy ingat jual barang baru..

    ReplyDelete
  6. Bagi tau aku juge..Aku pun nak terjah..Hehehehe~

    ReplyDelete
  7. Atau satu lagi kan, kalau ko nak letgo barang2 yang masih ok, dan nak clear stor dengan segera. Salah satu cara aku buat, gi kat cash & converters. Sane dia akan check dulu barang kite, pastu dia amek murah2 mengikut nilai barang tu. Bagi aku occaylah, asalkan stor clear kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cash & converter eh.. aáh kan, itu option menarik gak tu.
      akan di usulkan..
      siyes beb, stor dh tak muat ni.
      serabut mata aku

      Delete
    2. hah cash & converter dekat je kan dgn dayu..
      rasanya area mentari court depan sunway tu ado..

      Delete
    3. cash converter tu kat mana specific nya ley tau?

      Delete
  8. kalo ade kt kuantan aku dulu yg join..nk buang sayang brg2 yg banyak..kalo jual kan best

    ReplyDelete
  9. kalau dapat info pasal car boot sale tu boleh share x. Ini email: trendybrandedoutfit@gmail.com

    sesapa yang berminat nk baju2 branded dgn harga murah jgak bleh email saya. Saya nk clear off stock2 lama dari kedai pakaian kami. Jenama2 sperti ESPRIT, PADINI, POLO, ZARA, POLO KIDS, ESMARA, H&M etc..suma original tapi reject stock..

    ReplyDelete
  10. kalau ada info tentang car boot sale kat taman tasik titiwangsa tolong email kan ye: trendybrandedoutfit@gmail.com

    saya nk clear stock2 lama baju2 di kedai..Mcm2 jenama trkenal sprti ESPRIT, POLO, POLO KIDS,ESMARA, ZARA, H&M etc. Original tapi reject stock.

    sesapa berminat bleh layari facebook saya:
    arlinaalias@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. waa...mcm best jer..elok gak ni, leh clearkn stok yg smpi pintu pun xleh nk bukak tu..haha

    ReplyDelete
  12. lau ade leh update saya tak... fb: kedai kl
    huhuu nak clear stok bundle ni jeans branded/baju/tudung..sbb nak buka butik sendiri dah...tak jual bundle lagi lepas ni... kalau ade area kota warisan pun bagus gak

    ReplyDelete
  13. sy ader info psal car booth sale di bestari de kota, setiap ahad 1 tapak rm10.00..cube uoslll cek kat FB...bcos i pun joint gaks... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. real car boot sales
      www.facebook.com/CarBootSaleDamansara

      http://www.youtube.com/watch?v=ncW_nusMcXQ

      Delete
  14. Real car boot sale, hanya barang terpakai sahaja dibenarkan. meniaga bukak bonet kereta. Hehehe..
    ww.facebook.com/carBootSaleDamansara

    ReplyDelete
  15. still meniaga di car boot sale bukit mahkota lg ke??

    ReplyDelete
  16. Car booth sale Bukit Mahkota, Bdr seri putra sy every week join cuma bulan puasa je ttp...insya ALLAH pas raya bukak bali tp Bukit mahkota N Bdr Seri putra mmg meriah....

    ReplyDelete
  17. Car Booth Bukit Mahkota still ada lg...bdr seri putra pn sama....bulan pusa ni dorg stop dl...pas raya br start balik

    ReplyDelete
  18. kat area mana ye specificnye kat bukit mahkota n bdr seri putra tu? sbb sy duk area dengkil. selalu jugak lalu bukit mahkota kalau nk ke nilai.. mmg wajib pegi ni carboot sale ni. tq

    ReplyDelete