27 February 2015

10 months Elma Eiliyah

hye aunties semua.. lama tak dengar citer saya kan. ibu tu memang. lupa lah tu nak update pasal saya.

Si buah Epal ibu ni dah 10 bulan. Napelah cepat sangat membesar dik weh?? Lagi 2 bulan setahun dah. Ibu suh cepat masa pantang je. Lepas-lepas tu, tak payah lah cepat sangat bertambah usia. Nanti ibu dah takde baby nak gomol-gomol, yang redha je ibu cium bertalu-talu. Adik dah lah jenis baby yang garang. Muka tu serius je. Macamkan fikir apa je. Berkerut-kerut kening. Rileks lah dik, pe je awak fikir.. Tak payah risau, semua ibu kasik setel.

Elma dah mula berdiri. Kalau dapat berdiri tersengih-sengih. Pastu tepuk-tepuk tangan, terus terduduk semula. Habis semua badan orang dia jadikkan tempat berpaut. Eisya lah paling berangin kalau Elma memanjat badan dia. Sebab Elma bukan memanjat je, habis ditarik-tarik rambut kakak tu. Nasib sekarang kakak rambut pendek, kalau tak.. lagi seronok lah si kecik ni mengacau kakak. Eisya pulak bukan jenis mengalah sangat. Dia dah geram, dia lepuk je semula adik dia. Melalak lah si kecik ni. Kalau dia sabar sikit, dia angkat Elma letak jauh-jauh. Dalam bilik ke, tepi meja ke.. Asalkan jauh dari dia. Tak penyayang langsung Eisya jadik kakak. Dan sebab selalu lah jugak kena buli ngan kakak, Elma develop self defense sendiri, Elma ni boleh dikategorikan baby yang garang. Kalau duduk dengan baby lain yang seusia dia, memang aku kena jaga betul-betul. Tangan dia tu, cepat betul nak mencekau muka orang. Babysitter kat taska pun selalu kata 'kak, arini Elma keje membuli kawan dia je kak' Huhuhu..gangster anak aku.

Lagi satu perangai Elma. Dia tak nak dengan orang perempuan. Perempuan yang dia nak hanya ibu. Hanya ibu wanita pujaan hati Elma. Yang lain, dia sengih-sengih je, datang dekat, hulur tangan nak amik dia. Dia tepis. Siap tepis kau, punyalah tak nak. Kalau orang laki.. Semua dia okay. Takde penolakan langsung. Dukung lama-lama pun takpe. Kalau dengan PakTeh dia, siap boleh tertidur. Aduhaaii, kecik-kecik dah gedik. Dah tak pasal-pasal, abah kata awak ikut perangai ibu. Elehh, asal yang mengedik semua perangai ibu kan.. Yang best-best semua ikut abah.. *uweekkk*

garang tapi gedik. 

Masih makan bubur yang di blender. Alhadullilah, selera makan masih tinggi. Pantang disuap, semua dia telan. Ibu pun macam dah kehabisan idea nak sediakan menu. Dah boleh terima makanan segera. Senang sikit keje ibu andai kata terlajak tidur tak sempat nak masak bubur subuh-subuh hari. Dan bila Elma 10 bulan ni, aku secara rasmi dah stop mengepam. Elma dah tak dibekalkan EBM ke nursery. Kat nursery memang minum formula lah sepenuhnya. Stok EBM pun dah habis. Tapi malam, masih lagi breastfeed. Dan harap akan terus dapat breastfeed dia, sebab aku tak rajin nak bangun malam-malam bancuh susu.

Gigi dah ada 2 batang. Seriau tiap kali menyusukan dia. Elma kan gangster, dengan ibu pun tunjuk gangster.

24 February 2015

Anak Abah Kenalah Layan Hobi Abah

Orang takde anak lelaki. Gini gaya lah. Nasib anak tu tak dibentuk jadik princess oleh ibu. Rajinlah dia melayan abah dia. Layankan je lah Cha. Nak buat camne, dah takde rezeki abah nak dapat anak lelaki. Kenalah awak yang melayan segala hobi dia ni.

dah serupa alien dah ibu tengok

bapak terengih sentil, anak cover cuak

Ekwan memang macam-macam keinginan dia. Lagi-lagi sejak jadik pokcik-pokcik ni. Dulu muda-muda gilerkan kereta. Pastu dah bosan kot, sebab dah tak seiring dengan usia. Kemudian berjinak-jinak pulak dengan aktiviti memacing ikan. Terus lengkap segala aksesori memancing dia. Dedikasi sungguh kat hobi baru. Sekarang ni ala-ala tersadai  dah batang joran dia tu. Tup.tup berangan nak beli motor besar lak. Selamba aku sound 'larat ke nak bawak, kaki tu sampai tak?' *balik minta maaf*

