13 March 2015

Nak sekolah mana ni Cha?

Tahun ni Eisya 5 tahun. Tahun depan 6, pastu 7 tahun. Nak sekolah dah. Huhuu.. Eii, nak sekolah dah. ABC pun tak kenal lagi. Macamana ni Cha? Nama je dok taska dari kecik dia tu, tapi main je banyak. Ni sejak tadika 5 tahun ni, barulah nampak progress sikit. Kenal lah sikit hufur-huruf. Tapi aku macam hangin gak, bleh 'A' dia kejap ingat kejap lupa. Huruf 'C', huruf 'W' bukan main kenal. Adeihh anak aku. Tu yang mak dia ni macam tak percaya nak kena sekolah lagi 2 tahun. Rasa dia belum ready je lagi. Dia ni kalau bab-bab seni laju lah dia. Bab mewarna. Crafting. Cuba aku ajak membaca, 3 minit je. Pastu dia tergaru sana, nak kencing lah. Mak kau dah lah tak penyabar. Dengan Elma lagi. Sudahnya. Dah lah, gi lah kaler ABC tu Cha.

Kawan-kawa kat group 'Mak-Mak' semua sibuk kata depa dah daftar anak sekolah. Aku baca bagaikan di angin lalu. Hahaha, gaya tak berminat je. Sedangkan Eisya sebaya dengan anak derang. Mak-mak yang lain dah sibuk uruskan dokumen nak submit kat sekolah, aku wbsite mana nak klik pun tak tahu. Tapi bila 2,3 hari derang asyik citer benda sama je. Mahu tak cuak aku dibuatnya. Kang tak pasal-pasal takde sekolah anak aku. Budak tu suka je lah kot. Maka, aku PM lah Pja minta details.


Bila dah tengok website tu. Aku tarik nafas lega. Aku tidaklah seoarang ibu yang ignorant sangat. Aku masih ada masa sampai Mac 2016. Tapi tu lah.. setahun je lagi pun. Nak kena pikir dari sekarang jugak. Sebab sampai sekarang aku dengan Ekwan asyik lah tertanya-tanya 'Nak sekolahkan Eisya kat mana?' Dilema sungguh okay. Kena pilih nak sekolah kat KL atau Selangor. Ni lah perkara paling utama perlu diputuskan. Bila dah decide benda ni baru boleh proceed process seterusnya. Tapi sampai sudah tak boleh nak decide. Kejap nak sekolah kat KL. Kang tetiba 'sekolah kan Cha kat Selangor lah yang, dekat ngan umah' Tapi bila pilih nak sekolah kat kawasan rumah, terpikir pulak. Kang waktu tengahari, transaction time ke sekolah agama. Siapa nak uruskan dia??  Tak kan nak suruh dia siapkan diri sendiri. Tak percaya aku. Nak bagi dia makan tengahari tu.

Bila tukar ke option sekolah di KL. Memang dekat dengan aku. Boleh sekolah kan dia kat sekolah belakang opis ni je. Tapi muncul pulak masalah di waktu pagi. Kalau dia sekolah kat KL, paling lewat 6.15am kami dah kena keluar rumah. Pukul berapa nak bangun?? Pukul 6?? Suruh bangun pukul 6.45am pun banyak drama. Inikan pulak pukul 6. Bukan anak je drama, bapak pun drama sama. Huhuhu.. Option tu macam tak boleh pakai je. 

Entahlah.. Tak tahu nak buat camne. Memang aku prefer sekolahkan dia kat kawasan rumah. Dia tak penat. Kalau ada aktivti hujung minggu senang nak attend. Hhhmm, mungkin aku kena berusaha untuk pastikan dia dapat sekolah kat Selangor dan terurus. Mungkin aku kena start mohon pertukaran ke JKR Selangor. So boleh sekolah kat Shah Alam. Tengahari kenalah korbankan waktu rehat. Lunch dengan Eisya je lah tiap hari. Petang-petang lepak opis ibu. Van hantar transit ke opis ibu. Tapi tu lah, nak minta tukar tu bukan senang. Banyak prosesnya. Dan ada ke kekosongan kat JKR Selangor tu. Takpe, ibu cubalah dulu. Demi kebaikan awak.

Korang yang bersituasi sama macam aku, apa kata share solution korang.

2 comments:

  1. dayu.. kena daftar or pilih cepat2.. nanti takut tempat kat sekolah tu penuh.. dah la tu sekali je boleh pohon.. manusia dah ramai sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. dilema jugak ni. aku apa-apa minta tolong babysitter Raina Raifa. Sebab tu aku bertahan hantar anak-anak kat babysitter yang sama. sebab dah serasi dari Raina baby sampai lah ni adik dia pun babysitter yang sama jaga. hal transit uruskan Raina aku minta tolong babysitter. Alhamdulilah babysitter pun bagi kerjasama

    ReplyDelete