Disebabkan ke'kemaruk'an aku terhadap segala jenis contest buat masa ini. Aku adalah sangat alert dan aware dengan segala contest yang wujud. Lagi-lagi yang di atas talian ni. Yang hadiah dia super menarik, super mengoda. Sampai aku akan wajibkan untuk aku sertai. Dan salah satunya adalah contest dari Lipton Ice Tea ni.
Lipton pun saje je kan. Tulis besar-besar perkataan EUROPE tu kan. Pandai dia jalankan agenda memikat.
Memang super mengoda hadiah dia. Europe trip selama 18 hari, untuk 2 orang. Dan 2 peserta berpeluan untuk menang. Lipton memang sangat memahami. Dia bagi hadiah untuk 2 orang terus. Yelah kan, tak kan nanti dah menang nak gi Europe tu sorang-sorang. Haruslah ada kawan kan..barulah nampak betul-betul ikhlas nak bagi orang hadiah..
So apa lagi?? Marilah rebut peluang yang ada. Jangan malas. Cuba je. Mana tahu rezeki awal tahun, menang ke kita. Tak cuba tak tahu kan. Peluan dah ada.. cuba je. Bukan susah pun. Tapi kenalah keluar modal sikit. Biasalah, contest-contest ni kan salah satu marketing dan sales strategy derang. Ingat, sesenang tu je ke nak taja korang jalan-jalan 5 negara Eropah. Kenalah melabur sikit.
beli air Lipton Ice Tea, amik gambar resit, upload. mudah sangat.
So petang ni sila singgah Kedai Mesra, Petronas. Beli air lipton tu. Peach tea dia sedap. Akak suruh singgah Petronas sebab, selain korang beli air Lipton, boleh lah beli produk F&N sekali. Tu pun ada contest gak tu. Tapi hadiah dia tak tempting sgt, iPhone 6 je. Yang ni lagi mengiurkan. Belilah semua perasa air Lipton tu. Nak tingkatkan penyertaan, suruh lah budak Petronas tu kuar resit 1-1.. Kalau dia rajin nak layan lah..
Marilah ramai-ramai meriahkan acara.. Klik je kat page contest ni.
https://www.liptonicetea.com.my/lipton/index.php/appm Tak lama dah ni. Tarikh tutup nak dekat dah tu. Tinggal seminggu je lagi tu. Sempat lagi. Selamat mencuba. Nanti kalau menang, kalau tak tau nak bawak sape teman gi Paris tu. Jemputlah akak.
No comments:
Post a Comment