Ni tengah sibuk nak beli pajero, nak masuk hutan katanya. Siap macam-macam justifikasi dia bagi kat aku nak minta izin beli pajero. Adeiih, macam-macam. Alah, macam kalau aku kata tidak dia peduli, duit dia kan. Asal tak kacau monthly commitment kitaorang, aku rasa tak lama lagi muncul pajero sebijik ni. Tapi layan jugak kan kalau masuk camping dalam hutan. Okay, gi lah order pajero sebijik. Bulan depan bleh gi Hutan Belum.

Lawatan Wajib Setiap Kali Balik JB

Wajib sebab aku rasa tak pernah lagi yang kalau kitaorang balik JB tak singgah. Mesti singgah. Kalau tak singgah masa dari KL, mesti singgah masa dalam perjalanan pulang dari JB ke KL. Bukana da tujuan sangat tapi mesti Ekwan ajak singgah. Kadang aku dah kata tak payah, tahu-tahu eh..dia exit jugak ke exit Senai (U) tu. Kemaruk laki aku ni. Aku layankan je lah. Kalau dah menyinggah tu, ada je lah barang yang dibeli.

bapak segan nak teruja sorang-sorang. ajak lah anak selfie sama. Elma saje lah tu buat muka blur. sian abah dik, adik tak teman dia menyengih

Dan lawatan paling latest ke JPO adalah pada minggu lepas. Balik JB sebab mak aku buat kenduri doa selamat dan tahlil. Sempena ayah aku dengan adik aku yang dah sembuh dari operation bulan 12 aritu. Pastu sekali buat kenduri sebelum mak gi umrah. Dari KL lagi Ekwan dah kata 'nak singgah JPO yang?' Eleh, buat-buat tanya pulak. Kata je lah awak yang nak menyinggah. Kami anak-beranak follow je. Kebetulan masa lalu area JPO tu dah pukul 4 lebih. Tak lunch lagi, memang sesuai sangat lah gunapakai alasan berhenti makan untuk menyinggah ke JPO. Seronok pulak rasa pergi JPO time weekdays. Tenang je. Foodcourt pun lengang. Tak payah beratur-beratur nak masuk kedai.

beriya hah Elma senyum. senyum ketap bibir tak nampak gigi..Eisya..hhmm, bergambar adalah perkara paling dia menyampah kot sekarang ni.

Aku kalau gi JPO ni tidaklah semua butik aku masuk. Lagi-lagi yang memang di luar kemampuan tu, yang sampai kena beratur nak masuk. Idok ler. Jeling-jeling je dari luar. Sedar diri. Tu yang kadang malas nak menyinggah. Baik aku cuci mata kat shopping mall je. Lagi tinggi potensi nak bawak pulang koleksi baru, memenuhkan rumah. Tapi yelah, kalau ada sales, memang kaw-kaw weh.. Aku penah beli handbag Charles & Keith RM50++ je. Wedges RM19. Levis pun memang kebanyakannya less sampai RM100+ Berbaloi sangat lah membeli. Coach pun katanya yang design kat luar RM1000++ kat JPO boleh dapat RM800 je. Kalau memang ada budget nak membeli, memang sesuai lah ke JPO.

Alang-alang singgah JPO ni marilah menuntut janji. Orang tu dah janji nak belikan kita perfume. Meh lah bawa pulang sebotol. Peluang jangan dilepaskan. Harga memang jauh murah berbanding kat Sogo dan Parkson. Memang berbaloi lah. Lepas ni beli perfume kat JPO je lah jawabnya.

Thanks for the advanced birthday present Sayang.

23 February 2015

Senyuman Penyelamat

Aku kalau bergambar memang suka senyum nampak gigi. Siganture pose katanya. Konon confident gigi lawa lah tu. Aku akan amik gambar tutup mulut time selfie je selalunya sebab macam tak betul je pulak nak sengih tayang gigi sorang-sorang depan kamera. Selfie pun ramai yang kata tak 'sehat', ini kan pulak amik gabar sendiri sambil menyengih bagai. Alhamdullilah, aku miliki gigi yang teratur dan aku bangga nak tayang gigi kalau bergambar. Gigi adalah eleman utama dalam setiap gambar aku. Sampaikan Eisya pun terikut-ikut. Amik gambar mesti tayang gigi. Ada masa macam tak sedar pulak, ketawa punyalah beriya sampai habis ditayang gigi sepenuhnya. Ada je yang rajin nak candid gambar aku pulak tu. 


