21 August 2014

Have Fun Chacha!!

Hari ni Eisya ada lawatan ke Tugu Negara dengan Planetarium. Tema bulan ni kat taska 'Jalur Gemilang' Tu cikgu bawak ke Tugu Negara. Alahai, macamana lah anak aku. Hajat hati nak join sama, tapi takde mak bapak lain yang join, macam mengedik lah pulak kalau tiba-tiba aku sorang yang join kan.. macam 'over nya kau ni, trip anak pun nak join sama'

Risau sebenarnya. Tapi percaya je lah kat cikgu-cikgu dia. Lagipun dia dengar sungguh kata cikgu. Dengan ibu abah je terkinja-kinja, susah bebenor nak dengar kata.

duduk dalam barisan. breakfast sebelum bertolak pukul 9am.

Have fun baby!! Baby lah sangat. Baby tua. Mesti berminggu aku kena dengar segala cerita aktiviti dia hari ni. Baguslah, maknanya dia seronok. Pergi dengan kawan-kawan kan, bermanfaatlah gi tempat gitu. Kalau ngan ibu abah, takde pengisian..sekadar amik gambar je lah pun..

Tak sabar lak nak dengar citer dia petang ni.

Budak yang suka bangun pagi-pagi sekarang ni, Pukul 6 dah bangun. Hari ni pagi-pagi dah kena pakai bunga atas kepala. Ibu nak submit gambar untuk contest.

*lupa nak pesan kat cikgu Eisya suruh amik kan gambar

Raya Cawangan Jalan.

Selagi raya, selagi tu setiap hari ada jamua. Siap kadang tu boleh pilih-pilih nak pergi yang mana. Siap buat tak malu tanya 'apa ada kat open house unit ko weh??' Hahaha..ni dalam jadual pun ada lagi 2 jamuan tapi aku gi satu je kot. Lagi 1 tu aku cuti, lagipun cukup-cukuplah makan tu. Bawak-bawak lah insaf. Bila tengok weight scale tahu pulak seriau, time makan tak pulak kau beringat kan dayu.

Tapi semalam memang wajib hadir lah kan. Cawangan sendiri buat jamuan kau tak datang dah kenapa? Anti social tu namanya. Lagipun ada perjumpaan dengan pengarah sekali pagi tu. Haruslah tunjuk muka. Jangan sampai pengarah tak kenal pulak kang. Dah bayar lagipun, haruslah menghadirkan diri. 

Meriah memang meriah. Dapat tinggalkan opis dan keje separuh hari, apa tak meriahnya.

Alaahaiiii, gedik je rasa. Tapi nak gak set extra large.Inilah rakan sekerja saya, yang sama-sama mengila tak kira masa. -yang kanan baju merah tu memang over-

basikal tu tiap tahun ada kat photobooth. aku ras selagi dia tak jahanam, selagi tu dia diperguna. photobooth ni macam ada yang tak kenalah. Kata photobooth raya, tapi mana ketupat segala, terus rasa tak ceria. Tapi sebab aku tak sumbang pape, tau nak posing je..aku diam-diam sudah

Tak berseri, tak berseri pun..beratur gak semua nak bergambar kat pondok ni. Yelah, dah itu je yang ada, balun je lah. Lagi-lagi kaki bergambar semua kan. Nak update FB, nak update IG.. nak update blog kena ada bahan. Terima je lah apa yang ada. Tapikan tak senonoh tau semua, acara belum bermula semua dah sibuk posing kat pondok ni. Tak menyabor.

masih lagi dengan posing tangan di pinggang, nak dapatkan efek selim lah kononnya. Kononnya lah kan.. tapi gitu gak..tak selim mana pun. Boleh cuba trick lain dayu

Cendol Songkok Tinggi. 
Ini memang wajib ada kat jamuan JKR atau KKR. Memang thorrbaikk lah cendol pakcik ni. Super sedap. Dia punya ais lembut je, pastu macam ada santan dalam dia. Makan semangkuk memang tak cukup. Tapi berjaya makan semangkuk setengah je, sebab tiba-tiba teringat angka kat weight scale

Makanan memang pelbagai. Tapi semalam rasa nak ucapkan tahniah kat diri sendiri. Berjaya makan separuh pinggan nasi je. Dengan satay beberapa cucuk. Pastu kuih 2,3 potong. Yang lain macam teringin tapi berjaya mengawal nafsu dan tekak. Tahniah!!! Tak berani lah nak makan banyak-banyak, baru nak merasa pakai baju lama semula. Dah best-best boleh sarung saiz M semula ni, tak nak lah pakai XL balik. Walaupun breastfeed tak semestinya makan banyak. Aku tengok, makan tak makan banyak gitu gak susu aku. Maka, jangalah buat alasan sebab menyusu kena makan banyak. Air tu je kena minum 2-3 liter sehari.

