28 May 2015

Menyumbang sambil berpeluang dapat beg Coach

Coach weh.. Coach!! Nak beli sendiri memanglah masih mampu. Tapi kalau dapat free tak ke seronok. Benda free, apa yang tak seronok. Marilah kita ramai-ramai rebut peluang yang dah terbentang depan mata. Orang kata 'Tuah ayam nampak di kaki, rezeki kita siapa yang tahu' Eh.. Eh.. Macam tak berapa betul je peribahasa aku tu. Lantoklah.. Yang penting, ni akak nak kabarkan berita baik dari NIVEA ni.

NIVEA Malaysia kini melancarkan kempen NIVEA Empower Women. Dengan campaign tagline : 

'Be Fair, Be Firm, Be Fabulous' 


Dan kempen ini berobjektif untuk mengutip dana sebanyak RM 20,000 untuk disumbangkan ke badan kebajikan. Bagus kempen Nivea ni. Dan bagi memastikan misi kempen tercapai, NIVEA adakan contest happy-happy untuk semua. Aku kategorikan dia happy-happy sebab effort yang diperlukan sangatlah minima. Tiada bukti pembelian diperlukan. Tak payah nak kena suruh orang 'Like' gambar kita. keputusan dibuat sendiri orang pihak NIVEA. Cuma kena perah otak tulis caption je. Alah.. Balun je. Korang semua kan kreatif. Kecik punya problem lah tu. Yang penting hadiah dia marvellous.

Beg Raya!!!

Marilah join segera. Macamana nak join??

1. Pergi ke application NIVEA Extra Withe & Firm Q10 kat Facebook
2. Pastu ikut je step dia. Jangan degil. Sila patuhi arahan.

Step 1: Upload gambar muka. Pilih gambar yang korang pandang depan

Step 2: Pilih character avatar. Nak FIRM, FAIR atau FABULOUS. Setiap karakter tu adalah details dia. Pastu pilih baju dan background untuk avatar. Pepandai lah korang adjust muka tu kasik muat dalam muka avatar tu.

Step 3: Tulis caption paling kreatif. Pepandailah korang goreng. Jangan amik caption akak

Step 4: Submit dan isi maklumat lengkap korang. Akak tak sempat screenshot. Bila dah berjaya complete kan penyertaan, boleh lah download voucher RM3 ni. Jimat duit beli deodorant.

Tak ke kempen berhati mulia namanya ni. Kumpul dana untuk kerja amal. Bagi beg Coach. Tak cukup, bagi voucher diskaun pulak tu.  Maka, silalah jangan lepaskan peluang untuk beramal sambil memperolehi kemenangan. Pergilah submit penyertaan sekarang. Akak dah submit 2 caption. Malam sebelum tido nak create caption lagi. Selalu waktu sebelum tidur tu, otak akak tahap kreativiti dia tinggi sikit.

Kempen ni berlangsung hingga 30 Jun 2015. Jangan sampai terlepas.

Untuk maklumat lanjut dan kempen-kempen lain, boleh rujuk ke:

Facebook NIVEA : https://www.facebook.com/mynivea?fref=nf


1 comment:

  1. Wah beg coash ni...nak dapatkan la..boleh pakai raya nanti..hehehe

    ReplyDelete