Perlu diakui, gigi dan self-esteem memang sangat berkait rapat. Kulit muka flawless macam Fazura pun kalau gigi terabur sikit je pun, mesti self confident jatuh menjunam kalau jumpa orang. Lagi-lagi kalau jumpa kali pertama, atas urusan rasmi pulak tu. Aku ni kira bertuah lah jugak, kerja tak perlu jumpa orang setiap hari. Tapi nak tak nak memang kena lah jugak jumpa orang time meeting, time product briefing.. Lagi-lagi kalau tiba-tiba kena buat presentation. Memang senyuman lah senjata untuk aku naik kan confident level. Menyengih je lah aku sepanjang masa. Lagi-lagi masa sesi soal jawab, aku berusaha bagi senyuman paling manis, biar semua terpikat sampai tak terfikir nak soal aku macam-macam. Hahaha... Eh, tapi ada masa berjaya okay.

Kiranya senyuman ni penyelamat aku lah. Jumpa kawan lama tapi tak ingat nama *teruk sungguh kau Dayu* Benda pertama aku buat adalah senyum semanis yang boleh sambil otak bekerja keras nak recall 'siapa lah nama dia ni?' Dan berlakon sehebatnya agar tak kantoi yang aku tak ingat nama dia. Kalau otak berjaya, tahniah. Kalau tak, senyum dan cuba berborak macam biasa sampai berjaya loloskan diri. Time kena sergah dengan bos sebab task yang dia bagi tak berjaya aku siapkan ikut dateline pun, senyuman lah senjata yang aku guna nak selamatkan diri. Minta maaf sambil senyum raih simpati.

senyum wajib tayang gigi dayu

Tapi aku tak kan lupa macamana aku kantoi dengan bos aku. Aku rasa aku akan ingat sepanjang hayat kot. Kantoi bodoh namanya. Argghh!! Malu sangat-sangat. Entah apa agaknya bos aku pikir masa tu. Mesti dia kata 'oh.. ni keje kau ye selama ni' Bila diingat semula ni pun rasa malu sungguh. Issk, insaf aku. Memang tak kan aku cuba-cuba nak buat lagi. Tak nak aku kantoi buat kali ke-2. Apa terjadi?? Huarrggh, nak cerita pun rasa malu. Tapi memang aku mampu tersenyum je time tu. Tak terkata apa dah. Terdiam. Nasib boss aku cool dan tak jerkah aku semula. Kalau tak menangis kot aku. Takde dah senyum-senyum.

Alkisahnya.. suatu petang di hari bekerja. Jam menunjukkan pukul 4 petang, secara tiba-tiba *tiba-tiba lah sangat* ada aura jahat meresap dalam diri. Keje pulak macam dah takde yang nak kena buat. Sogo pulak ada buat sales. Duit gaji ada balance lagi, 2,3 hari lagi nak dapat gaji pulak tu. Eh, macam parameter yang lengkap untuk curik tulang. Pakat dengan colleague yang sharing bilik, pesan kat dia kalau tetiba bos tanya atau carik aku kata je aku ada discussion dengan design team. Ya Allah, jahatnya aku. Mulalah aku lancarkan operasi nak menyelinap keluar dari opis. Nak keluar ikut pintu utama macam tak sesuai, nak bawak handbag semua. So aku plan, letak handbag tepi tingkap, keluar ikut pintu depan. Buat-buat pergi toilet kononnya, amik handbag ikut tingkap, pastu blah. Wahh, macam 4 langkah yang sangat mudah dan kantoi-free. Sekali hambek kau!! Sedang elok je aku capai handbag dari tingkap, bos masuk bilik aku. Terkedu memasing. Slow-slow aku tersengih macam kerang busuk kat celah tingkap. 

Arggghhh!!! Rasa nak sorok muka dalam tudung kau. Malu..Malu!! Speechless dah aku. Nasib bos aku baik hati petang tu. Aku senyum dia senyum semula. Elok je dia letak report atas meja aku pastu dia keluar. Aku yakin muka aku masa tu mesti pucat lesi, macam nampak hantu. Wargghhh!! Kantoi bodoh sangat aku petang tu. Insaf. Taubat tak buat lagi.Tapi nak bagitau ni, tak selalu okay buat perangai macam ni. Sesekali je. Dan yang sekali tu lah terus tertangkap. Bengong. Sesungguhnya, hanya senyuman lah menyelamatkan aku ketika detik cemas itu. Sebab tu je yang mampu aku buat. Terima kasih kepada senyuman manisku. Manislah sangat kan. Sesungguhnya tiada siapa yang tahu hal ini kecuali rakan sebilik ku. Kira ni pengakuan berani mati lah ni citer kat blog ni. 

