12 August 2014

Demad tinggi sekarang

Hati ada sedikit rasa gundah. Rasa macam misi kali ini akan tak berjaya. Walau persediaan lebih rapi dah dibuat. Hmm...takpe, aku cuba. Tengok mampu capai tahap mana. Hakikatnya percubaan kali ke-2 ni dah lebih baik dari yang pertama dulu. Kalau nak sedapkan hati, dah kira berjaya lah ni. Tapi sebabd ah set target lebih tinggi, tu yang bunga-bunga kecewa terbayang-bayang bila misi macam nak gagal.

Rasa misi nak full breastfeed Elma sampai 2 tahun macam tak mampu dipenuhi je. Kalau ikutkan, tak full dah Elma sebab masa raya hari tu, dah bagi dia susu formula. Sekali je pun, 3oz. Sebab malam tu memang nampak sangat dia tak lena, sikit-sikit jaga. Hisap-hisap nen, tido pastu jaga. Breast aku pun dah kosong. Sudahnya Ekwan gi beli susu tepung, bagi 3 oz, lena tidur sampai esok pagi. Semua gara-gara aku kena cirit-birit hari raya pertama tu sampai raya ke-4. Memang kurang lah aku makan, air dalam badan pun hilang. Hhhmm..redho je lah. Tapi sekali tu je lah.

Sejak Elma ke nursery, stok frozen EBM aku memang bersusut dengan pantas. Huhuhu..mula-mula aku bekalkan 120z je ke nursery. Tak cukup, tambah 16 oz..cukup-cukup. Dan semalam babysitter dia suh tambah lagi sebab Elma boleh habiskan 4-6oz sekali feeding. Huhuhu..tak terkejar ko nak sediakan stok. Pam kat opis paling banyak pun dapat 16 oz. Selalunya aku bekalkan 2 botol fresh EBM.. 2 botol amik yang frozen. Tapi sekarang kena amik 3 pek.. Amik 12oz, ganti 6oz..camne?

Sampai bilalah mampu bertahan stok EBM aku ni??

Anak bambam ibu yang makin kuat menyusu.

Tapi takpelah, baguslah dia kuat menyusu. Lebih baik habis daripada membazir gitu je kan EBM aku. Baguslah dia kuat dan senang nak menyusu dengan botol kat taska. Sampai aku yang gundah gulana risau dia tak cukup susu kalau terpaksa amik dia lewat. Hati pun puas je bila amik dia petang-petang, berat je rasa badan. Muka tersengih-sengih. Alhamdullilah.. Elma dijaga dengan baik di taska.

Okay, jom perah susu untuk sesi pertama. Demad tinggi ni. Nape supply macam tak meningkat je ni?

7 comments:

  1. selamat hari raya... comelnya.....

    ReplyDelete
  2. susu aku kuar masa pantang hari ke 4

    memang dah tak exclusive kat situ sebab ada bbrp kali kena bg susu formula bila susu aku tak kuar lagi

    tp demi tekad dan azam aku dr dlm pantang tu jugak aku konsistan blk breastfeed raifa cuba perbaiki time breastfeed raina dulu. Alhamdulilah sampai sekarang fully susu badan. raifa pun demand tinggi wei tak terkejar aku. tp sejak 2 minggu lps dia dah start solid food ni mcm tumpuan raifa tak ke susu lah sbb dh mkn minum air glukose semua so lega sikit aku.

    misi aku nak menyusu raifa 6 bulan Alhamdulilah dah berjaya. sekarang aku cuba teruskan dan tanam azam baru cuba misi kedua iaitu menyusu sampai setahun. hrp2 susu aku dpt susukan raifa lebih lama. lagi bagus dpt susukan raifa 2 tahun tapi tengok keadaan susu aku dulu macam mana. ayuh kita kerja sekuat-kuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah nurul..niat yg baik selalu dipermudahkan

      Delete
  3. 6oz skali feed???
    ko bia betoi elma oiiii..
    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngan aku penah abis 5oz sekali feed..aku pn mcm x caya
      tapi gitulag gayanya
      perah habis-habisan lah aku

      Delete
  4. insha allah ko boleh beb!!.. aku ni lagila masa masuk2 keje mmg tekejut jugak.. sebab syamil demand mmg tinggi..kene hntr almost 25oz ke taska each day.. stok mmg nysusut..masa tu memang aku tertunggu hari jumaat sebab time sabtu ahad aku pulun buat stok..
    weekdays aku bangun at least sekali mlm utk pump..then bangun pagi aku pump lepad df dia..

    kena cekal beb..tapi smpai sekarang aku mmg tak simpan stok byk..aku more bagi fresh ...
    insha allah boleh..target for 6mth dulu then baru anjak ke 1yr then br anjak lagi...
    yg penting be positif..n insha allah akan dipermudahkn..

    mak aku penah ckp..even dia boleh habiskan byk oz tp jgn biasakn...train dia utk 3-4oz per feeding n wpun kerap its ok... =)

    chaiyok beb!!

    ReplyDelete