*hari ni gagal habiskan 2 liter air masak, alhamdullilah dapat 14oz untuk 3 sesi mengepam

20 August 2014

Elma dah meniarap

Hoyeay!!! Menjadi ibu, bila anak develop some progress dia punya happy..hanya seorang ibu je paham. Keterujaan tu lain macam. Happy bagaikan apa. Orang lain rasa 'entah apa-apa je' Tapi mak-mak ni, excited sampai seantero dunia nak bagitau.

Elma dah pandai pusingkan badan meniarap. Hip hip horeaayyy!!!

Ketika umur nak masuk 4 bulan baru dia berjaya. Oklah tu dik, ibu tak kesah pun sebenarnya. Ibu memang nampak awak agak pemalas nak cuba pusingkan badan. Abah kata adik tak merasakan keperluan untuk mengiring, so nak buat pe susah-susah pusingkan badan. Terlentang je lah. Penat, merengek-rengek kang adalah ibu ke, abah ke angkat. Kakak pun tengah rajin nak tolong angkat. So baring je lah.  Tapi mungkin lepas seminggu Elma kat school, tengok kawan-kawan sebelah bergolek-golek..baring meniarap..macam best je. Dia pun teringin. Mungkinlah..

Sabtu lepas (16/8/2014) adalah kali pertama aku lihat Elma meniarap. Dia punya suka, tinggal sental bilik air cepat-cepat basuh tangan, terus capai kamera. Wajib amik gambar ni. Terus upload FB, dan confirm aku akan photobook kan.

Nape macam tak teruja dik? ke pelik tengok kenapalah ibu ni happy semacam ni

*tapi Elma memang tak berapa rajin nak memusingkan badan. dia mengiringkan badan time nak tidur je, pastu tau-tau dah tertiarap hempap tangan sendiri. 

Alololo..

Elma dah immune dah rasanya. Dari lahir aku dah sua kamera kat muka dia. Lama-lama dah lali. Tapi adakalanya, terbeliak gak mata dia. Buat-buat terkejut lah tu. Waktu paling aku suka amik gambar Elma adalah selepas dia mandi. Lepas pakai baju lawa-lawa, muka fresh.. silalah posing untuk ibu ye anak. 

eh..ibu dan kameranya datang lagi

jangan buat muka macam ni dik, tak comel langsung.

Sekarang gambar Elma je lah banyak. Gambar Eisya..no komen. Dia sekarang adalah pen'sabotaj gambar. Gambar tu cun dah, perfect je..tapi sebab aksi dia, terus entah apa-apa jadiknya. Lagipun sekarang kalau amik gambar entah apa-apa je memek muka dia buat. Contohnya macam ni.. Eisya..Eisya..

ibu amik gambar chacha..pastu sengih mcm ni. ibu layankan aje

Tapi seronok jugak bila boring-boring kat opis, browse picture gallery. Tersengih aku tengok koleksi gambar budak berdua ni. Kena carik masa buat photobook derang ni. 

*kena backup gambar handphone segera. learnt from previous lesson. kang hilang menangis tak berirama kang. dropbox dah full. kita share kat google+ je lah.

19 August 2014

Ibu tak sengaja

Aku rasa semua ibu-ibu yang bekerja hadapi dilema yang sama macam apa yang aku rasa sekarang. Rasa berbelah bagi. Antara tanggungjawab sebagai ibu dan pekerja. Anak dan bos. Dua-dua nak kena tunaikan amanah. Nak lebihkan salah satu pun serba salah. Tak pasti nak pilih mana. Tapi aku yakin kebanyakannya akan dahulukan anak berbanding kerja. Walau itu sumber rezeki, anak tetap keutamaan.

Alhamdullilah, syukur sangat kalau dikurniakan seorang bos yang memahami.

Aku kira bertuah, bos agak memahami kalau bab nak bawak anak gi klinik, cuti kalau anak sakit. Bab-bab anak memang dia tak kacau sangat. Syukur sungguh. Rasa sangat beruntung. Previous bos pun macam tu. Tapi bila bab urusan kerja, tiada pengecualian. Ada anak kecik ke, itu bukan alasan. Outstation tetap outstation. Yelah kan, tak kan sementara aku beranak kecik ni tak boleh nak outstation, siapa nak cover kerja aku. Kalau gaji pun aku sanggup share lain lah kan.

