16 January 2015

Memenuhi Selera Anak: Cheezy Creamy Chicken Pasta

Wahhh.. Glamour sungguh nama menu. Biasa.. Nama kena havoc. Baru lah makin berselera. Walau hakikatnya macaroni dengan ayam campur cheese ngan susu skit. Asal ada cheese, ada susu terus creamy kau nama dia. Isnin dengan Selasa Elma masih dalam 4 days rule untuk ayam. So untuk hari ke-4 ni aku sediakan menu berasakan ayam lagi. Cuma kali ni, gunakan pasta. Dan yang ada kat rumah cuma macaroni. Balun je lah ye. 


Wangi je bau dia weh. Eisya pun makan yang sama. Biasalah aku, kena buat menu yang multifunction. Lagi bagus kalau aku dengan Ekwan pun boleh tumpang semangkuk. 

Resepi: Cheezy Creamy Chicken Pasta
Bahan- bahan:-

  • Macaroni atau lagi menarik baby pasta. Rebus siap-siap malam sebelum tido.
  • Isi ayam. Rebus dan carik. Isi ayam ni adalah isi ayam yang aku guna untuk buat stok ayam.
  • Stok ayam
  • Sayur - carrot, kentang, bunga kobis
  • Susu - aku guna susu formula Elma je
  • Cheese sekeping
  • Bawang putih, bawang putih dan unsalted butter untuk menumis.
Cara menyedia: 
  • Tumis bawang, dengan unsalted butter. Masukkan isi ayam. Dah wangi, masukkan stok ayam.
  • Pastu masukkan macaroni yang dah rebus. Masukkan sayur-sayur. Kacau-kacau bagi masak.
  • Pastu masukkan lah susu. Kacau-kacau, campak cheese sekeping. Tutup api. Siap
  • Bagi sejuk skit. Blend...
Senang je kan nak memasak untuk anak. Rajin dengan tidak je. Macam aku ni, malas-malas pun kena gak bangun pagi-pagi memasak untuk Elma. Sebab dia memang reject nestum habis-habisan. Tak mahu langsung. Takpelah. Demi anak. Bila dia berselera makan, habis semangkuk bubur. Aku lupa lah kejap ketidakcukupan tidur aku demi nak masak bubur untuk dia subuh tadi.

Comot. Time makan memang gini lah. Lepas makan, memang confirm kena tukar baju.

Semoga lama lah selera dia bertahan dengan beberapa menu baru yang aku kenalkan ni. Tapi aku rasa 2 minggu lagi bosan lah dia tu. Pandai memilih dia ni. Nasib baik ada google, boleh ibu jana idea apa nak bagi awak makan Elma. 

Elma: Ibu, esok pagi makan apa?
Ibu: Ibu masak bubur campur labu, campur jagung..dengan ikan tenggiri...ada cheese skit. makan bagi abis eh

3 comments:

  1. comelnyeeeeeeeee awak elma...

    tq kat ibu awak sbb bagi mama kite idea nak bagi kite roni cheese ni jugak...sedapp...banyak kite makan..

    (aina)

    ReplyDelete
  2. comelnyaaaaa Elma. gebu banyak makan nih! *geget geget*

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. wahh .. teruja tengok resepi baby. hehehe

    ReplyDelete