29 January 2015

Eisya, Kg Girl

Memang seronok tengok Eisya gembira bukan main lagi tiap kali balik kampung. Lagi-lagi kalau balik Pahang. Main sakan dia. Nasib masih ingat makan. Tu pun sebab ibu paksa makan. Paksa gak sepupu-sepupu dia berhenti main kejap. Duduk makan. Kalau dibiarkan, aku rasa malam kot baru minta nasik budak-budak ni. Tengok dia seronok macam tu, kesian pulak bila teringat kehidupan dia kat KL ni. Nak buat camne Cha..ginilah gaya hidup kat KL ni. Sabar ye, InsyaAllah bila dah dapat pindah rumah teres.. bolehlah main kat luar petang-petang. Jumpa kawan-kawan. Harap-harap adalah budak baya awak jadik jiran kita nanti.

Kat kampung ramai yang rajin melayan dia main. Pagi-pagi dah berlari kat luar. Ada je aktiviti budak-budak tu. Main masak-masak. Main kejar ayam. Memang berpeluh sakan. Nasib rambut dah pendek, kalau tak memang rimas aku tengok.

kena paksa berhenti main sekejap, tu pun kena upah air vitagen sorang satu. si kecik Elma tu tukang perhati je kakak-kakak melompat, berlari sana-sini.

kami buddies takkan terpisah. chewaahhh... tu makcik-makcik Eisya sebenarnya. tapi umur lebih kurang je. memang sampai ke besar aku rasa derang ingat derang ni sepupu.

sampai ke senja kat luar. time ni anak akak ipar aku datang. makin meriah lah aktiviti derang. tu yang lagi liat nak masuk rumah.

Ada bagusnya, main puas-puas siang hari. Senang nak tertido bila malam. Tapi sebab sepupu ramai, pukul 12 gak baru masing-masing lelap. Tu pun kena tutup lampu, tutup TV. Kalau dibiarkan aku rasa sampai pukul 2 pagi kot derang main kejar-kejar dari ruang tamu ke dapur. Keluar masuk bilik.

Aku kesian giler kat kucing ni. Mesti terseksa jiwa raga dia sepanjang 2 hari Eisya ada kat kampung. Sepanjang masa Eisya kepit kucing ni. Asal terlepas je dia kejar tangkap semula. Kucing tu sedap-sedap baring tidur dia amik buat main. Naik lembik kucing tu aku tengok. Bila balik KL sibuk nak bela kucing.. sabar ye..

budak ni takut dengan kucing. lagi-lagi mak kucing, kalau anak kucing tu dia rileks-rileks lah lagi. kalau mak kucing, memang tak berani langsung. Kalau dia merangkak nak datang kat aku, depan dia ada kucing..menangis lah dia kat situ. punyalah takut. kucing tu tak buat apa pun...adik...adik..

Bila dia dah seronok-seronok macam ni 2 hari..memang drama airmata lah nak balik. Kali ni drama dia mula lambat sikit sebab masa gerak tinggalkan kampung tu dia tengah leka main handphone, dan dia pikir aku nak gi ke pekan je bukan nak balik rumah dia. Tu yang dia rileks je tu. Sampai je atas highway.. 'chacha nak main dengan kawan chacha..tak nak balik umah kita' Memang drama, bila tanya nak tak tinggal kampung jawab tak nak..

2 comments:

  1. aku awal2 pindah umh teres je yg rajin layankan anak2 main dpn umah. skrg ni xkose dah. paling kuat pon takat bg depa main kejar2 kat porch jelah sambil aku sidai baju.

    bg bdk2 main kat jln dpn umah mcm risiko sket ar.memasing bwk keta moto laju

    ReplyDelete
  2. jgn kata budak2 bosan duduk umah atas ni kak..Fida yg dah besaq ni pun boring..kadang2 sampai stress la..hehehe

    ReplyDelete