29 May 2015

Hotel Review: Marina Island, Lumut

Masuk-masuk je bilik hotel ni, reaksi aku adalah 'Wow!!! Besarnya bilik!!' Kagum bebenor. Pastu bukak pintu bilik air, sekali lagi 'Bestnya!! Ada bath tub, boleh berendam jap lagi' Kesimpulannya, memang terbaik lah Marina Islannd  ni. Dulu nama dia Best Western resort. Marina Island ni terletak di Lumut. Betul-betul depan Jeti Marina Island nak ke Pangkor. Kalau rajin dan gigih, boleh je jalan kaki dari hotel ke jetty. Dari balkoni bilik pun boleh nampak jeti tu, dekat lah tu maknanya kan. Tapi akak malas, nak gi ke pulau aritu, akak ajak naik kereta. Tak kuasalah nak basah-basah ketiak jalan kaki. 

Meh akak bawak semua tour ke 2 Bedroom Superior type kat Best Western Marina Island Lumut ni. Marilah sama-sama merasa kagum.

Pandangan dari balkoni
Pandangan dari family area/pintu bilik air.

Blur lak gambar atas tu. Maafkan lah kamera handphone akak. Sajalah tu buat perangai bila akak usik-usik kata nak beli Iphone. Merajuk lah tu.. LUAS. Tu perkataan paling sesuai nak describe bilik Superior dia ni. Boleh duduk 4 orang. Kat sebelah pintu masuk tu ada 1 lagi bilik dengan katil single.

Single bedroom kat sebelah pintu masuk. Bilik air boleh di akses terus dari dalam bilik.

Bilik air yang luas. Air paip pun laju je. Kadar kelajuan air paip adalah kriteria yang mempengaruhi nilai markah yang aku nak bagi kat sesebuah hotel. Tak guna tiles bilik air berkilat, bottle toiletries comel bagai nak rak, tapi bila nak mandi air kuar dari shower macam kena catuan.

View daripada bilik. 2 pemandangan ni je yang kita akan hadap. Menghadap ke jeti Marina Island.

Ni gambar dari bilik aku. Memandang ke kawasan laut buatan. Petang-petang bolehlah jengah orang berendam dalam pool.*isskk..apa kenalah kamera handphone aku ni..blur je*

Pool area. Nak ke laut pun boleh jalan kaki je dari kawasan kolam ni. Tapi akak tak berendam pun petang tu, sebab tak bawak baju dan akak nak menikmati keempukan tilam dia puas-puas.

Channel TV best. Walaupun bukan flat screen, asal gambar clear sudah. Aircond ok, sejuk aku malam-malam. Nasib comforter tebal. Tapi compressor dia kuat giler bunyi, kalau bukak sliding door tu memang macam dalam kilang je rasa. Nasib bila tutup sliding tak dengar langsung, boleh lah tido dengan lena. Mini fridge pun ada disediakan. Seterika semua  disediakan, jangan risau. Call je, nanti dia hantarkan. Lagi satu yang best, dia siap sediakan Dryer kat setiap level. So lepas mandi-mandi kolam, boleh sumbat baju masuk dryer. Takdelah nak kena angkut bawak balik baju basah, memberat beg je. 

Setiap bilik akan dibekalkan dengan 2 kupon sarapan pagi. Sarapan dia best lah, standard breakfast kat hotel. Menu dia agak variety. Tapi tetap tak boleh lawan breakfast kat Grand Dorsett lah. Menu melayu ada, menu western ada. Boleh pilih nak makan kat dalam atau kat luar. Kat luar boleh lah breakfast by pool side, tapi takdelah poolside sangat. Kalau macam kat Flamingo by The Beach Penang, tu betul-betul tepi kolam. Seronok. Tapi pagi-pagi, banyak mana pun nak makan kan.. Aku kalau breakfast kat hotel memang tala western je. Kat rumah jarang dapat.


Kadar harga Marina Island. Kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan harga. Kalau pergi 2 family, sesuai sangat ni. Share 2 family, baru RM100++ je semalam.

Kalau ada plan nak ke Pulau Pangkor dan perlukan hotel persinggahan, bajet besar, Marina Island sangat sesuai. Lagi-lagi kalau bawak anak-anak. Macam aku n amik yang 1 bedroom pun cukup dah. Paling best sebab dekat sangat nak ke jetty. Kalau tak, banyak je lagi hotel-hotel lain area Lumut yang boleh dipilih.

Ok, sekian. Berjumpa lagi di next hotel review.