Hadapi segalanya dengan senyuman. Lagi-lagi di kala 'tertangkap' mengular oleh boss *tepuk kepala*

Aku akhiri entry 'membuka pekung di dada' ini dengan pesanan paling penting, silalah jangan tiru perangai tak senonoh yang aku lakukan hanya sekali itu. Jujurlah dalam bekerja. Aicehh.. Dan nak pesan jugak, walaupun dalam situasi krisis begitu, yang terang lagi nyata kita bersalah, berusahalah gunakan segala kelebihan yang kita miliki untuk hadapinya. Tak mustahil, keadaan akan menjadi sebaliknya.

I'm 32

Kembali ke realiti dari cuti yang agak panjang. Tapi ramai yang masih dalam mood cuti, jalan pun lengang lagi. Office pun separuh ksoong. Aku pun mengantuk lagi ni. Bijak sangat gi minum Nescafe malam tadi sape suruh, dah terkebil-kebil tak boleh tidur. Padan muka. Terus lambat 4 minit pagi ni. Takdelah Monday Blues sangat pagi ni, cuma kalau dapat sambung tidur kat rumah mesti lagi heaven.

Hari ni bekerja di usia 32 tahun *angkat-angkat kening* Ye, akak kini berusia 32 tahun. Dah makin dewasa. Bertambah usia. Dalam erti kata lain, akak dah tua. Tapi macam tak nak mengaku je. Hahaha, dasar kau dayu. Alah, takde lah. Okay je. Biasalah, semua orang makin tua. Bukan ada sorang pun makhluk kat bumi yang makin lama makin muda. Kalau aku excited nak sambut birthday anak-anak, apa kes birthday sendiri nak elak-elak. Teruja jugak okay. Haruslah teruja, tak sabar nak request macam-macam kat Ekwan. Tapi Alhamdullilah, tahun ni memang rezeki aku. Awal-awal dia dah bagi birthday treat. *peluk Ekwan ketat-ketat* Tu yang sampai lupa Sabtu lepas adalah ulang tahun ke-32 sendiri. Sebab semua dah dapat awal kan.

32 tahun dah usia dia ni. 

Terima kasih untuk semua ucapan tanda ingatan yang diberikan. Walau sekadar dia laman sosial, sangat dihargai. Semua tu doa, hadiah yang tak ternilai. Walau aku tak reply satu-satu, bukan bermakna aku tak hargai. Takde kesempatan je. Tersenyum akak baca semua ucapan tu walau hanya seringkas 'HB Dayu' Tanda ingatan tu dah cukup bermakna. Terima kasih semua. Semoga dengan pertambahan usia ni, segala yang baik-baik akan sentiasa mengiringi aku. InsyaAllah. 

*nak survey tempat best for dinner, nak belanja Ekwan, rasa macam banyak sangat Februari treat aku terima, kena balas balik ni. cadangan? 

18 February 2015

Sesame Street Blogger Kids Birthday Gathering: Di Sebalik Tabir

Tugas aku untuk acara ini adalah sebagai AJK Deko. Dan kami ada sediakan photobooth untuk ruang bergambar. Photobooth tu lah benda paling penting aku nak kena hias. Dan sebab tu jugak aku nak kena sampai awal, konon siap nak breakfast kat rumah Dina lagi. Tapi memang tidaklah, nak bersiap 4 beranak tu. Dapat sampai 1.30pm, sejam sebelum majlis pun dah syukur.


mak-mak sibuk potong gambar masuk frame. 

Thanks so much to Dina dan Yun yang tolong aku gantung gambar budak-budak yang diraikan.

Comelkan booth hasil kerja tangan kami. Thanks to Farah sebab bagi kami pakai Rustic Photobooth ni. Kalau berminat, boleh hubungi Farah terus.
Instgram: @buaianberendoipama

Alhamdullilah, berjaya siapkan photobooth tu sebelum majlis bermula. Walaupun tak berjaya menjadi seperti mana yang aku rancang. Tak sempat nak gi beli tissue art paper nak buat backdrop. Aku puas hati. Terhiaslah jugak booth tu kan, adalah tempat nak bergambar anak-beranak. Sementara kitaorang sibuk mendeko kat luar, yang kat dalam sibuk siapkan goodies bag.