Setiap kali ada arahan untuk aku outstation, kena bermalam, kena tinggalkan Elma dan Eisya dengan Ekwan. Aku memang mengeluh. Tapi mengeluh dalam hati je lah. Tapi tetap terima. Ekwan ada gak request jangan outstaion dulu, kurang-kurang tunggu lah Elma 6 bulan. Tapi nak buat macam mana, keje bukan boleh aku tangguh-tangguh. Nak tak nak, kenalah dia jaga anak-anak. Memang berat hati, tapi dah takde pilihan. Mak ayah jauh, kat KL ni pun takde sesape. Kitaorang anak-beranak je. Bergantung harap sesama sendiri je lah.

Untunglah orang yang mak ayah dekat, boleh jugak tolong-tolong waktu macam ni kan.

Aku yakin Ekwan boleh. Dulu pun dia pernah jaga Eisya masa baby. Masa Eisya lagi awal, 2 bulan aku dah tinggalkan dia. Elma ni kira lewatlah gak, 4 bulan baru outstation. Hhmm..sekali lagi rasa bertuah dan beruntung dapat suami yang boleh diharap bab jaga anak. Bangga dengan Ekwan. Tu lah kan, dia mungkin kurang kat bahagian lain tapi bab tolong aku urus anak-anak demi kerjaya..Memang sangat boleh diharap. Biarlah nanti aku balik umah hurh-hara macam tongkang, yang penting anak-anak elok terurus.

3E kesayangan saya

Kepada suami kesayangan, tq for your support. Hujung bulan ni kita jalan-jalan eh.. spend our quality time together. Lama dah tak jalan-jalan. 

18 August 2014

Elma 4 bulan hari ni

Serius. 4 bulan dah anak aku. Cepatnya. Kenapa bila dari 2 ke 4 bulan ni rasa sekejap je. Kenapa masa dia lahir nak ke sebulan tu 'eh..lamanya, bila nak sebulan ni, bila nak habis pantang?' Serius..sungguh-sungguh terasa sangat cepat. Pembesaran dia pun rasa sangat pantas. Tiba-tiba rasa dia macam sangat panjang. Baju banyak dah muat-muat je. Seluar size 0-3 bulan semua dah senteng, dah jadik seluar 3 suku dah. Terasa tak puas gomol-gomol dia, tetiba macam dah besar. 

Kang tak lama lagi dah 6 bulan, pastu setahun. Pastu dah tak boleh panggil baby lagi. Please baby, don't grow too fast. 

Harini Eisya dah 4 bulan. Tapi aku baru nak bawak di gi amik injection vaccine untuk 3 bulan. Huhu, siap sedialah kena bebel ngan nurse kat KK Tanglin tu kang. Sengih-sengih je lah. Pandai-pandailah aku bagi alasan. Sayang duit punya pasal kan. Nak bawak gi Klinik Dr. Liew, sayang duit. Ada option free, manfaatkan lah. Cuma kenalah luangkan sikit masa. Sejam 2 je. Sementara keadaan kat opis pun mengizinkan ni. Boleh simpan duit untuk kegunaan lain.

Pukul 7.40am aku dah sampai kat klinik. Mandi dan siapkan Elma kat taska terus zass ke klinik. Ingatkan jadik orang 1st sampai, cepatlah selesai segala urusan. Tapi sebab datang tanpa appointment kan, merasalah pukul 10.30am baru settle segala benda. Takpelah, free kan. Jangan nak banyak songeh sangat. Nak cepat, gi sana bayar RM150 kat Dr. Liew.

budak excited gi klinik. 

dik, jap lagi nak kena cucuk dik. jangan nak happy-happy sangat

gambar dengan ibu wajib ada, walau abah kata 'perlu ke?' 

Currently Elma 6.3kg. Patutlah lenguh-lenguh lengan dukung dia. Tadi pangku dia tidur pun sengal-sengal lengan. Ikut hati nak je baringkan dia kat kerusi, tapi macam kesian lah pulak. Pangku je lah. Terasa okay. Next time bawak stroller. Huhuhu.. Alhamdullilah, sekejap je Elma nangis waktu kena cucuk. Pastu diam, sengih kat nurse. Alahai adik. Peramah sangat awak ni. Dah lah asal nampak orang je awak sengih. Pandai amik hati orang dia ni. 

