12 June 2015

Mee Kari Daud Mat Jasak

Kalau google makan best kat Ipoh, memang kedai pakcik ni lah yang muncul dulu. Kira memang wajib lah makan kat sini kan maknanya tu. Dan most recommended adalah Mee Kari dengan Mee Kicap dia. Petang selepas sesi bergambar bersama tembok, kami ke sini. Tekak dah dahaga. Perut takdelah lapar sangat sebab tadi dah telan Nasi Vanggey sebungkus. Tapi dah alang-alang sampai, dan tadi masa pusing-pusing carik Ipoh Wall Art, dah ternampak kedai ni. Tu yang terus datang tu. Lagipun, petang-petang lah sedap makan mee kari kan.

Kedai dia simple je. Kedai tepi jalan je, sebelah TNB sub-station. Tapi penuh. Masa aku datang kebetulan ada satu family dah siap makan dan nak balik. Dapat lah meja, boleh terus duduk. 

Kusyuk hah memasing.

Aku dengan adik makan mee kicap, Ekwan dengan Mak cuba mee kari. Tiada gambar diambil sebab presentation dia biasa je pun. Takde yang hebat pun. Nampak macam mee bodoh je adalah. Tapi bila dah makan... Perghh!!! Makan tak pandang kiri kanan dah. Sedap.. Patutlah semua orang recommend. Dan katanya siap dah masuk JJCM TV3. Memang sedap lah. Rasa nak order lagi semangkuk. Tapi sebab orang sangat ramai, macam tak sanggup nak menunggu lagi. Kalau datang, order sorang 2 mangkuk terus. Memang habis punya. Portion dia pun takdelah besar sangat. Kalau datang time lapar, memang selamba je bedal 2 mangkuk tu.

Kedai dia memang penuh lah, tak cukup meja. Ni aku datang petang Jumaat ni. Kalau weekend time cuti mesti lagi padat kan.

Ada 1 je kerusi baby disediakan. Masa kami sampai ada orang lain guna. Duduklah dalam stroller ye Cik Elma. Elma makan mee kicap. Suka bukan main lagi ye.

Dah kenyang. Jom Balik.

1 comment:

  1. oh ipoh...rindu Ipoh..2 bulan setengah kat ipoh macam2 kenangan ada..hiihihi

    tq Dayu share tempat ni.

    ReplyDelete