28 May 2015

Menyumbang sambil berpeluang dapat beg Coach

Coach weh.. Coach!! Nak beli sendiri memanglah masih mampu. Tapi kalau dapat free tak ke seronok. Benda free, apa yang tak seronok. Marilah kita ramai-ramai rebut peluang yang dah terbentang depan mata. Orang kata 'Tuah ayam nampak di kaki, rezeki kita siapa yang tahu' Eh.. Eh.. Macam tak berapa betul je peribahasa aku tu. Lantoklah.. Yang penting, ni akak nak kabarkan berita baik dari NIVEA ni.

NIVEA Malaysia kini melancarkan kempen NIVEA Empower Women. Dengan campaign tagline : 

'Be Fair, Be Firm, Be Fabulous' 


Dan kempen ini berobjektif untuk mengutip dana sebanyak RM 20,000 untuk disumbangkan ke badan kebajikan. Bagus kempen Nivea ni. Dan bagi memastikan misi kempen tercapai, NIVEA adakan contest happy-happy untuk semua. Aku kategorikan dia happy-happy sebab effort yang diperlukan sangatlah minima. Tiada bukti pembelian diperlukan. Tak payah nak kena suruh orang 'Like' gambar kita. keputusan dibuat sendiri orang pihak NIVEA. Cuma kena perah otak tulis caption je. Alah.. Balun je. Korang semua kan kreatif. Kecik punya problem lah tu. Yang penting hadiah dia marvellous.

Beg Raya!!!

Marilah join segera. Macamana nak join??

1. Pergi ke application NIVEA Extra Withe & Firm Q10 kat Facebook
2. Pastu ikut je step dia. Jangan degil. Sila patuhi arahan.

Step 1: Upload gambar muka. Pilih gambar yang korang pandang depan

Step 2: Pilih character avatar. Nak FIRM, FAIR atau FABULOUS. Setiap karakter tu adalah details dia. Pastu pilih baju dan background untuk avatar. Pepandai lah korang adjust muka tu kasik muat dalam muka avatar tu.

Step 3: Tulis caption paling kreatif. Pepandailah korang goreng. Jangan amik caption akak

Step 4: Submit dan isi maklumat lengkap korang. Akak tak sempat screenshot. Bila dah berjaya complete kan penyertaan, boleh lah download voucher RM3 ni. Jimat duit beli deodorant.

Tak ke kempen berhati mulia namanya ni. Kumpul dana untuk kerja amal. Bagi beg Coach. Tak cukup, bagi voucher diskaun pulak tu.  Maka, silalah jangan lepaskan peluang untuk beramal sambil memperolehi kemenangan. Pergilah submit penyertaan sekarang. Akak dah submit 2 caption. Malam sebelum tido nak create caption lagi. Selalu waktu sebelum tidur tu, otak akak tahap kreativiti dia tinggi sikit.

Kempen ni berlangsung hingga 30 Jun 2015. Jangan sampai terlepas.

Untuk maklumat lanjut dan kempen-kempen lain, boleh rujuk ke:

Facebook NIVEA : https://www.facebook.com/mynivea?fref=nf


27 May 2015

Sesi Photoshoot *ke photogedik?*

Akhirnya dapat gak mengedik bergambar masa kat Port Dickson, walau asyik tertangguh. Hajat nak amik gambar atas katil anak beranak tak berjaya direalisasikan. Lepas tu konon petang sebelum ke laut, nak amik gambar kat Spa Garden, pun misi gagal. Nasib baik sebelum balik ke KL hari Ahad tu, laki rajin nak melayan permintaan bini. Lama tak ada gambar keluarga yang proper. Elma pun takde lagi gambar photoshoot dengan Eisya. Dulu punyalah berangan, konon tiap bulan nak amik gambar dia. Nak buat photobook semua. Hampeh. Dapat setahun sekali pun dah kira bertuah. Huhuhu.. Kesian Elma, tak banyak gambar high definition. Abah lah tu dik, busy sangat. Ibu berkali-kali remind, tapi dia asyiklah 'Bila?? Bila nak amik gambarnya?' Tanya beriya, tapi busy sesaje.

Bila dah ada semua depan mata ni. Meh lah kita bergambar. Dan alang-alang ada yang boleh tolong amikkan gambar kan. Meh lah kita posing sakan.

Disebabkan kakak busy main kejar-kejar, kita ber-3 je lah. Memang tujuan utama nak amik gambar Elma pun kan. Senyum Elma.. Senyum..

Mak je senyum meleret, anak-anak... *no caption*
Aku dengan Reen dah macam budak asrama keluar outing kan. Boleh pulak baju dengan tudung sama warna. Akak keluar outing bawak adik-adik jalan. (:

Best buddies sangat 2 orang ni time kat Port Dickson. Siap menangis tak nak kasik kawan balik.


