Aku rasa tahap mengidam aku adalah lagi dasyat sekarang ni berbanding semasa mengandung dulu. Masa pregnant dulu takdelah teringin macam-macam. Kalau rasa teringin pun takdelah sampai rasa nak sangat-sangat, kalau tak dapat pun takpe. Tapi lepas habis pantang ni, macam-macam aku teringin. Tekak teringin itu ini. Dahlah duduk rumah asyik hadap TV je kan. Asal iklan barang makan, mulalah tekak aku teringin. Ekwan kata aku ngada-ngada mengalahkan Eisya. Hahaha...tapi memang iye pun.
Alahh.. Eisya dia ngada-ngada, kuar ayat 'abah, nak ni' time iklan legoland je. Aku time iklan ice cream magnum, iklan nescafe caramel latte, time iklan subway semua aku kuarkan bunyi 'yang, nak ni...esok awak belikan eh...' Hahaha..memang tak kuasa ekwan nak melayan. Aku pun saja-saja cuba nasib bermanja, mana tahu murah rezeki permintaan dilayan.
Tapi paling aku teringin Nescafe Smoovlatte tu kot. Dari dalam pantang bila tengok iklan dia terasa-rasa lalu kat tekak. Macam sangat sedap je coffee susu dia tu. Terigin sangat. Berkali pesan minta ekwan belikan tapi pakcik tu asyiklah lupa. Lagi aku frust bila dia kata dia dah minum smoovlatte tu...rasa macam kempunan okay. Beriya buat muka sedih. Agaknya dia kesian tengok muka kempunan aku, beriya teringin malam tu dia belikan. Katanya sampai 3 7eleven dia masuk carik nescafe smoovlatte tu. Sayang pun kat bini.
Memang lazat wehh air kopi susu ni. Tak cukup sebotol. 1 botol ni 190ml je kau. Botol dah lah kecik, pastu tak penuh pulak. Kalau minum time haus, tengah panas.. 2 kali teguk je kot. Sebab aku minum kat umah, dalam suhu rumah yang dah disejukkan aircond sambil tengok tv, dapatlah aku nikmati rasa dia betul-betul. Sedap memang sedap tapi tak cukup sebotol lah..
Harga boleh tahan mahal. Sebotol kecik ni, RM3++
Cukuplah dapat merasa. Lagipun, aku kan breastfeeding mana boleh minum kopi sangat. Kira ni orang kata jangan sampai kempunan, sekadar merasa. Dah dapat sebotol ni termakbul lah permintaan tekak. Terima kasih kepada suami tercinta sebab tunaikan keinginan saya.
*tetiba rasa 'eh ko dayu, air kopi pun nak citer ke?? hahaha..
hii seb bek aku tak minum kopi so tak terlior hahaha kalau ko tanyang gamba ketam mcm mid selmalam mmgggggg mmmggggg saja cari nahas hahah
ReplyDeletearghhh dan-dan ni lah aku terlior weh. Nampak sedap. Btw, aku penggemar kopi tegar. Sehari mesti nak gak secawan kopi o. Mak aku kata kopi penggalak susu. Tatau aa betul ke tak. Tapi so far, macam ada betulnya teori mak aku tu. hahahaha
ReplyDelete