Hopefully adik tak demam. Kuat ye dik.

*sian Elma kena telanjang sejuk-sejuk tadi. next time ibu bawak selimut ye.

15 August 2014

Ginilah gayanya

Tiap hari aku bangun pukul 5.30am. Malam-malam pukul 11.00pm baru dapat luruskan badan. Kalau malam tak masak, awallah skit dapat jumpa katil. Tapi baru 2 hari bungkus makanan kat luar pun aku dah muak. Gagahkanlah diri masuk dapur demi kepuasan tekak sendiri. Walau setakat sardin, telur dadar.. lagi berselera kot makan. Tapi dah alang-alang, masaklah kari ayam ke, sambal sotong ke.. baru makin menembam. Hahaha..

Berat dah naik 2 kg ni..

Sekarang semua aku setelkan malam-malam. Dah lah setiap hari basuh botol sampai 10 biji. Memang kejap je lah habis pencuci botol tu. Basuh baju pun dah macam tiap2 malam basuh baju. Malam ni baju budak-budak, esok baju aku. Esok Baju derang balik..bekerja keras mesin basuh aku. Kemas beg pun buat malam, senang. Esok pagi bangun mandi, mandikan Eisya. Pack EBM masuk bottle semua. Tukar pampers Elma.. Fuhh..Tak berhenti bergerak bila dah bukak mata. By 6.30am kena keluar, paling lewat 7.45a lah.. Kalau tak lewat lah sampai. Eisya kena sampai before 8am. Dia breakfast kul 8am pastu masuk kelas 8.15am, Kalau lambat kesian kat dia. Tengahari baru dapat makan.

sian anak-anak aku. pagi-pagi dah kena bangun. Eisya memang gini lah, lepas mandi, susu sebotol pastu dia tidur semula. Dalam kete tidur. 

Alhamdullilah, senang nak kejut dia mandi sekarang. Rasa syukur sangat. Mudah urusan aku pagi-pagi hari. Elma pun selalunya tak jaga bila aku sibuk-sibuk bersiap pagi hari. Cuma bila angkat dia, tersedarlah dia. Dan selalunya dia tertidur semula bila kete bergerak. Sampai taska, terjaga semula. Tapi pagi ni tidur sampai taska. So letak terus dalam babycot. Alahaiii, seronok je tengok dia tidur lena macam ni. Tengah selsema ngan batuk ni, malam kang nak buat garlic steaming lah. Kasik buang kahak.

best ibu tengok awak tidur sedap-sedap gini dik

kejap je lah dapat tidur pun. mesti kejap-kejap lagi kena bangun sebab kat taska kena mandi before 8.30am

Selalu pukul 7.30am dah sampai kat school budak-budak ni, cium peluk anak..pastu Ekwan hantar aku ke opis pulak. Dan selalu aku dapat punch in dalam 7.48am. Barulah Ekwan ke opis dia pulak. Nasib dia masuk 8.45am. Ada lah masa nak berpusing sana sini. Ginilah gaya hidup kat Kolumpo ni. Awal-awal pagi dah keluar rumah. Berangkutlah anak beranak. Belum tengok lagi beg yang Ekwan angkut setiap pagi, penuh bahu tangan semua. Sekarang ni dia turun hantar barang dulu, sebab selalunya Eisya manja terlebih pagi hari. Nak berdukung sesaje.

Kadang memang kesian, tapi nak buat macamana. Dah rezeki mak ayah kat kolumpo, terpaksa lah anak-anak join sama kegilaan ini. Tak terbayang camnelah nanti bila Eisya dah sekolah. 

12 August 2014

Demad tinggi sekarang

Hati ada sedikit rasa gundah. Rasa macam misi kali ini akan tak berjaya. Walau persediaan lebih rapi dah dibuat. Hmm...takpe, aku cuba. Tengok mampu capai tahap mana. Hakikatnya percubaan kali ke-2 ni dah lebih baik dari yang pertama dulu. Kalau nak sedapkan hati, dah kira berjaya lah ni. Tapi sebabd ah set target lebih tinggi, tu yang bunga-bunga kecewa terbayang-bayang bila misi macam nak gagal.