Thanks to Yaya for the goodies bag. Cantik sangat weh. Dan kepada Ena, terima kasih untuk segala isi dalam goodies bag tu. Aku sumbang magic color. Sebab Dira kata dia nak bagi coloring book, aku ingat nak bagi pensil color tapi takde pulak yang sesuai dengan bajet kat Mydin tu. Untuk tempahan boleh hubungi Yaya terus.
Facebook: Parteesandsuch
Text/ Whatsapp: 012-663 9934

 Cake topper from Fad. Ni pun potong kat rumah Dina. 

Elma Elmo ni pun sama sibuk nak tolong ibu.

ohhh..yang ni paling disaster okay. toy yang bersepah-sepah tu satu hal. pastu budak berdua ni dengan gembiranya conteng muka sendiri pun horror gak.. hmm,tapi aku biarkan aje. budak tengah seronok, tak baik ditegah 

Dah petang-petang tu budak-budak ni lagi macam-macam peel dia, macam-macam kejadian. Keje menyakat anjing jiran depan umah Dina. Mentang-mentang anjing tu kena ikat dalam pagar, berlagak lah korang ye kacau dia. Nasib aku dukung Elma time tu, tak dapat nak capture gambar seronok derang menyakat anjing. Pastu gi gegar kandang kucing FIL Dina, memang mengigau-ngigau lah kucing-kucing tu. Tak puas kacau kucing, dia gi buat cubaan tangkap ikan dalam akarium pulak. Huhuhu, tak reti penat budak-budak ni. 

Puas explore dalam kawasan rumah, dia luaskan kawasan jajahan. Dia gi main kat playground hujung jalan umah Dina. Aduhaii budak-budak ni. Tak reti penat agaknya, Eisya petang tu dah macam anak orang asli dia punya comot. Sampai kena pinjam baju Rafique nak pakai lepas mandikan dia. Tak sangka dia akan jadi secomot tu kat majlis birthday. Huhuhu.. Ni tak tahu dah, entah bila aku nak pulang baju Rafique ni..

17 February 2015

Kek Sedap dan Cantik Dari The Sweet Wonder


Element utama Sesame Street Blogger Babies Birthday Party pada 8-2-2015 yang lalu. Mak budak yang sengih over tu bukan elemen utama. Dia penyeri majlis je.

Kek adalah ditaja oleh The SweetWonder. Thanks babe.. Kek dahlah sedap. Comel pulak tu. Gembira budak-budak. Mak budak lagilah. Lepas ni, semua event pasti order lagi dengan The Sweet Wonder. Kek Fad memang sedap. Birthday Ekwan bulan lepas pun aku order dengan Fad je. Sedap sangat kek Nutty Butterscotch tu. Aku hadap sorang kot. Ekwan makan 2 slice je. Dah lah lama mengidam. Boleh pulak Secret Recipe tak buat lagi kek tu. Punyalah bersabar aku tunggu Fad habis pantang nak order kek dengan dia. 

Kalau nak makan kek sedap-sedap, tetiba nak makan manis-manis.. boleh lah contact Fad terus. InsyaAllah, kalau jadual dia tak padat, mesti dia penuhi order korang. Korang gi usha Instagram The Sweet Wonders. Mesti meleleh air liur macam nak order semua. Victoria Sandwich Cake dia pun sangat recommended. Aku kalau buat birthday Eisya dengan Elma, InsyaAllah, desert order dengan Fad je lah. Sebab dah diyakini sedap.

Instagram: @thesweetwonders
text/ Whatsapp : +6016-225 4594 - Fadilan Ramlan

Sesame Street Birthday Party

Yeay!! Akhirnya berjaya jugak merealisasikan acara ni. Hampir 2 bulan jugak kami merancang. Alhamdullilah, semua goes well as planned. Meriah!! Seronok tengok anak-anak gembira jumpa, main dengan kawan-kawan. Yang mak-mak apa lagi, seronok tahap over. Macam kan tu majlis untuk dia. Biasalah. Tu perkara normal, tak payah nak pelik sangat. Ikut perancangan awal, nak buat majlis birthday untuk anak-anak yang lahir Januari hingga April ni kat Taman Suasana Hijau kat Presint 11, Putrajaya tu. Mak-mak semua tergoda dengan keindahan taman tu, tapi setelah buat survey.. Tempat tu kurang sesuai. Bincang punya bincang, persetujuan dicapai. Majlis di buat kat rumah Dina. Tuan rumah pun berbesar hati, mengalu-alukan kedatangan kami. So, here we go!!