Cantik je family ni posing. 

Gambar candid juga yang menarik.

Sweetnya, okay Reen. Boleh submit gambar ni untuk any happy family theme contest.

melting tengok gambar sendiri *poyo tu namanya*

Seronok tengok Eisya berlari-lari dengan kawan macam ni. Nampak sungguh dia happy. Biar berpeluh-peluh, asal dapat main, dia peduli apa.


Mama Miama. 

Puas hati aku dapat shoot banyak gambar Elma petang tu. Walau semua gambar dia tiada reaksi macam tu. Tapi itulah dia. Kalau kat luar Elma memang sangat serius. Tapi sejak dah setahun ni, dah pandai bermain, dah pandai respond dengan pelawaan Eisya.. Selalulah dapat tengok dia senyum, dengar dia ketawa. Tapi tak berkesempatan nak rakam. Senyuman dan gelak ketawa Elma sangat eksklusif. Hmm, kena gak ni carik sesi untuk 2 beradik ni photoshoot bersama. Sementara Elma tak laju berlari ni. Senang nak kawal. Okay.. Carik masa..carik masa...

*kena carik masa untuk kumpul gambar, dan susun dalam layout template photobook. so nanti bila ada voucher free, tinggal submit je. banyak event tertangguh ni..paling penting gambar-gambar birthday Eisya dan Elma. Tu KPI aku tu..okay..okay, carik masa

Disebalik tabir event Johnson's Baby

Antara event yang best aku berpeluang join adalah event Johnson's Baby kat KPJ Ampang bulan lepas. Antara sebab yang best adalah dapat parking khas, tak payah nak susah-susah melilau carik parking kat basement tu. Dengan yakin je aku kata kat pakcik guard tu 'Achik, saya wakil media..' Terus pakcik tu alihkan kon plastik suruh aku parking. Hahaha.. Bahagia sungguh rasa. Nasib pakcik tu tak tanya dari mana, kalau dia tanya selamba je aku jawab 'Nuffnang' Tapi memang kebiasaannya macam tu pun. Para blogger ni di letakkan bawah media. Register nama pun under media. Tu yang akak terus feeling-feeling wartawan hari tu.

Lagi satu yang best, ada kerusi khas untuk Blogger. Terasa bagai kerjaya yang diiktiraf pulak blogger ni. Tapi memang ramai pun yang dah diiktiraf. Pendapatan bulanan mengalahakan yang keje fulltime lagi. Rezeki. Dan pastinya ada usaha yang dia curahkan untuk sampai ke tahap tu kan. Bukan mengharap tuah semata-mata.

I am a pround Blogger.

Lagi satu yang best, adalah berpeluang jumpa selebriti. Orang-orang yang jarang terdedah dengan media ni, bila sesekali dapat beramah mesra dengan artis, mestilah seronok. Dapat pulak artis tu rajin melayan, tak sombong. Lagi lah seronok. Kat KPJ Ampang hari tu, merasalah jumpa daan amik gambar dengan Scha. Jumpa kawan. Sporting. Lagi-lagi kalau event sempoi, seronok lah memasing. Blogger memang adakalanya over excited. Reporter tak peduli semua ni. 

Dapat main bubble macam ni. Pastu terus baju bau wangi.
-pinjam gambar Kak Moon-

Sengih-sengih dapat bergambar dengan Scha

With blogger friends. Setiap kali event, sentiasa ada kawan-kawan baru. 
Dari kiri: Moon, Liz Yahya, Kak Diya, Juelee, Dayu dan Illa.

Bab makan dan goodies best gak. Itu bonus. Yang paling best, terpilih dan merasa attend event macam ni. Looking forward for another invitation. Seeronok. Makin teruja dan bersemangat akak nak berblogging. InsyaAllah lamalah bertahan blog akak ni. Ni pun dah 8 tahun akak berblog. Sedar tak sedar. Selebriti penghias blog pun dah bertambah. 

Sampai Eisya sekolah kot akak blogging. Silap-silap, sampai dia kahwin.

26 May 2015

Sesi Mandi Laut


Puas masing-masing membongkang lepas penat berendam dalam kolam. Aku je yang terkebil-kebil tak boleh nak lelap. Tengok je lah anak dengan laki sedap tidur. Aku golek-golek je lah tepi derang. Lama jugak semua orang tidur. Sedap berselubung bawah comforter dalam aircond. Aku keluar bilik bila dengar suara Fahrin dengan Luqman. Jaga dah budak berdua tu. Duduk lah kat depan derang, risau gak kalau budak -budak tu keluar ke balkoni. Tak lama lepas tu Eisya pun jaga. Eisya dah bangun, haruslah Elma pun jaga sama. Lapar lah tu memasing. Bagilah derang makan coklat dengan roti dulu sementara tunggu bapak-bapak bangun.

