16 February 2015

Pemudah Cara

Bila pegang banyak jawatan dalam satu masa, kita kenalah bijak mencari pelbagai cara untuk memudahkan urusan. Yang memberi manfaat untuk diri sendiri terutamanya. Pagi-pagi gi keje, hadap keje opis dari pukul 8am sampai ke petang. Ada masa pukul 6pm baru tinggalkan opis. Lepas amik budak-budak, pukul 7pm gak baru sampai rumah. Kalau awal sikit, merasalah 6.30pm dah golek-golek kat rumah. Sampai rumah, sambung buat keje lagi. Baru baring gelak-gelak ngan budak 2 ketul tu, dah ada yang bunyi 'laparlah ibu' Huhuhu..selalunya Eisya lah yang mengadu lapar awal ni.

Bila ada anak yang minta makan awal ni. Kenalah pikirkan cara yang dapat memenuhi permintaan dia. Kalau ptg ru baru aku nak masak nasi, masak lauk..paling awal pun pukul 8pm lah baru dapat makan. Itu kalau Elma beri kerjasama. Kalau dia buat perangai tak boleh ibu takde depan mata..tak tahulah bila dapat makan.
Tu bila kawan-kawan share idea tentang lauk frozen. Aku terus apply. Hari Ahad masak siap-siap menu untuk 5 hari. Pastu bekukan. Pagi-pagi sebelum pergi keje, turunkan kat chiller. Cairkan macam cairkan EBM. Petang kang balik tinggal panaskan je. Masak sayur, masak nasik. Setel. Dapatlah luangkan masa lebih skit untuk bergumpal dengan anak-anak.

Mungkin bagi sesetengah orang tak boleh terima kaedah ni. Lauk tak fresh. Tapi bagi aku ini adalah jauh lebih baik dari asyik makan kat kedai. Muak pun iye jugak. Kitaorang ni kalau makan kedai 2,3 kali pun dah boring. Tak reti dah nak order apa. Tak puas pun iye jugak. Kalau order tomyam tu, bawang dengan serau je banyak. Isi nyer ciput je. Kalau makan kat rumah, sendiri masak. Humban lah banyak mana udang, ayam, sotong dalam tu. Lebih dari puas makan. Dan yang penting, memang menjimatkan. Kalau makan kat luar, confirm sekali makan RM20++ Kalau masak sendiri, beli barang basah RM100, macam-macam dapat. 
Semua bergantung kat effort kita. Antara rajin dengan malas je. Demi kesejahteraan perut kami sekeluarga, aku pilih untuk merajinkan sikit diri. Alah, kalau hadap betul-betul..sejam dua siaplah semua ni. Spent 2 jam kat dapur pada hari Ahad, boleh rilek lebih skit dari isnin hingga jumaat. Berbaloi sangat tu.

Menu minggu ini: Sambal sotong, Udang masak lemak, lemak labu, ikan masak kicap

Setakat ni Alhamdullilah, tekak ni boleh je terima makan lauk frozen. Sedap je. Lagi-lagi kalau lauk asam pedas. Makin mengancam je kuah dia. Dan jangan risau, tak mudah basi pun lauk-lauk ni. Walau pun yang bersantan. Kalau buat sup, selalunya ketang dengan carrot aku masukkan kemudian, masa panaskan tu. Sebab kentang tu kalau frozen kan, tekstur dia kurang sedap. 

*kalau ada apa-apa idea lain yang memudahkan urusan mengurus rumah, sila lah share

4 comments:

  1. belum mampu lagi nak buat macam ni sebab tak biasa dengan lauk frozen. tapi nampak memang sangat memudahkan kan.. buat masa ni, just prepare brg basah siap2 je.. nanti nak try jugak lah..

    ReplyDelete
  2. Dayu, so far ada tak jenis laukcepat basi utk simpan seminggu. Macam nak try. Selalu nah makan luar.

    ReplyDelete
  3. klu saya buat style mcm ni satu hari je dah habis makan.. hajat nak simpan tapi tgk semua mcm sedap2, semua nak rasa. cmana nak frozen kan. hehe.. anyway good tips :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne nak frozenkan.. tutup je bekas tu, letaklah dalam freezer
      yg dalam casserole tu simpan kat chiller je.. sbb nak makan ari isnin (:
      tak payah bekukan

      Delete