08 January 2015

Aku dah Teruja

Masuk tahun baru, anak akan bertambah umur. Dan kali ni aku teruja dan macam tak menyabar nak anjurkan birthday party untuk dia. Eisya dah 5 tahun. Dah paham sangat apa tu birthday party. Yelah, selalu sangat pergi dan tengok orang sambut birthday. Harus lah dia pun asyik bertanya 'bila birthday chacha ibu? nanti chacha pun ada kek frozen mcm tu ke ibu?' Alahaii, bila anak dah sebut gitu, ko sampai hati ke. Tahun lepas memang aku terkilan sikit. Sebab dah niat nak buatkan birthday dia kat taska at least, tapi dah time tu aku baru je bersalinkan Elma kan..memang tak sempat lah.. 

So, tahun ni aku akan pastikan ada birthday party untuk Eisya. 

Dan bermulalah edisi meng'google aku. Tapi yang menjadi keutamaan sekarang mencari lokasi di mana nak diadakan sambutan birthday party tersebut. Rumah memang bukan pilihan lah. Rumah sempit, tak selesa nak jemput orang datang ramai-ramai. Dulu dah merasa sekali masa buat birthday Cha 2 tahun, sendat padat jadiknya umah aku. Lagipun dengan Elma, huhuhu akak malas nak mengemas lepas majlis tu.

Memang fastfood restaurant lah yang muncul dalam fikiran aku. Antara pilihan:

Menarik jugak pakej A&W ni. 

KFC pun memudahkan keje aku.

Pakej-pakej yang ditawarkan macam sangat sesuai dan berbaloi. Tempat yang selesa+ makanan + event organizer + party pack, siap ada mascot lagi. Spend around RM500++ Sangat berbaloi bagi aku. Kalau aku buat kat rumah, nak masak-masak pun habis gak RM200-300 untuk beli barang. Belum campur tenaga dan masa aku nak memasak lagi. Campur kek, goodies, desert segala..mau gak habis RM500.. Maka, aku rasa adalah sangat efisen andai aku memilih restoran-restoran ini.

Marilah menghubungi mereka dan tanya boleh tak tukar tema..sebab Eisya nak sangat theme Frozen.. Bukan dia suka sangat pun, tapi asyik tengok kek frozen kawan kot..tu yang berkenan gak tu.

Ada gak niat nak buat outdoor party. Nak buat kat Tasik Shah Alam. Kat sana kan banyak gazebo-gazebo disediakan..tapi tu lah. Masalah utama kalau buat outdoor, risau kalau hujan je lah. Dan aku rasa, aku tak kan sempat nak prepare dan arrange gazebo tu..Lagipun macam kurang selesa lah..dengan Elma nya nanti. Hhmm..restoran tertutup dengan aircond tetap yang terbaik. Hahaha, cakap je lah kau memang nak buat kat KFC atau A&W tu Dayu..

Semoga murah rezeki kami, dapat mengembirakan anak-anak. 

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak dayu, wahh bestnya. excited juga sheila baca ni.. semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  2. wah dayu.. bagus bagus.. sila buat segala survey.. and blog... blh gak guna sebagai reference nanti..

    ReplyDelete
  3. dayu A&W plzzzz...aku suka float

    ReplyDelete
  4. silalah jgn lupa jemput aku....hihihihi...

    ReplyDelete
  5. tahun lepas saya baru dapat anak. herm... ntah tahun ni nak celebrate tak bila dia dah 1 tahun.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Family belah Cfu selalu gak buat beday party kat KFC tu. Boleh tahan aa siap ada maskot, activity bagai. Makan pun sedap. Berbaloi aa. Tinggal keluar fulus je aa.

    ReplyDelete
  7. Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete
  8. Ini mmg antara impian aku nak.buat kat Kasih..in sha Allah tahun ni buat bagi jadi...

    ReplyDelete