07 May 2014

Adjusting

Kami berdua. Ke bertiga??? Ekwan aku tak pastilah macamana keadaan dia selepas dah jadik abah beranak 2 ni. Tapi aku ngan Eisya memang betul-betul mengalami fasa perubahan kehidupan. Aktiviti harian kitaorang 2 beranak dah tak sama. Berubah 100%. Eisya bukan lagi satu-satunya anak yang perlu diberi perhatian. Sekarang masa, tenaga dan perhatian aku perlu dibahagi 2. Tapi bila pembahagian tu macam tak sama rata aku rasa kesian pulak kat Eisya.

The 1st week lagi huru-hara. Memang sedih sangat bila dikenang. Rasa bersalah sangat kat Eisya. Aku masih belum dapat ikut rentak Elma. Masa tidur dan jaga dia masih belum tetap. Aku banyak luangkan masa ulit Elma, breastfeed dia. Masa aku sepenuhnya untuk Elma. Aku harapkan Mak untuk uruskan Eisya. Tapi mungkin Eisya saja nak perhatian dari aku. Dia tak nak Mak uruskan dia. Tetap nak makan aku suapkan, ibu jugak kena mandikan dia. Nak tidur dengan ibu. Aku yang letih ni senanglah nak mengamuk bila dia tak dengar kata. Dengan menyepah rumah sesuka hati. Memang saja nak menguji kesabaran aku.

Ada 1 malam beriya aku marah dia. Aku dah mengantuk tahap maksima, dia still tak nak tidur sedangkan dari pagi tak tidur langsung. Suruh kemas mainan pun tak nak. Beriya aku marah sambil kutip smua mainan dia campak masuk tong sampah. Diam je dia. Pastu baru ikut cakap aku. Bagi susu, tahu-tahu tertidur dah. Bila tengok muka dia tengah tidur tu, sayu pulak rasa. Tak pasal-pasal aku menangis. Rasa bersalah sangat marah dia beriya sangat tadi. Sampaikan dia tertidur dalam keadaan tak puas hati kat aku.

Tapi aku letih. Malam berjaga. Elma time tu dari pukul 4-6am mesti berjaga. Siang lak aku tak boleh nak qada' tidur sebab layan Eisya. Nak tidur pun tak berani kalau dia tak tidur sama. Risau dia mengeram terlebih kat Elma. Tu yang senang sangat nak marah. Kesimpulannya aku tak boleh uruskan Eisya dan Elma siang malam. Eisya kena gi nursery gak siang hari. Aku perlukan rehat di siang hari supaya aku lebih bersabar di malam hari.

Aku dan Eisya sama-sama sedang sesuaikan diri dengan kehadiran Elma. Sebenarnya Eisya terima Elma dengan sangat baik. Dia sayang adik dia. Asal Elma bangun je mesti dia cium beriya, sampai risau aku tengok. Dia tak tunjuk langsung dia rasa tergugat dengan adanya Elma. Dia pandai bawak diri. Tengok TV sorang-sorang pun dia tak kesah. Bila tempat tidur dia diambil Elma pun dia tak marah. Dia tak cuba nak rampas. Redha je dia tidur kat depan dengan abah. Adakalanya tidur sendiri sementara tunggu abah balik. Eisya memang anak yang sangat baik dan memahami. Cuma mungkin aku yang terlalu mudah nak marah, aku mengharapkan lebih sangat dari dia. Maafkan ibu sayang.

Insya Allah, aku cuba untuk lebihkan perhatian kat Eisya. Tak nak sampai dia rasa tersisih. Alhamdullilah, dah hampir 3 minggu adanya Elma, aku dah dapat sesuaikan diri. Bukan senang nak jadik Mak beranak 2 ni. Lagi-lagi lama sangat selesa uruskan anak sorang. Alhamdullilah, Eisya pun makin cooperate. Malah rajin tolong aku uruskan Elma. Kalau minta dia amikkan barang-barang adik, laju je. Kalau Elma merengek skit je pun cepat-cepat dia bagitau 'ibu, adik bunyi-bunyi' Risau sungguh dia.

Sayang kamu berdua. Kamu berdua segalanya buat ibu. 

8 comments:

  1. biasa tu mcm saya beaza sethn setengah ja..hari2 bergaduhh tp sayang adk dia..:)

    ReplyDelete
  2. haha dayu.mcm elly mula2 dulu.lg la isya manja dgn papa dia.tp papa pun xda.papa kat kl.mama,dgn x shat lg tpaksa kelek adik.nak layan dia 24 jam tak dpt.dgn atok taknak.mandi tdo suma mama.plg teruk klu ada sedara mara dtg ramai2 bwk hadiah n terpa kat adik.lg dia wat perangai.elly, tak tahan nak marah last2 nangis.mak kata mcm nak meroyan.nak x nak tpaksa pgl papa.

    ni da s2 rumah,alhamdulilah.mgu ptama je wat prangai.da lama2 ok.tp bab amek brg adik mmg rajin.dgr adik yak cpt je amek pampers.

    hehe tp memang kna antar nursery.klu tak pengsan dayu.hehe

    eh pnjg pulak komen.

    ReplyDelete
  3. comel Elma ni tauu.

    jemput join http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2014/05/jom-buang-lemak-sebelum-raya.html
    tq

    ReplyDelete
  4. sebijik mcm masalah aku masa Nazif baru lahir dulu. Peel Eisya sama dgn Naurah. Mcm baca kisah sendiri je hehe

    its normal babe. lama2 nanti we can cope. insyaAllah =)

    ReplyDelete
  5. Mmg kena lebihkan sabar. Dan redha mass unt diri sendiri dah tak berapa ada bila dah beranak 2 ni.

    ReplyDelete
  6. betul kak, saye pon dulu mcm tu kak.. kate mak saye, yg sulong saje nk tgok mak die sabar ke tak dgn die bile da ade adik baru.. saye mcm akak la, bile yg sulong da tidur n saye renung, terus nangis n menyesal marahkan die.. pdhal mase tu die dpt adik umur die baru 2 tahun 1 bulan.. skrg da ok da.. adik pon dah besar dah setahun 7 bulan.. seronok bile anak bertambah ni.. riuh rumah.. hihi

    ReplyDelete
  7. ianya normal dayu..masa mun berpantang dulu pun..mirza asyik buat hal jek....sekarang dah ok dah...bolehlah diharapkan jugak

    ReplyDelete
  8. Sebijik kejadian masa kita mula2 bersalin anak kedua haritu. Sedih frust semua ada...

    ReplyDelete