22 June 2015

After 6 years

Alhamdullilah. Merasa jugak anugerah yang diimpikan semua penjawat awam ni. Lagi-lagi kat JKR ni. Nak merasa award ni, punyalah susah sampai ada yang kata 'Dapat sekali sepanjang servis pun jadiklah, jangan kempunan' Hah.. Nampak tak kesukaran dia tu. Lag-lagi kalau post federal, attached kat Headquarter ni, memang lagi tinggi persaingan dia. Memang kau kena betul-betul perform lah, baru potensi nak tercalon tu ada. Baru tercalon, keputusan jawatankuasa tak tahu lagi. Tu yang bila aku tahu boss calonkan nama aku, dia punya syukur dan happy pun dah tak terkata. Bila dapat surat jemputan untuk menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. Maka, sahihlah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 berjaya jadik milik aku. Syukur sangat. Alhamdullilah, merasa jugak masa 41 ni. Walau lepas 6 tahun baru merasa, at least merasa lah jugak. Ramai je yang masih menanti.

Hasil kerja keras dah terbayar. 

Personally, aku rasa aku deserved for this award. Bukan nak membangga. Tapi kita tahu kan banyak mana effort yang kita bagi. Kesungguhan dan keikhlasan kita bekerja. Aku bukanlah jenis workaholic. Aku ni kategori main-main jugak. Curik-curik masa update blog, 'ular' skit-skit. Tapi tengok keadaanlah. Pandai-pandailah. Janganlah time workload tengah banyak, dateline dah suntuk kau boleh selamba lenggang kangkung macam takde apa kan. Aku pun menyampah kalau assisstant aku buat perangai macam tu.


APC tak perlu nak membodek, mengipas sana-sini. Aku tak tau kat tempat lain, kat bahagian aku begitulah caranya. Tahun-tahun lepas pun, sape yang dapat APC ni, aku rasa memang dia selayaknya terima. Kalau dapat hasil membodek, kau sendiri segan kot. Tapi tak tahulah kalau memang jenis tak peduli kan. Ada sesetengah tempat, APC diberi ikut giliran. Memang aku tak setuju. Kalau tiba-tiba aku kena bekerja kat tempat macam tu, memang aku hantar surat layang kat Pengarah.. Hehehe.. Apa ke hal nak guna giliran, apa ingat beratur nak pos barang kat pejabat pos apa??

Semoga aku terus rajin bekerja, bagi komitmen yang tinggi kat kerja. Jangan sampai nanti ada yang kata 'dah dapat APC, keje terus hampeh' InsyaAllah, selagi aku ditempatkan di bahagian yang tak memerlukan aku berjauhan dari anak dan suami, InsyaAllah selagi tu keje tu aku laksanakan sebaik boleh. Ni pun menunggu masa je nak kena pindah ni. Kami kat JKR ni, sementara 48 ke bawah ni. Setiap 3 tahun kena pindah. Nak bagi young officer experinece semua bidang. Kalau ikut career route, lepas ni akak kena buat maintenance pulak... Harap-harap tak perlu lah keluar dari KL atau Selangor. Tak sanggup lah nak jauh-jauh dengan family.

**rezeki aku memang murah sungguh 2014 ni kan..

2 comments:

  1. tahniahh... tahun ni ramai geng-geng blogger dapat APC.. murah rezeki kita.. alhamdulillah.. ^__^

    ReplyDelete