Kenalah guna anak-anak nak suruh bapak bangun, menjeritlah Eisya 'Abah!! Bangun!! Chacha nak gi mandi laut! Cepat abah, bangun!!' Huhu.. Terkebil-kebil abah kena pekik dengan Eisya. Terpisat-pisat abah bangun.

Dari Ancasa ni boleh akses terus ke laut. Banyak kedai makan kat tepi laut Teluk Kemang tu. So kitaorang jalan kaki je ke sana. Makan dulu, isi perut baru ada tenaga nak lawan ombak. Budak-budak dah tak menyabar, tapi hari macam masih panas walau dah petang. Kita tunggu redup sikit ye. So, pergi klinik kejap. Carik antibiotic until Elma, telinga dia bernanah semula. Dahlah seronok berendam dalam kolam kan, sebelum melarat marilah carik ubat. Sampai hotel dah pukul 6pm, dah redup. Okay, jom terjun laut. 


Lapar..Lapar. Kusyuk je memasing makan

budak ni tengah kemaruk mengeja. habis semua perkataan dia nak eja. orang lain sedap-sedap makan, dia dok berdiri kat situ mengeja. rajin sangat je gayanya. coconut shake kat kedai ni sedap. siap ada isi kelapa lagi. pastu dia isi ice-cream coklat.

Budak-budak dengan bapak budak ni, memang tak boleh jumpa air lah, terus berendam. Mak-mak main pasir je, pastu posing. Hahaha.. Akak malas petang tu, sebab dah puas berendam dalam kolam tadi. Malas nak salin baju je sebenarnya. Ikut hati nak gak berendam dalam air masin pulak. Tadi puas dah berendam dalam air klorin..


Ekwan memang keje dia photobomb gambar bini sesaje.
Elma si muka ketat seronok main pasir. Tapi muka tetap takde senyum.

Kita main pasir dulu ye.

Rajin Farid layan anak-anak. Budak-budak ni siap siram air, sembur bubble bila dah kambus. Ingat tu pokok bunga ke apa??


Sesi berendam kat laut pun boleh tahan lama. Selagi tak gelap, selagi tu tak reti nak naik. Suka hati korang la, selagi tak kecut. Duduklah dalam air laut tu. Abah ada kan teman, ibu naik dulu eh... *actually akak tak sabar nak carik toilet* Tapi cukup-cukuplah tu weh, hari pun nak gelap dah ni. 

Gambar-gambar semua adalah hasil dari SJ4000. Kecuali gambar yang kena photobomb tu. Rasa macam nak buat entry review SJ4000, tapi rasa macam kena undang penulis jemputan je.. akak kurang skit ilmu bab-bab gajet ni. Akak tahu guna bila orang dah setting semua benda. Setting lari sikit, akak blur.

Potong Kek Lagi

Ini betul-betul lama punya peram ni. Lama dia dok jadik draft. Semua sebab aku tak transfer-transfer gambar dari kamera. Tu yang sampai 3 minggu tertangguh. Citer pun agak dah basi, tapi dah alang-alang..publish kan aje. Alah, 3 minggu je pun. Sedangkan cerita setahun lepas pun boleh dibahankan, apa lah sangat kisah 3 minggu lepas.

Ini adalah kisah semasa di Cherating, masa cuti Hari Pekerja yang lepas. Masa kat Cherating tu, aku amik kesempatan untuk bagi Eisya potong kek bersama sepupu-sepupu dia. Yelah, masa buat birthday kat KFC, tak semua dapat datang sama. Dah alang-alang semua ada, sepupu yang kat Sarawak pun ada balik time ni. Marilah kita potong kek sekali lagi. Aku nak beli kek Secret Recipe, tapi pagi sangat sampai kat Kuantan. Semua Secret Recipe tak bukak lagi. Time tu pukul 9.45am. Hhhmm, tak kan nak tunggu depan kedai lak. Kang dah menunggu, kek pun takde. Buat frust je. Lagipun, tak rajin nyer Ekwan nak melayan aku tercongok depan kedai. Maka, sambil drive menuju ke Cherating nampak kedai King's Bakery dah bukak. Jadiklah, asal namanya kek.