Majlis kali ni bertema kan Sesame Street. Tema, seperti biasa.. Mak-mak yang pilih. Anak redho je. Meraikan 22 orang kanak-kanak. Memang aku dapat rasakan betapa kecohnya majlis tu nanti dengan peel semua budak-budak tu. Tapi itulah yang seronoknya kan. Eisya ngan Elma turut diraikan. Kira ni early celebration lah ni. Eisya punyalah tak menyabar okay, asyik tanya 'birthday chacha esok ke ibu??' Bila Ekwan bawak balik banner, tengok baju Elmo yang aku belikan untuk dia ngan Elma, lagilah excited budak tu. Isskk, gembira hati mak nak tengok awak teruja sama.

Bersama Ana dan tuan rumah, Dina. Thanks babe, mohon tak serik terima kehadiran kawan-kawan. Dengan anak-anak menyepah rumah. 

Mak-mak orang. Tapi feeling muda remaja je memasing.

The Foods. Potluck konsep seperti biasa. Meriah. Tapi aku macam lagi seronok borak kot, sampai lupa nak makan. Hahaha..sempat makan mee goreng Ana je.

nama kat kek kaler merah tapi beriya nak diri dekat kek kaler biru. suka hati lah Eisya.

potong kek ramai-ramai dengan kawan-kawan. Ikutkan Eisya dia malas nak join okay potong kek, beriya aku panggil. Sibuk sangat main..nasib kawan-kawan semua kumpul depan kek..dia pun join lah sama.

Meriah. Tengok..siapa lagi lebar menyengih? anak rileks je.

masing-masing tak menyabar dah nak makan kek..comel sangat kan kek tu. semua excited.

The Kids. Alahaiii, susah sungguh nak suruh korang bergambar. Nak kumpulkan semua, punyalah kena teriak panggil sorang-sorang. Nak suruh berdiri ramai-ramai sekejap pun...tunggu panggil sorang, sorang hilang. Pasrah je lah achik..

Korang tak nak bergambar sudah. Biar mak-mak yang bergambar. Ni memang kegemaran kami sepanjang zaman. 

yang diraikan. Eisya Elyssa dan Elma Eiliyah. InsyaAllah, doakan ibu murah rezeki, nanti kita buat another birthday party khas untuk awak dengan adik ye. kali ni celebrate ramai-ramai dengan kawan-kawan dulu ye.

Family Potret buat masa kini. Memang susah lah nak dapat Eisya bergambar sama. Dia tak peduli. Nasib Elma redho, belum jemu bergambar.

kalau nak bergambar ber-4, ni hasilnya. baik tak payah...nyampah ibu.

Seperti biasa, terdahulu diucapkan jutaan terima kasih kepada suami-suami dan para bapa sekalian yang begitu sporting bawak anak dan bini ke majlis bersukaria begini. Terima kasih sebab happykan anak-anak dan isteri tercinta. Thanks a lots to Ekwan sebab sanggup hantar dah luangkan sedikit masa untuk aku ke majlis ni. Walaupun dia akhirnya tinggalkan aku dengan budak-budak kat rumah Dina, sebab dia kena gi kedai. Telefon dah asyik berbunyi je. Aku dah cukup happy sebab dia sanggup tunggu hingga acara potong kek. Aku lebih sanggup kena tinggal daripada balik awal okay.

Ini memang acara yang cukup berjaya bagi aku. Tahniah kepada kawan-kawan yang banyak bagi idea dan support untuk jayakan majlis ni. InsyaAllah kita akan pastikan acara seterusnya juga akan berlangsung meriah macam ni.

16 February 2015

Blueberry Muffin Gebu

Blueberry Muffin Kak Dayu untuk Sesame Street Birthday Party

Mulakan entry dengan gambar muffin yang sedang beraksi semasa hari kejadian. Birthday party ni berkonsep potluck. Awal-awal akak offer nak bawak desert. Dan terus kata 'okay, aku bawak muffin' Nak yang senang-senang je. Mula-mula tu aku lagi pemalas kot, ingat nak beli je muffin Gardenia. Tapi tetiba sehari sebelum kejadian aura rajin menjelma, terus terhasilnya Blueberry Muffin ini.

Ramai yang kata muffin tu sedap. Wahhh,gembira akak. Haruslah gembira dapat gembirakan tekak dan perut kawan-kawan. Oleh yang demikian, akak dengan murah hati nak share resipi. Sangat mudah, pantas dan jaminan terhasilnya muffin yang gebu dan sedap adalah pasti. Yang penting, kena pergi kedai kek 'Bake With Yen' dan beli tepung muffin. Pilih je nak muffin apa. Blueberry, Orange, Coklat, Pisang.. Semua ada. Aku paling suka pandan, tapi takde stock pulak. Sekila RM12.70 je. Blueberry mahal skit, RM 14.70. Balik tinggal campur dengan telur, minyak dan air. Sangat mudah kan. Jaminan adalah 98%, pasti jadik.

