Kali ni aku berpantang ketika musim hujan. Setiap petang hujan. Seronok lah kan. Best je tidur petang-petang. Memang selesa. Takdelah rasa berlengas kepanasan duduk dalam rumah. Berbeza sungguh masa pantangkan Eisya dulu. Dulu lahirkan Eisya hujung bulan 4 gak, tapi masa tu Malaysia tengah panas terik. Rumah Mak ayah aku pulak jenis atap rendah, memang sauna free aku setiap hari. Kul 11 je aku dah mengelupur. Berpeluh satu badan. Tapi hasilnya, memang terbaik. Habis pantang, body mengalahkan zaman bujang. Kurus habis aku, semua lemak-lemak mencair. Dalam seminggu pun dah nampak perbezaan.
Kali ni...hmmm..entah tercapai tak misi 25kg aku. Aku pun hajat tinggi melangit. Target 25kg trus. Ni dapat 10kg pun dah syukur. Pantang kali ni memang betul-betul pantang koboi. Pantang jaga makan je. Bengkung semua ke laut. Paling aku setia pun bertungku. Sebab aku enjoy sangat bertungku. Tekap batu panas-panas bawah perut, rasa macam terbakar lemak-lemak. Hahaha..tapi bukan tu sebab utama aku rajin bertungku. Aku jadik rajin bertungku sebab akak birasku kata kalau rajin bertungku, insyaAllah susahlah bentan.
Aku kan berpantang sendiri kali ni. Minggu pertama je Mak aku datang tolong urus dan jaga aku. Merasalah macam puteri raja seminggu. Semua Mak buat kan. Makan pun Mak hantarkan ke meja. Rasa dimanjakan sungguh. Mak tak boleh nak stay lama kat sini, dia kejekan. Lepas mak balik, uruskan lah diri sendiri. Nasib Mak ekwan boleh datang tolong temankan aku pulak. Adalah orang tolong uruskan rumah. Tolong basuh baju. Tengokkan adik sementara aku nak makan, nak mandi. Next week, bermulalah fasa pantang sendiri aku. Insya Allah, aku boleh.
Badan pun dah sehat rasanya. Aku rasa larat je. Setakat nak memasak untuk aku makan, insyaAllah daya je. Kain baju kita dobikan aje. Sapu rumah...ekwan buat. Dia tak buat, aku tak benarkan sesiapa datang rumah aku. Hehehe...mungkin panggil orang datang kemas rumah time weekend je lah. Basuh bilik air, kemas dapur, mop lantai smua..
Nape dalam pantang tak boleh menyapu erk? Katanya tu lah benda paling dilarang buat time berpantang. Boleh smpai bentan katanya..