Tempekkan gambar Elsa dengan Anna. Sukalah budak tu.

Potong kek sekali dengan Farisha, sebab sama-sama birthday bulan 4. Farisha 25 April tak silap. Sorry, Achik Yu failed bab ingat birthdate anak-anak buah.

Eisya seperti biasa, malu-malu. Dengan sepupu sendiri pun nak malu. Ntah pape je dia ni. Time main, takde pulak malu.

Jom makan kek!!! 

Lepas makan kek, semua terjun laut semula. Aku beli kek coklat pisang, budak-budak tu siap cakap 'Kek apa ni CikYu? Tak sedap' Isskk, jujur sangat korang ni. Tak pandai langsung nak membodek tau. Tapi nasiblah korang tak suka, CikYu memang beli kek ikut selera CikYu. Korang tak suka, boleh CikYu makan 2,3 slices. Sedap apa kek banana coklat. CikYu suka je.

Tahun depan InsyaAllah kita celebrate kat kampung nak.. Buat dengan sepupu-sepupu, mesti lagi meriah. Okay,sediakan tabung birthday anak dari sekarang. Hahaha..Over kau Dayu. Macam nak kawinkan anak je gayanya. 

25 May 2015

Customized Shower Gel for Teacher's Day

Tipikal mak-mak moden. Mak lagi over dari anak. Segala benda. Hal anak, aktiviti anak tapi mak yang melebih-lebih. Budak tu takde apa pun, tapi mak yang mengelupur. Hahaha, biasalah mak-mak sekarang ni. Macam last week, Hari Guru. Anak rileks je. Siap tak paham apa pun, tapi mak-mak semua dah kelam-kelibut. Kat group Whatsapp macam-macam benda bincang. Nak bagi cikgu hadiah apa, yang kena bawak makanan sempena potluck kat sekolah pun huru-hara pikir menu. Komited sungguh mak-mak masa kini. Untung anak-anak. Aku rasa aku dulu-dulu, mak aku takde peduli pun semua ni. Pepandai kau lah. Sudahnya, aku rasa aku start bagi cikgu hadiah Hari Guru masa sekolah menengah je. Masa tadika, Hari Guru bila pun tak tahu.

Mula-mula aku macam tak amik port bab Hari Guru ni sebab sekolah Eisya macam takde buat sambutan pun. Malas lah aku nak beriya bagai prepare hadiah untuk cikgu. Tapi bila tengok member macam sakan je order customized shower gel yang Yaya buat sempena hari guru ni. Tergoda akak tau. Dah lah benda tu comel. Terus akak pun teringin. Terus tanya 'Bape sebotol ni Yaya?' Bila Yaya jawab 'RM5 dayu' Terus akak order 10 botol.

Murah kan.. RM5 je Yaya jual. Benda-benda customized gini jual RM5 memang berlumba lah orang membeli. Sampai Yaya tak terbuat dah. 

7 warna pilihan. Aku paling suka yang merah dengan oren. Hijau pun suka. Yang biru pun cun. Eh..semua kaler lah aku suka. Suka macam nak beli untuk diri sendiri. Tapi kan orang kata kalau nak bagi barang kat orang, bagi yang kita suka. Baru lagi berkat.

3 botol untuk cikgu-cikgu Elma. Eisya tolong tuliskan nama

From Eisya for her teacher. Untuk Eisya aku belikan 7. Sebab cikgu kat NurKids ada 7. Biar semua cikgu dapat sebab Eisya daycare student kan.. smua cikgu tolong jaga dia sampai ke petang. Jasamu dikenang dengan sebotol cute shower gel.

Aku memang kagum dengan hasil kerja Yaya. Dia memang berbakat bab-bab ni. Masa birthday Eisya dulu pun ingat nak minta dia buatkan gift, tapi sebab KFC dah sediakan, tak jadiklah. Next birthday lah.. Kat taska ke nanti.. Dah lepas pun apa salahnya bagi budak-budak makan kan.. Happy kan budak.. Korang boleh tengok hasil kerja Yaya kat IG atau Facebook ParteesandSuch. Yaya buat semua ni fulltime. Dan 1 lagi winning point servis ParteesAndSuch.. Yaya akan hantar kan sendiri order ke korang. Tapi kalau yang jauh-jauh tu adalah caj nyer kan. 

Instagram: @Parteesandsuch
Call/Whatsapp: 012-663 9934 (Yaya)

Kalau aku dapat benda comel-comel gini mesti sayang nak guna. Mesti jadik hiasan je atas shelves kat bilik air tu. Kalau guna pun, dah habis mesti sayang nak buang botol.