01 April 2014

Dugaan

Alahaiii, aku rasa banyak sungguh dugaan mengandung kali ni. Macam-macam. Dengan masalah kencing manis. Sekarang kencing kotor (UTI) pulak. Aduhai...nak salahkan faktor usia semata macam tak patut. Pemakanan?? Hhmm..rasanya dah cukup berjaga dah. Kalau ikutkan, macam-macam aku teringin nak makan sementara menunggu hari ni. Tapi disebabkan masalah-masalah kesihatan ni, kena menahan nafsu. Dah lah lepas ni kena pantang, ada potensi menjejeh air liur anak aku nanti.

Sebelum ni memang dah pernah kena kencing kotor ni. Seminggu kena telan antibiotik. Dan semalam, masa check-up kat PPUM, trace lagi.. Mungkin juga pagi sebelum check-up tu kurang minum air. Dan kembalilah menelan antibiotik untuk seminggu.

Lagi 2 minggu. Tak sabar. Sebab dah tak larat nak bawak badan. Opis aku kat tingkat 4. Building takde lif. So setiap hari kena panjat tangga 4 tingkat. Memang tak larat kalau ikutkan, tapi gagahkan diri. Dan aku rasa, kalau hujung 39 minggu masih juga tak bersalin. Aku apply cuti awal lah. Duduk rumah, rileks-rileks menunggu masa. Sambil kemas-kemas rumah sikit. Gosok-gosok perut suruh adik keluar. So, last day aku keje 11hb April 2014. Walaupun macam sayang nak korban cuti 4 hari sebelum 17/4/2014 tu.. cuti je lah. Jangan kedekut cuti.

*balik ni rebus barli.

5 comments:

  1. yup barli is good!!.. n minum air masak byk2 nyer... baby sila bersalin hari keje tau..senang aunty nk gie terjah time lunch =)..hihii.. gluck dayu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp dlm kes aku kena minum barli tanpa gula...kurang sikit nikmat dia..
      kesian sungguh kat diri rasanya

      Delete
  2. Orang selalu ckp, dugaan byk time pregnant ni insya allah dgn izin allah swt mudah proses bersalinnya... all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah..semoga benar bagai selalu dikatakan itu.

      Delete
  3. wah sekejap je masa berlalu..tengok tengok blog..dayu dah nak bersalin dah..

    ReplyDelete