Rasa misi nak full breastfeed Elma sampai 2 tahun macam tak mampu dipenuhi je. Kalau ikutkan, tak full dah Elma sebab masa raya hari tu, dah bagi dia susu formula. Sekali je pun, 3oz. Sebab malam tu memang nampak sangat dia tak lena, sikit-sikit jaga. Hisap-hisap nen, tido pastu jaga. Breast aku pun dah kosong. Sudahnya Ekwan gi beli susu tepung, bagi 3 oz, lena tidur sampai esok pagi. Semua gara-gara aku kena cirit-birit hari raya pertama tu sampai raya ke-4. Memang kurang lah aku makan, air dalam badan pun hilang. Hhhmm..redho je lah. Tapi sekali tu je lah.

Sejak Elma ke nursery, stok frozen EBM aku memang bersusut dengan pantas. Huhuhu..mula-mula aku bekalkan 120z je ke nursery. Tak cukup, tambah 16 oz..cukup-cukup. Dan semalam babysitter dia suh tambah lagi sebab Elma boleh habiskan 4-6oz sekali feeding. Huhuhu..tak terkejar ko nak sediakan stok. Pam kat opis paling banyak pun dapat 16 oz. Selalunya aku bekalkan 2 botol fresh EBM.. 2 botol amik yang frozen. Tapi sekarang kena amik 3 pek.. Amik 12oz, ganti 6oz..camne?

Sampai bilalah mampu bertahan stok EBM aku ni??

Anak bambam ibu yang makin kuat menyusu.

Tapi takpelah, baguslah dia kuat menyusu. Lebih baik habis daripada membazir gitu je kan EBM aku. Baguslah dia kuat dan senang nak menyusu dengan botol kat taska. Sampai aku yang gundah gulana risau dia tak cukup susu kalau terpaksa amik dia lewat. Hati pun puas je bila amik dia petang-petang, berat je rasa badan. Muka tersengih-sengih. Alhamdullilah.. Elma dijaga dengan baik di taska.

Okay, jom perah susu untuk sesi pertama. Demad tinggi ni. Nape supply macam tak meningkat je ni?

08 August 2014

Selamat Hari Raya!!! - baju raya

Oh hoiii..dah 11 Syawal weh.. Baru nak muncul entry pasal raya. Sangat tak efisen. Sedangkan punyalah semangat beraya. Beraya dengan orang baru katanya, haruslah semangat berkobar lain macam. Raya tahun ni kami raya ber-4. Seronok!! Ada pembaharuan kat koleksi gambar raya. Tapi gambar memang huru-hara. Dengan Eisya yang susah bebenor nak beri kerjasama. Elma lak mood tak berapa cun pagi raya. Sudahnya aku redho je lah gambar raya tak semenggah. Ibu abah je bergambar berdua, feeling single gaya macam baru menikah. Tahun pertama sambut raya bersama gamaknya.

antara gambar ber-4 yang senonoh

Warna yang menjadi pilihan untuk dijadikan tema tahun ini adalah kelabu dan coklat. Aku dengan Ekwan pakai kelabu, anak-anak coklat. Tudung aku tu beli last minit malam raya okay. Nasib baik jumpa shawl yang senada warna dengan baju Eisya. Baju Ekwan beli seminggu sebelum raya. Ni pun nasib sangat untung, ada juga baju melayu warna kelabu yang sedondon dengan baju kurung aku. Tapi nyaris-nyaris jugak aku nak beli baju lain semata nak sedondon dengan Ekwan. Baju Elma pun beli last minit. Punyalah susah nak carik dress baby color coklat. Habis segala online store aku terjah..akhirnya kat SACC Mall, Shah Alam jugak jumpa.

Baju Eisya je takde kesah disebalik tabir. Dan sangat save bajet bila tiba-tiba samping nikah Ekwan adalah menepati tema color tahun ni. Recycle.

-gmbr penghias entry-

Rancangnya nak letak sequin border kat lengan baju kurung tu. Tapi disebabkan suami aku busy yang amat, takde langsung peruntukan masa nak bawak aku ke Bunga Riben kat Jalan TAR tu, aku redho je lah pakai baju kurung plain tanpa sebarang tambahan hiasan. Tapi bila dah pakai, cun jugak kan. Lawa je baju plain kosong. Less is more kan.. *ni pujuk diri sendiri ke apa.

Tahun depan aku terasa nak bertemakan warna biru. Ye, aku memang over bab baju raya.

Tahun ni memang aku lebih kan belanja untuk anak-anak. Baju baru untuk Eisya dan Elma melambak-lambak kot aku beli. Macam lupa diri kejap. Sedar baju bebudak tu dah menimbun tapi tak reti stop membeli. Ada je yang berkenan. Pastu order. Pastu budak poslaju hantar, gantung dalam almari sampai almari macam nak termuntah. Hahaha..