Orang kata kalau pergi Pulau Pinang tapi tak pergi Bukit Bendera, tak lengkaplah edisi jalan-jalan ke Penang. Wajib pergi lah kekdahnya. Lagipun mana je pun nak melawat kat Penang ni selain Bukit Bendera tu. Siyes, aku macam tak tahu nak gi mana. Ke sebab malas?? Ye kot, asyik nak melepek kat bilik je. Seronok sangat dok kat hotel gamaknya.
Akhirnya sampai gak ke Bukit Bendera. 1st time untuk aku anak beranak. So dia punya teruja lain macam sikit. Jangan nak menyampah tengok gambar kami.
diva sangat anak sulung aku ni
selfie anak beranak itu harus.
kemudian selfie hubby wifey pulak *issk, nyampah lak aku tengok gambar filter camera 360 ni*
selfie lagi. menyampahlah orang tengok.
at love chain peak katanya.
baik je Elma. bagus. takde lah ibu fobia nak berjalan ngan awak
menguap-nguap Elma layan ibu. nasib awak lah dik, kakak awak memang malas dah. dia mana kesah nak teman ibu bergambar sekarang.
tengok, dia peduli apa. buat tak tahu je ibu ajak amik gambar
pastu sesaje enterframe, saje lah tu sabotaj gambar ibu
Kat atas Bukit Bendera ni sangat tak stroller friendly. Fuhhh!! Berpeluh mengangkat stroller naik tangga nak ke bahagian paling atas tu. Ikut aku malas dah tapi Ekwan gigih gak nak naik, dah alang-alang sampai katanya.. Nak je tinggal stroller kat bawah, tapi risau hilang pulak. Angkut je lah..
dah kenapa???
tukang angkat stroller.
laki aku memang kemaruk berselfie waktu ni. monopod baru katanya. haruslah aku melayan kan, kang dia sentap sape nak amik gambar aku.
Kat atas ni memang seronok lah bergambar. Lagi-lagi orang yang pantang disua kamera macam aku ni. Tak sua kamera pun aku arah amik gambar kat sini, kat situ. Nasib laki dah faham, layan kan aje kemaruk bini dia. Tapi macam kurang lah attraction dia. Takde aktiviti sangat. Jalan-jalan amik gambar je lah.
ini wajib. tapi gerbang selamat hari raya tu boleh rosak gambar sungguh lah. budak baju hijau tu pun perosak gambar gak tu.
Hai dear..salam perkenalan. nama sy nuha. comel la elma awak. suka tgk head gear elma pakai. :)
ReplyDeletejemput singgah blog nuha ya. nuha ade share pasal aiskrim.
www.nuhahayati.blogspot.com