Adunan sekilo tepung tu dapat dalam 30 biji muffin saiz besar. Sangat berbaloi lah bagi aku. Sebijik jatuh bape sen je muffin tu. 
Tepung Muffin Ready Mix. Sangat menyenangkan keje. Terima kasih kepada siapa yang sediakan tepung ni. Orang tak berapa berbakat bab mem'baking macam aku memang suka dengan benda-benda gini.

In Production.

Kenduri Doa Selamat kat rumah mak pun hari tu aku buat muffin ni je. Bancuh 2kg terus. Dapat 80++pcs. Aku sempat merasa 2,3 ketul je. Bila jengah tengok, eh dah ksoong tray muffin akak. Sedap lah tu kan maknanya. Gembira akak. Nanti birthday Eisya pun aku bakar muffin je lah, isi dalam goodies bag dia. Muffin oren dengan coklat, mesti budak-budak lagi suka kan.

Pemudah Cara

Bila pegang banyak jawatan dalam satu masa, kita kenalah bijak mencari pelbagai cara untuk memudahkan urusan. Yang memberi manfaat untuk diri sendiri terutamanya. Pagi-pagi gi keje, hadap keje opis dari pukul 8am sampai ke petang. Ada masa pukul 6pm baru tinggalkan opis. Lepas amik budak-budak, pukul 7pm gak baru sampai rumah. Kalau awal sikit, merasalah 6.30pm dah golek-golek kat rumah. Sampai rumah, sambung buat keje lagi. Baru baring gelak-gelak ngan budak 2 ketul tu, dah ada yang bunyi 'laparlah ibu' Huhuhu..selalunya Eisya lah yang mengadu lapar awal ni.

Bila ada anak yang minta makan awal ni. Kenalah pikirkan cara yang dapat memenuhi permintaan dia. Kalau ptg ru baru aku nak masak nasi, masak lauk..paling awal pun pukul 8pm lah baru dapat makan. Itu kalau Elma beri kerjasama. Kalau dia buat perangai tak boleh ibu takde depan mata..tak tahulah bila dapat makan.
Tu bila kawan-kawan share idea tentang lauk frozen. Aku terus apply. Hari Ahad masak siap-siap menu untuk 5 hari. Pastu bekukan. Pagi-pagi sebelum pergi keje, turunkan kat chiller. Cairkan macam cairkan EBM. Petang kang balik tinggal panaskan je. Masak sayur, masak nasik. Setel. Dapatlah luangkan masa lebih skit untuk bergumpal dengan anak-anak.

Mungkin bagi sesetengah orang tak boleh terima kaedah ni. Lauk tak fresh. Tapi bagi aku ini adalah jauh lebih baik dari asyik makan kat kedai. Muak pun iye jugak. Kitaorang ni kalau makan kedai 2,3 kali pun dah boring. Tak reti dah nak order apa. Tak puas pun iye jugak. Kalau order tomyam tu, bawang dengan serau je banyak. Isi nyer ciput je. Kalau makan kat rumah, sendiri masak. Humban lah banyak mana udang, ayam, sotong dalam tu. Lebih dari puas makan. Dan yang penting, memang menjimatkan. Kalau makan kat luar, confirm sekali makan RM20++ Kalau masak sendiri, beli barang basah RM100, macam-macam dapat. 
Semua bergantung kat effort kita. Antara rajin dengan malas je. Demi kesejahteraan perut kami sekeluarga, aku pilih untuk merajinkan sikit diri. Alah, kalau hadap betul-betul..sejam dua siaplah semua ni. Spent 2 jam kat dapur pada hari Ahad, boleh rilek lebih skit dari isnin hingga jumaat. Berbaloi sangat tu.

Menu minggu ini: Sambal sotong, Udang masak lemak, lemak labu, ikan masak kicap

Setakat ni Alhamdullilah, tekak ni boleh je terima makan lauk frozen. Sedap je. Lagi-lagi kalau lauk asam pedas. Makin mengancam je kuah dia. Dan jangan risau, tak mudah basi pun lauk-lauk ni. Walau pun yang bersantan. Kalau buat sup, selalunya ketang dengan carrot aku masukkan kemudian, masa panaskan tu. Sebab kentang tu kalau frozen kan, tekstur dia kurang sedap. 

