18 March 2014

Menghitung Hari

Hari ni dah masuk minggu ke 36. Lagi sebulan sebelum rasmi bergelar ibu beranak 2. Due date yang diberikan 17 April 2014. Disebabkan aku berada dalam kategori kandungan 'berisiko tinggi' memang confirm lah aku tak deliver adik baby melebihi tarikh due date yang diberikan tu. 

Bolehlah mula pangkah kalendar, mengira hari bersalin.

Insya Allah, kali ni aku memilih PPUM untuk melahirkan. Sebab PPUM yang paling dekat dengan rumah. Dari opis pun PPUM yang paling hampir. Kena amik kira hospital berdekatan opis juga sebab aku memang tak rancang nak amik cuti awal macam time mengandungkan Eisya dulu. Walau hakikatnya, aku lagi cergas time tu berbanding sekarang. Dengan kena memanjat tangga 4 tingkat setiap hari, ada juga Ekwan cadangkan aku amik cuti awal. Tapi achik sayang cuti weh, rugi. Nanti kena naik keje awal. Takpelah, gigih dan gagahkan lah diri.

PPUM agak cerewet menerima patient nak yang berhasrat nak bersalin kat tempat dia. Kena booking awal-awal ok. Aku dari awal bulan 2 dah gi booking. Tu pun akak nurse tu kata nasib baik datang awal. Perghhh, memang ramai pilih nak bersalin kat PPUM gayanya. Rekod dia baik, jarang dengar orang komplen yang bukan-bukan. Tu semua pilih PPUM. Tapi kalau Hospital Serdang dekat dengan aku, aku pilih Serdang lagi kot. Sebab masa Eisya dulu, Alhamdullilah memang puas hati.

Masa admitted sehari kat PPUM time 33 weeks aritu disebabkan bleeding, aku dah amik feel sikit keadaan wad kat PPUM. Alhamdullilah, memuaskan lah. Cuma tang makanan dia lah. Tasteless sungguh. Tapi nurse semua baik-baik. Tapi kalau dah namanya hospital universiti, memang ramailah student berlegar-legar. Doktor-doktor pelatih pun asyik tersembul kat hujung katil. Bagi aku, aku ok je. Derang nak belajar kan, kalau tak bagi peluang macamana nak pandai. Sama jugak kes macam aku dulu, menempek je tepi senior engineer menuntut ilmu.

Tarikh booking aku 17.3.2014. Semasa 36 weeks. Kira sebelum diterima untuk bersalin kat PPUM. PPUM akan pastikan dia ada rekod pesakit. Dah macam 1st check-up pulak aku rasa. Dah lah banyak maklumat dalam buku merah aku takde walau hakikatnya ujian tu dah buat kat KK Tanglin. Dah kena buat semula kat PPUM. Layankan je lah. Daripada tak diterima nanti. Tapi yang geramnya boleh pulak doktor PPUM tak puas hati dengan result BSP aku. Doktor kat KK Tanglin tak kata apa pun. Ok je. Hmmm, siap refer aku ke Endocrinologist. Sebab dia berhasrat untuk suruh aku amik insulin. Tak mahu aku. 

Dan terus pantang gula secara gigih. Sebelum ni pantang juga tapi macam langgar-langgar pantang gak. Lagi-lagi time lunch ngan dinner. Time breakfast ok lagi, makan sikit tapi kerap. Time lunch ngan dinner selalu gagal. Tapi bila doktor PPUM kata nak suruh aku amik insulin, terus 'ok..ok..makan sikit tapi kerap' Sape tak cuak beb bila memikirkan risiko-risiko disebabkan kencing manis semasa pregnant ni. Baby besar aku macam bleh terima lagi. Risiko yang lain tu yang buat aku cuak terlebih.

Berharap sangat baby akan membesar dengan sehat dengan sempurna. Selamat dilahirkan. Risau weh. Sebab tak tahu kan macamana dia kat dalam tu. 

3 comments:

  1. Dayu...aku dulu pun mcm tu gak. Kalu setakat diet kontro je. X perlu insulin pun....elakkan...kalu doc pkar pun x bagi...kcuali tinggi sgt bsp...x semestinya besar....aku dulu dua2 org kecik je...2.7 dan 2.6kg je

    ReplyDelete
  2. masa wife saya pregnant kali ke3 , dlm kandungan baby kembar boy. akibat wife ada kencing manis , hanya seorang baby sahaja yg survive , yg adik kembarnya berenti denyutan masa last checkup kat hospital. rupanya da seminggu seorang baby tidak bernyawa dlm kandungan dan abg kembar yg survive tu sekarang da darjah 1 , syukur sihat wal'afiat.

    ReplyDelete
  3. All the best Dayu and semoga dipermudahkan semua :D

    Take good care.

    ReplyDelete