*kalau ada apa-apa idea lain yang memudahkan urusan mengurus rumah, sila lah share

13 February 2015

Perlancaran Kempen #Momazing Oleh Scott's Malaysia di Kidzania.

Gembira yang teramat bila dapat invitation dari Nuffnang untuk join event ni. Mahu tak gembira, dah 7 tahun aku mem'blog. Inilah kali pertama merasa dapat jemputan eksklusif dari Nuffnang untuk hadir event begini. Gembira tak terkata. Rasa bertuah. Dan hati bertambah gembira bila tahu Juelee dan Kak Sue pun ada sama. Yeay!! Ada geng, takdelah nanti tersipu-sipu termangu seorang diri. Event berlangsung pada 29-1-2015. Hari Khamis. Ye..hari Khamis. Hari bekerja. Maka, haruslah akak amik cuti kan. Demi nak join event Nuffnang anjuran Scott's ni. 

Event bermula jam 9.30 pagi, kat Kidzania. Kat Damsara nun.. Samantha from Nuffnang dah whatsapp ingatkan suruh datang awal. Hari Khamis nak ke Damansara pepagi buta, perghh.. mencabar sungguh rasanya. Aku pergi sekali dengan Jue. Aku amik dia kat Komuter Subang dan terus gerak. Kitaorg target nak sampai sana paling lambat pukul 9. So, pukul 8 kitaorang kena bertolak dari Subang ni. Alhamdullilah, plan pertama berjaya dicapai. Dengan bantuan Google Maps, kitaorang hala ke LDP. Tapi boleh lah jalan yang Google tunjuk tutup. Last-last di halanya kitaorang ke Federal Highway. Stress je aku rasa. Ikut je lah signboard ke Kelana Jaya. Lalu lah kawasan-kawasan perumahan dalam PJ, nasib jalan tak jammed. maps pun tunjuk IKEA tak jauh dari kitaorang. Bawak je lah kete ikut map.

Bila sampai depan IKEA pukul 9.00am, lega terus. Sebab Samantha Whatsapp semula kata event mula pukul 10am. Terus gi breakfast meatball kat IKEA. 

Pukul 9.45am kami ke Kidzania. Bila tengok orang pakai baju oren, putih..tau lah.. Ni mesti sama-sama nak join event Scott's ni. Keluarkan lah segala skill beramah mesra dengan stranger yang ada. Sesekali jumpa rakan-rakan blogger, time ni lah nak bertegur sapa. Dari 10 orang blogger yang Nuffnang, muka yang kenal 3 orang. Luckily, semua ringan mulut. Terus tak rasa kekok berborak sesambil tunggu event mula. 

Mummy Nuffnangers di Kidzania.

Masa register tu, rasa macam tak caya lak tulis nama kat bahagian media, position journalist kau. Hahaha..rasa macam tetiba upgrade diri dari blogger ke journalist. Sebelum masuk ke panggung Kidzania, haruslah bergambar dulu kan. Blogger, camera, posing sakan kan ingredient wajib. Kak Filla ada masa event ni, teringin nak bergambar dengan dia. Cantik je dia. Macam dalam gambar-gambar dia kat blog.

ini hasil dari official photgrapher Scott's.

tersipu-sipu sampai pejam mata. pemalu sangat lah tu konon


Momazing!!! * gemuk..nyampah, patut menyorok belakang belon tu*

Event anjuran Scott's ni adalah bertujuan untuk melancarkan kempen #Momazing sambil promote benefit all Scott's product. Memang happy lah akak kan bila jengah dalam paperbag GSK tu. Cukup bekalan supplement untuk Eisya. Event pun meriah je. Host dia sangat pandai handle majlis, dah lah cantik, selim. Kerja aku amik gambar je lah. Nasib handphone aku ni boleh diharap. Nampak gaya lain kali, kenalah angkut gak DSLR tu. Ke nak kena beli compact camera baru ni??



Majlis diakhiri dengan persembahan tarian ballet dari adik-adik yang sangat comel ini.

Bersama Samantha from Nuffnang, thanks for the invitation Sam. Dapat gak jumpa Kak Sue, selama ni dok baca blog dia je, komen pun jarang. And Kak Mimy.

Ingatkan event sampai tengahari, tapi dalam 11.30 gitu dah habis. Lepas makan-makan, amik-amik gambar kami beransurlah pulang. Makanan dia sedap. Tapi dah alang-alang cuti, aku ngan Jue merayaulah sekejap dengan Mid kat Curve, Ikano dan kawasan sekitar. 

Last picture sebelum mengundurkan diri. Thanks Nuffnang for the invitation, akak rasa seronok sangat. Jangan lupa invite lagi ye.